Jun 6, 2011

Pro dan Kon Mengenakan Bayaran Kepada Pengguna Perpustakaan.


Maklumat sama ada ianya sebagai sumber, aset komoditi dan juga sebagai asas pengetahuan memain peranan penting di dalam perkembangan politik, sosioekonomi dan teknologi maklumat yang selama ini dianggap percuma dan tidak penting kini telah disifatkan sebagai mempunyai nilai, kuasa dan juga boleh mendatangkan hasil atau pendapatan (economic value).




Jane Haliday dalam artikelnya Fee or Free; A New Perspective on the Economics of Information telah menyenaraikan ciri-ciri maklumat sebagai komoditi ekonomi (economic commodity) :

  a.  Maklumat sebagai barang perdagangan.
  b.  Maklumat sebagai hasil produk.
  c.  Maklumat dalam erti kata penggunaan dan nilai.
  d.  Maklumat sebagai kemudahan.

A.W Ismail dalam artikelnya "Perkhidmatan maklumat harus bercirikan komersil" menyatakan telah samapi masanya perpustakaan di Malaysia mencari imej dan membentuk strategi untuk turut sama menyumbang dalam pembangunan ekonomi dengan mengubah trend perpustakaan dan pusat maklumat ke arah perkhidmatan maklumat bercirikan komersial.


PRO -  KEBAIKAN MENGENAKAN BAYARAN.

  1. Menghadkan permintaan atau pertanyaan rujukan dan memastikan pengguna lebih contained and specific apabila membuat pertanyaan.  Mengikut Lee, dengan tiadanya bayaran setengah perkhidmatan maklumat tidak dapat disediakan.  Belia juga mempertikaikan dengan adanya bayaran akan menghalang salah guna perkhidmatan perpustakaan semata-mata kerana ianya percuma, bukan kerana ianya benar-benar diperlukan.
  2. Menambah pendapatan dan boleh memperbaiki mutu perkhidmatan.  Dengan ini boleh menambah koleksi yang terkini.  Pustakawan akan lebih bertanggungjawab dan berusaha untuk memberi perkhidmatan yang lebih berkualiti di samping meningkat penggunaan perpustakaan. Apabila penggunaan perpustakaan meningkat amat mudah bagi Pustakawan untuk mendapat justifikasi untuk peruntukan yang lebih banyak.
  3. Menhalang eksploitasi perkhidmatan awam oleh pengguna luar yang terdiri daripada golongan komersial.  Ini akan mengawal permintaan atau pertanyaan rujukan daripada pengguna luar dan adapt memastikan perpustakaan diberi ganjaran setimpalnya apabila ianya menyediakan perkhidmatan kepada pengguna luar.
  4. Dapat memberi perkhidmatan kepada golongan yang selama ini tidak dapat dilayan.  Contonya perkhidmatan dapat diberikan kepada pengguna luar seperti penilai swasta, perunding harta, ejen harta tanah dan orang perorangan-dapat mengakses kepada bahan-bahan yang diterbitkan oleh jabatan dan dapat menggunakan koleksi perpustakaan amnya.


KONTRA - KEBURUKAN MENGENAKAN BAYARAN  


  1. Boleh menghalang pertanyaan.  Kerja-kerja pertanyaan rujukan dipandang sebagai latihanyang baik kepada kakitangan perpustakaan dan kadang-kadang kakitangan perpustakaan akan cuba sedaya upaya sehingga memperolehi bahan-bahan yang terdapat di luar perpustakaan semata-mata untuk membantu pengguna dalam menjalankan kerja penyelidikan mereka.
  2. Meletakkan perpustakaan di dalam hubungan kontraktual dengan pengguna di mana pengguna boleh mempertikaikan ketepatan maklumat yang diberi.
  3. Mekanisme menggenakan bayaran akan mengambil masa yang lama, tambahan pula perpustakaan di Jabatan Kerajaan dan kadangkala melibatkan kos yang banyak sebelum ianya dapat beroperasi.
  4. Tekanan yang tinggi akan dirasai oleh pihak/kakitangan perpustakaan di dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, di samping masalah kakitangan yang tidak mencukupi dan juga kekangan kewangan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Sumber : Sekitar Perpustakaan Bil 31/2000, oleh Samsiah Bt. Alang.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...