Oct 4, 2011

1 bulan, 1 buku - Rindu di Awan Biru

Tajuk : Rindu di Awan Biru
Penulis : Meen Zulaika
Penerbit : Alaf 21
Harga : RM19.90
Cetakan : 1,2 - 2011








Jangankan berberkahwin, bercinta pun Hanan tidak ingin.  Menjadi seorang isteri tiada dalam kamus hidupnya.  Pengalaman pahit ibunya dimadukan membuatkan dia jadi fobia.  Baginya lelaki hanya tahu berpoligami, tapi tidak tahu menjadi suami.


Pertamuan tanpa disangka di awan biru dengan Kapten Akmal Hakim sewaktu ke Melbourne mengubah persepsinya terhadap lelaki.  Bernikah di Istanbul bagikan suatu mimpi bagi gadis berkulit mulus itu.  Semuanya berlaku tanpa dirancang.  Tapi takdir menentukan dia rela turut terbabit sama ke dalam kancah poligami.



Akibat difitnah, Hanan diceraikan dengan talak tiga. Dalam pilu, dia diburu rindu.  Dalam duka, dia mengharapkan bahagia.  Sanggupkah dia 'bercina buta' untuk kembali ke pangkuan Akmal, sedangkan kehadiran Ridz mula membawa cahaya di dalam hidupnya?




*****************************************


Novel ini mengisahkan Hanan, seorang gadis yang bencikan poligami kerana sejarah silam ibunya yang sengsara akibat dimadukan,  tapi tanpa diduga terpaksa mengharungi perkara yang sama.  Takdir menentukan dia menikahi Akmal dalam pernikahan yang tidak dirancang di Istanbul tanpa menyedari yang lelaki itu sebenarnya adalah suami orang.

Benarkah isteri pertama tetap yang pertama di hati seorang suami atau adakah isteri muda lebih istimewa kedudukannya dari yang pertama? Sesungguhnya hidup bermadu memang banyak dugaan dan cabarannya. 

Setiap yang baik jadikan tauladan, dan yang buruk jadikan sempadan.  Mudah-mudahan karya tidak seberapa saya ini sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran buat kita semua dan saya sudahi dengan sepotong hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : Mana-mana wanita yang meminta talak daripada suaminya tanpa sebab yang sepatutnya (menurut syarak), maka haram ke atasnya bau syurga. Jadi sama-samalah kita renungkan dan kepada anda diluar sana yang sedang diuji oleh Allah S.W.T, bertabahlah dan jangan berhenti berdoa.  Mudah-mudahan kebahagiaan dunia dan akhirat menjadi milik anda. ~Meen Zulaikha~

********************************

PP : Kata orang, kadang-kadang yang kita tak hendak itulah yang ALLAH berikan. DIA sengaja hendak menguji dan menduga hamba-NYA.  Tapi ingatlah, hanya orang-orang terpilih sahaja ALLAH bagi dugaan begini.

Hanan~~> seorang yang anti dengan wanita yang mengahwini suami orang lain, tup-tup terkena batang hidungnya sendiri.

Akmal~~> lelaki yang serba sempurna; mempunyai kerjaya bagus, dari keluarga mewah, ciri2 lelaki maskulin, mempunyai isteri yang cantik. Tapi disebabkan alasan anak menyebabkan dia mencari wanita lain untuk mengisi ruang kekosongan di hatinya. Setelah berjaya menakluk hati seorang wanita yang kekurangan kasih sayang seorang ayah, dengan mudahnya   menceraikan Hanan, angkara perancangan fitnah isteri pertamanya, Maira.

Ridz~~> sahabat baik Akmal, tak kurang seorang lelaki yang mempunyai semua ciri-ciri lelaki maskulin, telah diupah oleh Akmal sebagai 'Cina Buta' dengan tujuan dapat berkahwin semula dengan Hanan. Akhirnya dia benar2 jatuh cinta dan kasih kepada Hanan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...