Salam Pembaca PP semua, lama rasanya tak update blog ni. Idea kering dan otak pun beku.
Hari ini belek2 kat Berita Harian online terbaca topik nie, jadi dapat la PP kongsi bersama pembaca-pembaca PP.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Godam: Skandal industri buku negara
Bersama Salbiah Ani
2011/09/29
SANGKA penulis hanya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) saja yang berdepan dengan masalah dalam pengedaran dan jualan buku mahupun majalah terbitannya selepas bahagian pemasarannya diswastakan menjadi Dawama sejak 1 September 2002.
Rupa-rupanya masalah serupa turut dirasai penerbit kecil negara ini, tetapi tidak dihebohkan kerana masing-masing cuba mengatasinya dengan cara sendiri melalui pelaksanaan program pemasaran lebih berani, biarpun mereka kerdil.
Jika DBP berdepan dengan masalah ketiadaan bukunya kerana pembaca tidak boleh mendapatkannya di pasaran ekoran kegagalan Dawama memastikan buku dan majalah badan berkanun terbabit di pasaran, lain pula halnya dengan penerbit kerdil negara ini.
Seorang penerbit kerdil memaklumkan Godam pasaran buku tahun ini tidak memihak kepada mereka sejak awal dan keadaan diburukkan lagi dengan kos sara hidup yang terus ‘melompat’ memaksa pembaca mengurangkan peruntukan pembelian buku dalam perbelanjaan bulanan.
“Puan Salbiah, rata-rata penerbit buku kerdil berdepan masalah dalam memasarkan buku mereka kerana kini terlalu banyak syarikat penerbitan kecil yang mahu berkongsi kek ekonomi dalam industri ini.
Bagaimana kami mahu terus berniaga jika penganiayaan rangkaian gergasi kedai buku berlagak samseng industri tidak dihentikan segera, sama seperti masalah dengan pengedar yang rata-rata dikuasai bukan Melayu bertindak lintah darat apabila mengambil komisyen sehingga 50 peratus
“Penerbit buku kerdil juga berada dalam dilema dengan persaingan di alam maya ekoran perkembangan teknologi dan komunikasi kini sehingga mereka juga perlu mencari jalan keluar untuk terus berdaya saing dalam industri,” demikian luahan hati teman penerbit ini.
Jika persaingan sesama penerbit dan hambatan perkembangan teknologi dan komunikasi, mereka tidaklah rasa terlalu tertekan kerana setidak-tidaknya kepada yang mahu memajukan diri dan terus bersaing dalam pasaran akan berusaha memanfaatkan kedua-dua itu.
Bagaimanapun, hakikat mereka sengaja ‘dimainkan’ oleh rangkaian kedai buku besar yang ‘menyimpan’ secara paksa hasil jualan buku terbitan mereka sehingga hampir sembilan bulan belum tentu diserahkan seolah-olah sengaja mahu membunuh mereka!
“Sudahlah kami terpaksa menyerahkan buku tanpa menerima sebarang bayaran pendahuluan, kini segala pulangan jualan buku belum tentu dikembalikan dengan pelbagai macam alasan sehingga menyebabkan modal pusingan sesetengah daripada kami sangkut.
“Mereka sengaja menekan kami penerbit kerdil yang mempunyai bahagian pemasaran dan pengedaran sendiri dengan enggan membuat bayaran dalam masa sepatutnya agar kami akhirnya beralah memberi potongan harga keterlaluan bagi memastikan ada aliran tunai untuk syarikat.
“Bagaimana kami mahu terus berniaga jika penganiayaan rangkaian gergasi kedai buku berlagak samseng industri tidak dihentikan segera, sama seperti masalah dengan pengedar yang rata-rata dikuasai bukan Melayu bertindak lintah darat apabila mengambil komisyen sehingga 50 peratus.”
Nampaknya kemelut terbabit bukan saja dihadapi teman penerbit ini, tetapi juga seorang novelis yang baru berjinak-jinak menjadi penerbit apabila turut berdepan dengan masalah serupa ketika penulis bertanya pengalaman menguruskan perniagaan barunya itu.
Novelis yang namanya dua kali termasuk dalam senarai laris di pasaran ketika ditanya, mengakui sukar untuk mendapatkan bayaran bagi buku yang dibekalkan meskipun sudah terjual kerana ada saja alasan yang diberikan termasuk invois tidak matang.
“Terlalu kerap saya berdepan dengan masalah untuk mendapatkan bayaran bagi setiap buku yang dibekalkan dan berkali-kali terpaksa membuat invois bagi tuntutan yang sama dengan alasan invois tidak matang.
“Saya pernah membuat aduan kepada ibu pejabat berhubung masalah ini dan dijawab pengurusan kanan syarikat itu mereka tidak boleh campur tangan kerana urusan kedai bukan di bawah bidang kuasa mereka.”
Penulis mencadangkan agar novelis terbabit menukar strategi pemasaran dengan membekalkan kedai buku kecil dan tidak bertumpu pada satu-satu lokasi semata-mata, bagi memastikan mereka mempunyai sumber aliran tunai lebih pelbagai.
Cadangan penulis disambut dengan kenyataan, “Mahu tidak mahu kami terpaksa bergantung pada rangkaian gergasi kedai buku negara ini kerana dapat membekalkan buku dalam jumlah besar dan keuntungan diperoleh daripada aspek terbabit, selain kedai buku kecil tetap kami bekalkan.”
Dengan novelis ini penulis sempat bertanya mengapa berhijrah daripada syarikat penerbitan yang melonjakkan namanya dan diberitahu dirinya berbuat demikian kerana penerbit tidak membuat bayaran honorarium berdasarkan peratusan seperti ditetapkan dalam perjanjian.
“Saya bertanya sendiri kepada kedai buku dan dimaklumkan buku saya habis terjual dan saya meneliti buku saya melalui cetak ulang yang membolehkan saya menerima honorarium lebih tinggi, tetapi penerbit tidak berbuat demikian.”
Permasalahan itu penulis kemukakan pula kepada seorang penerbit dengan jawapan demikian, “Puan Salbiah meskipun semua buku di kedai terjual, belum tentu kami sebagai penerbit sudah menerima bayarannya. Seperti yang dilalui beberapa penerbit kerdil ketika ini yang dimainkan rangkai gergasi kedai buku. Justeru, penerbit lazimnya penerbit tidak membuat bayaran selepuk.”
Seperkara lagi, penulis juga perlu memberi perhatian bahawa lazimnya penerbit apalagi syarikat besar, mereka mempunyai jabatan audit yang bertanggungjawab mengesan jika berlaku salah laku kewangan syarikat dan kerana itu kemungkinan penipuan berlaku amat tipis.
Simpati dan kasihan mendengar kemelut penerbit kerdil negara ini dan meskipun Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) cuba mencari jalan keluar dengan berusaha mengadakan lebih banyak pesta buku, alangkah lebih elok jika kementerian berkenaan turut sama memberi perhatian.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Bersama Salbiah Ani

Sumber : Berita Harian , Khamis 29 Sept 2011.
PP : Ada pasang Impian nak jadi penulis tp sedih dengar nasib2 penulis. Diaorang bersengkang mata siang malam mencari idea2 kemudian org lain yang peroleh keuntungan berlilipat ganda.
PP sering juga mengkuti perkembangan FB penulis2 Malaysia, : seperti Norzailina Nordin,

Inilah luahan seeorang penulis yang sempat PP rakam dan kongsi dengan pembaca PP. Walaucamana pun PP doakan terbaik kepada semua penulis2 di Malaysia.

0 ulasan:
Post a Comment