Jul 9, 2011

Karnival Sukan PEKAWAM JOHOR 2011

 TAHNIAH PEKAWAM KLUANG



Alhamdulillah, dipermudahkan segala urusan. Hilang segala penat jerih PP dan rakan-rakan membuat latihan  selama sebulan setengah.
Tahniah diucapkan kepada pasukan PEKAWAM KLUANG yang telah menjuarai keseluruhan sukan yang telah diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan MPK & Kluang Parade pada 6 Julai 2011 lalu.
Kepada rakan-rakan PEKAWAM Johor Bahru, PULADA dan Mersing juga diucapkan tahniah kerana bersama-sama menjayakan karnival sukan nie. InsyaAllah kita di berjumpa lagi pada tahun 2013.



Tahniah sekali lagi kepada pasukan terutamanya pasukan Futsal, Bola Jaring, Ping Pong, dan Bowling Lelaki yang mengondol piala emas, Bowling wanita (Perak) dan Badminton (Gangsa).




Ahaks,...
PP dapat 2 madel. 
Emas untuk Johan Bola Jaring (PP jadi tukang sorak je hehehe) dan Gangsa untuk Badminton. Alhamdulillah, gemuks2 pun masih boleh terbang untuk smash.. zassss... 
Lama tak joint acara sukan, 10 tahun ada rasanya. Last masuk sukan masa zaman-zaman study walaupun tak penah menang langsung. Bila dah usia gini rasa sakit tang sana, sakit tang sini. Almaklumlah urat-urat yang dah 10 tahun tersimpul tu berusaha keras nak menjadi otot.
Harap-harap PP dapat teruskan diri untuk bersukan walaupun bukan untuk bertanding, tapi untuk sihat.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA


PP : eh,eh, baju pasukan bolajaring tu KUNING bukan bermakna kami joint BERSIH tau.

2 comments:

  1. mcm best je sukan ni..tahniah ye..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Cikgu Fir...

    memang best, lelagi dh lama tak bersukan... lawan untuk suka2 jer tp secara tak langsung menaikkan nama pasukan.. =)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...