Salam ukhwah.
N3 sebelum nie yang PP suruh tunggu adalah ----------> Impian nak ada Mesin Jahit, so bila dah ada mesin jahit baru lah PP dapat merealisasikan impian PP untuk buat baju & jahit baju sendiri..
Awal tahun 2011, PP sibuk dalam pencarian mencari rumah, bila urusan dokumen rumah dah siap, sekarang sedang sedang tunggu siap 100% dan tunggu CF, ni dah masuk bulan Jun; janji pemaju rumah siap Jun lewat-lewat pun Julai. Tak per la, bawa bersabar ya PP, maklumlah kat sini tiap-tiap petang hujan mungkin ada kerja-kerja yang tertanggung menyebabkan kelewatan.
Oleh yang demikian, dua tiga menjak nie PP dengan mak PP mula lah mengintai harga-harga mesin jahit. Mak oi! boleh tahan juga harga-harga mesin jahit nie kan, yang manual (pijak kaki) pun dah harga lebih dari 0.5K, ni kan lagi mesin jahit elektrik, nie belum check harga mesin jahit tepi; mesin jahit tepi ni pun penting juga, sebab kalau tak dijahit tepi kain, habis berburas baju-baju nie.
![]() |
| Mesin jahit manual jenama butterfly (gambar dari google) |
Dulu-dulu mak PP memang dah ada mesin jahit manual ni (sekarang masih ada, cuma dah rosak), mak kata, mak beli mesin nie masa abang PP baru lahir, mak oi lagi lama dari usia PP. Memang patut la dah rosak lebih-lebih lagi rumah kami selalu kena banjir, jadi dah berkarat-karat kompenan-kompenan mesin tu...kesiankan, kalau masih elok pasti impian PP dah jadi realiti. Tak pun pasti dah lama PP pandai menjahit.
![]() |
| Mesin jahit elektrik (gambar dari google) |
Bawak bersabar ya PP.
Kesian PP dan mak, mak beriya-iya mengodeh mesin jahit lama, taruk minyak tang sini, taruk mintak tang sana, longgarkan skru tang sana, longgarkan skru tang sini, masih tak boleh berfungsi. Almaklum la dah berkarat kan, lagi pun mesin lama ni kan besi.
Mak kata kita anto kat kedai betulkan mesih jahit la, masalahnya siapa nak angkat mesin berat nie, pastu nak angkut pakai apa?Huhu.. kesian,kesian, kesian....
Huh! dah hilang sabar nampaknya, apalagi PP terus ajak mak pergi pekan Rengit. Rengit? Apa tu? tempat apa tu...Hah kalau semua nak tau, tak pun mungkin dah tau, kat Johor nie ada satu pekan yang glamour dengan jualan barang-barang terapakai (secondhand) dan barang-barang nie kebanyakan secondhand dari Singapura, jadi semua ada brand. Dulu-dulu urusan perniagaan yang dijalankan pada waktu tengah malam sehingga pagi, semakin waktu tengah malam semakin rancak orang Rengit ni berniaga dan semua harga boleh nego. Sekarang dah maju,waktu siang pun berniaga ditambah lagi; persatuan perniaga di situ dah bina bangunan khas untuk berniaga, kalau dulu dorang niaga kat laman rumah hingga ke dalam rumah, apa barang yang ada kat dalam rumah semua dorang jual... meriah, kalah orang-orang KL berniaga kat UpTown.
Huh! berpeluh ketiak kita orang berjalan dari satu kedai ke satu kedai, dari satu rumah ke satu rumah,....
AKHIRNYA.......
tadaaaaaaa....
![]() |
| Mesin jahit Butterfly yang telah dimodify tambah motor elektrik. |
Yeh, yeh... PP dah dapat Impian PP... Yes, jumpa pun Impian PP. Nampak gambar kat atas ni.. Hah, ni la mesin jahit yang telah PP perolehi setelah bermandi peluh di Rengit. Mesin jahit manual yang telah diubahsuai dengan ditambah motor elektrik. Mesin masih baru, cuma harga jer tak dapat nego, penjual tu kasi harga RM 250, minta kurang lagi tak dapat, mula tu masa buka harga dia kata boleh nego bila dah test motor elektrik tu boleh berfungsi dan barang dan masuk keta (meja mesin dan kaki mesin tu rupanya boleh asingkan dengan buka je skru bawah meja) dia tak kasik la pulak murah lagi... tak pe la, dah ok la harga nie. Hehehe senyum meleret sepanjang perjalanan balik rumah.
Kepada semua peserta peraduan "Aku Ada Impian" Master Arsyad, jangan lupa N3 baru, dah masuk setengah tahun nie. Disebabkan PP perolehi Impian PP nie pada bulan Mei, jadi sepanjang bulan Mei PP tak buat entry, ni kira N3 untuk bulan Mei laa, yea Master Arsyad.
Eh!eh! pasal nak buat baju nie kena tambah lagi Impian, apa lagi ek? ------->TUNGGGUUUUU......
PP : lepas nie boleh la melaram menjahit baju banyak-banyak, Hari Raya pun dah nak dekat nie...



hi..hi..beli kat Rengit ye...murah tu...dapat meja sekali...Akak pon ada beli sekali ari tu..RM350 ke RM300 - mesin jahit Singer...tak sempat jahit baju pon...ada lg elok jer dia tidor...
ReplyDelete@:Kak Hawa, he2 yap Rengit.Alhamdulillah, kebetulan ada brg & mesin masih cantik...tu pun mmg dah tak de choice,jenis body puteh2 mak kata tk pandai guna... Saje je beli nie, nak belajor2 jahit, rasa malu jer dh usia gini tk pandai jahit baju....
ReplyDeletekt Rengit tue mmg ader yerk..alahai teringin nyer nak beli jugak..camner ekk?
ReplyDelete