Aug 12, 2011

PNM Ke Arah Digital



Perpustakaan lazimnya memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan modal insan.  Gedung ilmu itu bukan sekadar tempat meminjam buku dan membaca bahan bacaan masa lapang, malah menjadi penyumbang kepada perkembangan industri bacaan.

Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Datuk Raslin Abu bakar memberitahu, pada era teknolpgi maklumat ini, PNM sangat aktif mewujudkan pelbagai fasiliti dan dasar untuk melengkapi keperluan semasa.

"Sama seperti Bank Negara yang mengawal aktiviti-aktiviti bank-bank negara dan membuat dasar-dasar berkaitan kewangan dan perbankan, PNM juga mempunyai tanggungjawab yang sedemikian." kata Datuk Raslin.
PNM adalah badan yang menjaga hal ehwal perpustakaan awam di seluruh Malaysia selain menjadi peneraju dalam bidang perpustakaan.

Beliau memberitahu, PNM menyediakan bahan bacaan dalam semua penerbitan, bahan bacaan luar negara, khidmat meminjam buku, rujukan, aktiviti-aktiviti berkaitan membaca, penerbitan, penulisan, pendidikan dan pembelajaran, serta mengatur sistem pembukuan.

Badan itu juga sedang melakukan pelbagai usaha untuk melengkapkan kandungan digital perpustakaannya.  Penerbitan digital sudah mula dipraktis sejak tahun 1990 dan kini PNM mempunyai lebih satu juta muka surat digital.  Ini tidak termasuk kandungan dalam talian.

"Ia dilakukan dibawah Dasar Pendigitalan Bahan Perpustakaan iaitu kandungan salinan kasar dalam usaha pendigitalan secara berperingkat mengikut keperluan kerana ia membabitkan kos yang tinggi," jelas Datuk Raslin. 
Sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan, PNM juga beroperasi sebagai Perpustakaan Penyelidikan yang memastikan semua bahan bacaan mencukupi.  Selain buku, PNM turut mengemas kini penerbitan kerajaan dan laporan syarikat.



BEKAL BAHAN BACAAN

Dengan 2000 kakitangan profesional dalam bidang perpustakaan, PNM beroperasi dengan perpustakaan awam seluruh negara untuk membekalkan bahan bacaan yang mencukupi dan memadai untuk keperluan orang ramai.  Bukan sahaja secara langsung, malah PNM juga menyediakan perkhidmatan secara talian serta tempahan dalam talian.

Datuk Raslin berkata, Malaysia masih mempunyai kekurangan dari aspek penulisan.  Mengikut standart am, sebanyak 1% buku harus di terbitkan daripada jumlah populasi.

"Dengan 28 juta orang di Malaysia, setakat ini hanya 16000 buku sahaja yang diterbitkan iaitu kekurangan 12000 buah buku.  Diawasi di bawah Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986, setiap penerbitan harus memberikan 5 naskah buku kepada pihak perpustakaan tetapi kami percaya masih ada yang tidak melakukan demikian sekali gus menyumbang kepada angka kecil penerbitan," katanya merujuk kepada angka penerbitan pada tahun 2010.

PNM turut berjaya melancarkan beberapa program yang melibatkan pembaca dalam dan luar bandar.

"Kita harus mempunyai 9 juta ahli perpustakaan di seluruh negara tidak termasuk perpustakaan swasta dan perpustakaan di institusi pengajian tinggi lain.                                                                   Sebagai mendekatkan diri dengan penduduk luar bandar yang tidak mempunyai akses untuk perpustakaan utama seperti PNM, kami melancarkan Perpustakaan Desa," ujar beliau.

Sebanyak 1089 buah perpustakaan desa telah dilaksanakan di seluruh negara sejak tahun  2000 melibatkan peruntukan awal berjumlah RM1.3 juta.

Datuk Raslin berkata Perpustakaan Desa dilihat sebagai satu model yang baik oleh ahli perpustakaan lain di seluruh dunia apabila khidmatnya dapat mencapai segelintir masyarakat yang tidak mendapat kemudahan itu sebelum ini.

"Ia bukan seperti sudut bacaan atau dalam kenderaan bergerak tetapi perpustakaan sebenar yang memenuhi kehendak sebenar mereka.  Lazimya ia menyediakan bahan bacaan berkaitan agama, sastera, bahasa, masakan, keibubapaan dan remaja. Jika mereka mahukan buku-buku tambahan yang lain, mereka boleh mebuat permintaan," ujar Datuk Raslin yang mahu PNM menjana perkembangan industri buku dan bacaan di Malaysia pada skala yang lebih besar.


 
                  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sumber : KOSMO, 12 Julai 2011








No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...