Oct 12, 2011

1 bulan, 1 buku - Tanpamu Aku Rindu

Tajuk : Tanpamu Aku Rindu
Penulis : Aleya Aneesa
Penerbit : Alaf 21
Harga : RM 19.90
Cetakan : 1-2010






Asalnya, dia anak polos yang selalu menceriakan hari-hari mama dan ayahnya.  Menjadi penyeri  di mata dan penyejuk di hati mereka.  Bahkan, dia anak yang tidak pernah menghampakan kerana sejak kecil memang terasuh sifatnya.


Namun sekelip mata semuanya berubah. Anak yang satu itu semakin kurang ajar dan suka mencabar kesabaran orang lain.  Tidak lagi menjadi penenang setiap kali kelelahan.  Sebaliknya hanya membuatkan setiap yang ada disisinya kewalahan.

Oct 6, 2011

1 bulan, 1 buku - Jangan Bilang Benci

Tajuk : Jangan Bilang Benci
Penulis : Muna Mahira
Penerbit : Grupbuku Karangkraf
Cetakan : 1-2011



 BENCI! Benci! Hakikatnya Kim amat membenci jejaka itu yang senang-senang sahaja mendapat kedudukan sebagai CEO di Syarikat Leopard selepas persaraan papanya.  Kehadiran Hafriz telah menggugat kesabarannya.  Mengapa mesti Hafriz yang dipilih untuk menyandang gelaran itu dan bukan dirinya.

Kimrie Natasya Ayue - Aku tidak akan sesekali menyerah kalah! Aku tidak akan sewenang-wenangnya membiarkan Hafriz terus menduduki kerusi CEO itu dan bermaharajalela mengarah aku. 

Oct 4, 2011

1 bulan, 1 buku - Rindu di Awan Biru

Tajuk : Rindu di Awan Biru
Penulis : Meen Zulaika
Penerbit : Alaf 21
Harga : RM19.90
Cetakan : 1,2 - 2011








Jangankan berberkahwin, bercinta pun Hanan tidak ingin.  Menjadi seorang isteri tiada dalam kamus hidupnya.  Pengalaman pahit ibunya dimadukan membuatkan dia jadi fobia.  Baginya lelaki hanya tahu berpoligami, tapi tidak tahu menjadi suami.


Pertamuan tanpa disangka di awan biru dengan Kapten Akmal Hakim sewaktu ke Melbourne mengubah persepsinya terhadap lelaki.  Bernikah di Istanbul bagikan suatu mimpi bagi gadis berkulit mulus itu.  Semuanya berlaku tanpa dirancang.  Tapi takdir menentukan dia rela turut terbabit sama ke dalam kancah poligami.

Oct 2, 2011

1 bulan, 1 buku - Yang Indah Hanya Sementara

Tajuk : Yang Indah Hanya Sementara
Penulis : Annur Puteri
Penerbit : Grup Buku Karangkraf
Harga : RM 19.90
Cetakan : 1 - 2011




Yang Indah Hanya Sementara berkisar tentang suami isteri yang cukup bahagia.  Kebahagiaan mereka diuji apabila Syufiqa terlalu obses terhadap Mia Batrisia, seorang penulis novel.  Alasan simpati terhadap kisah duka yang berlaku dalam rumah tangga Mia Batrisia mendorong Syufiqa memaksa suaminya Samwil mengahwini Mis Batrisia tanpa mengetahui Samwil dan Mia Batrisia pernah mencipta memori zaman remaja bersama-sama.  

"Ni bukan soal dah terikut-ikut dengan kegilaan Sufiqa. Niat Sam hanya nak tunaikanbalik janji kita dahulu.  Lagi pun tak patut kalau Sara nak terus tunggu Mikail.  Cinta mana boleh macam tu.  Cinta suatu penyatuan zahir & batin. " ~ Samwil.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...