Oct 2, 2011

1 bulan, 1 buku - Yang Indah Hanya Sementara

Tajuk : Yang Indah Hanya Sementara
Penulis : Annur Puteri
Penerbit : Grup Buku Karangkraf
Harga : RM 19.90
Cetakan : 1 - 2011




Yang Indah Hanya Sementara berkisar tentang suami isteri yang cukup bahagia.  Kebahagiaan mereka diuji apabila Syufiqa terlalu obses terhadap Mia Batrisia, seorang penulis novel.  Alasan simpati terhadap kisah duka yang berlaku dalam rumah tangga Mia Batrisia mendorong Syufiqa memaksa suaminya Samwil mengahwini Mis Batrisia tanpa mengetahui Samwil dan Mia Batrisia pernah mencipta memori zaman remaja bersama-sama.  

"Ni bukan soal dah terikut-ikut dengan kegilaan Sufiqa. Niat Sam hanya nak tunaikanbalik janji kita dahulu.  Lagi pun tak patut kalau Sara nak terus tunggu Mikail.  Cinta mana boleh macam tu.  Cinta suatu penyatuan zahir & batin. " ~ Samwil.


Andai ada kenangan pernh mereka lalui, merka seharusnya sudah lma menceritakan kepada Syufika. Tidaklah sekarang Syufika menyimpan anggapan yang bukan-bukan apabila semuanya jelas.  Tindakan mereka mendiamkan diri, kemudian bersikap seperti mahu menyembunyikan sudah tentulah memerlukan rasa yang begitu dalam diri Syufiqa. ~ Syufiqa.


"Jangan menangis.  Sara tak apa-apalah malah bangga kerana Mikail membuktikan cintanya terlalu ulung buat Sara. Dia tak ketinggalan Sara keseorangan. Dia tetap ada dalam diri Sara. Cuma Mikaillah kekuatan untuk Sara teruskan hidup sekarang ini. ~ Mia Batrisia.

******************************************

'Yang Indah hanya Sementara' dihasilkan kerana saya cuba menterjemahkan hidup berlawanan di sebalik realiti yang saya alami.  Selain itu 'Yang Indah Hanya Sementara' saya hasilkan untuk melahirkan rasa kesal saya terhadap kehidupan masyarakat zaman sekarang yang terlalu bebas dan kebaratan. Ia juga mewakili madah penulisan saya untuk mengajak masyarakat kita kembali kepada agama dan bangsa dalam penulisan yang mudah diterima. ~Annur Puteri~


******************************

PP : Kisah yang menyentuh hati , tiada manusia sempurna di muka bumi ini dan sebaik-baik manusia pasti masing-masing tak lari dari mementing diri walaupun secara tidak langsung.

Samwil ~~> walaupun telah memiliki isteri sebaik Sufiqa, tetap terkenang  mantan kekasihnya walupun sekadar Cinta Monyet di alam remaja.Alah, kekasih lama.  Bohong kalau dikatakan tidak pernah terlintas di fikiran kisah-kisah kasih bersama kekasih lama walaupun hati begitu menyayangi Sufiqa. 

Sufiqa ~~> Perempuan Melayu Terakhir buat Samwill, kekurangan pada diri dan terlalu obses dengan Mia Batrisia menyebabkan sanggup bermadu dengan Mia demi zuriat Samwil.

Mia Batrisia@Mia Sara ~~>  hidup yang penuh tragis, kehilangan ayah, ibu dan anak tersayang. Satu persatu orang yang disayangi pergi meninggalkan dirinya. Sifat suami yang ego membuat dirinya semakin terseksa diri. 

Samwil, Sufiqa & Sara saling guna memperguna walaupun secalit kepentingan diri. Masing - masing mempunyai agenda tersendiri.  Samwil dapat memperisterikan matan kekasihnya kerana kegilaan & ketabsuan Sufiqa terhadap idolanya. Sufiqa sanggup berpoligami demi anak. Dan tahu kah mereka berdua bahawa Mia Sara pula mempergunakan mereka berdua untuk kembali bersama dengan Mikail.  Tetapi masing2 tidak lah sekejam yang disangka. masing2 mempunyai kekebihan & kebaikan tersendiri. Cuma sifat manusia yang pastinya tiada yang sempurna... akhirnya Yang Indah Hanya Sementara.  =)


















No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...