Penulis : Muna Mahira
Penerbit : Grupbuku Karangkraf
Cetakan : 1-2011
BENCI! Benci! Hakikatnya Kim amat membenci jejaka itu yang senang-senang sahaja mendapat kedudukan sebagai CEO di Syarikat Leopard selepas persaraan papanya. Kehadiran Hafriz telah menggugat kesabarannya. Mengapa mesti Hafriz yang dipilih untuk menyandang gelaran itu dan bukan dirinya.
Kimrie Natasya Ayue - Aku tidak akan sesekali menyerah kalah! Aku tidak akan sewenang-wenangnya membiarkan Hafriz terus menduduki kerusi CEO itu dan bermaharajalela mengarah aku.
Arrgh... Hafriz tetap dengan lagak machonya! Dia terus dan terus mencuri hatiku...
****************************************
Novel ini menerapkan betapa pentingnya nilai kasih sayang dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Padanya, kekuatan cerita ini terletak pada keberanian Kimrie Natasya Ayue untuk membaca perasaan sendiri. Sememangnya, bukan mudah untuk berdepan dengan kebenaran namun kita tidak boleh melarikan diri daripadanya.~ Muna Mahira~
************************
PP : Memetik kata2 Reen (sahabat baik Kim) "Bila kau benci dia, kau dah meletakkan dia dalam hati kau. Kau dah jadikan dia sebahagian dalam hidup kau. Kalau kau tak benci dia, kau hanya anggap dia biasa saja dalam hidup kau. Tapi bila kau benci dia, kau akan selalu fikirkan dia. Jadi, sekarang nama dia dah melekat di hati kau. Tak mudah untuk buang nama tu."

0 ulasan:
Post a Comment