Oct 12, 2011

1 bulan, 1 buku - Tanpamu Aku Rindu

Tajuk : Tanpamu Aku Rindu
Penulis : Aleya Aneesa
Penerbit : Alaf 21
Harga : RM 19.90
Cetakan : 1-2010






Asalnya, dia anak polos yang selalu menceriakan hari-hari mama dan ayahnya.  Menjadi penyeri  di mata dan penyejuk di hati mereka.  Bahkan, dia anak yang tidak pernah menghampakan kerana sejak kecil memang terasuh sifatnya.


Namun sekelip mata semuanya berubah. Anak yang satu itu semakin kurang ajar dan suka mencabar kesabaran orang lain.  Tidak lagi menjadi penenang setiap kali kelelahan.  Sebaliknya hanya membuatkan setiap yang ada disisinya kewalahan.



Lantas demi menyedarkan, Zuyyin harus dihukum! Malangnya hukuman demi hukuman yang diberi hanya membuatkan dia kian tegar.  Dia semakin seronok melihat air mata orang lain tumpah kerananya.  Istilah kesal langsung sirna dari kamus hidupnya.


Bila dugaan ALLAH benar-benar didatangkan padanya dalam keadaan tak terduga, dia rebah dipukul rasa bersalah.  Lalu di tengah-tengah jiwanya yang rapuh, Yazzer yang selama ini musuh tradisi bangkit menghulur tangan.


Bagi lelaki itu, saat pembalasan sudah tiba.  Dan luka, bukankah luka juga penawarnya? Langkah Zuyyin teragak, namun dia tidak punya pilihan lain selain pilihan yang satu itu kerana dia bukan siapa-siapa lagi.


**************************

Tanpamu Aku Rindu. Judul ini mewakili rasa cinta saya pada dunia penulisan yang sampai ke hari ini masih tak jemu saya jelajahi.
Tidak ada manusia yang sempurna! Maka berbekalkan kata-kata itu, saya telusuri kisah hidup watak yang saya gelar sebagai Zuyyin.  Saya juga mungkin salah seorang daripadanya, tapi sekurang-kurangnya Zuyyin berusaha untuk mengubah diri.
Mungkin orang akan kata, "Dah terlambat!". Tapi selagi kita masih mampu menghirup segarnya udara milik TUHAN, istilah terlambat itu sepatutnya tidak wujud.
Setiap orang punya peluang untuk menjadi yang lebih baik selagi ada rasa mahu keluar dari kepompong yang sedia ada. Untuk itu, selamat membaca pada yang sudi membaca. ~Aleya Aneesa~

***************************

PP: Ikan di laut, Asam di darat,.. dalam kuali bertemu jua. Jodoh & rezeki Tuhan yang menentukan, jikalau sudah tertulis jodoh di antara keduanya kemana ia lari & pergi dan menolaknya ia tetap jodohnya.

5 comments:

  1. nak baca.. tp bz dgan asgnment2 bagai..
    adoi~~

    ReplyDelete
  2. ! Peyansanstaro ! : Takpe.. pelan2 InsyaAllah dipermudahkan dalam urusan masamu wahai sahabat. =)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum....

    lama akk tak singgah sini...nor apa khbar harap sht2 selalu di beri Allah hendaknya..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...