Buat baju? Menjahit baju?
Ish... PP kan perempuan, takkan orang perempuan tak pandai menjahit?
Huwaaaa.... iya. Memang betul. PP tak pandai menjahit dan tak pandai buat baju. Buat malu kaum perempuan je kan? Selama hidup nie beli kain jer & terus hantar tempahan kat akak sepupu.
Minta maaf ya, ibu-ibu, bapak-bapak, adik-adik, kakak-kakak & abang-abang,.. dulu masa sekolah PP masuk kelas Pertanian, jadi bila masuk kelas Kemahiran Hidup, kelas kami buat projek bela burung puyuh,bela ayam, tanam sayur-sayuran dan taman mini hiasan. Memang diakui ada belajar bab menjahit dan akaun tapi sebab cikgu Pertanian adalah lelaki jadi dia ajar jahit butang baju jer.. hahahahaha... kesian3 (bunyi cam Upin Ipin). Walaubagaimana pun semua projek-projek kami berjaya dari start bela anak burung puyuh tu kepada proses penyembelihan (cikgu & budak lelaki la yang buat), proses masaak (goreng jer), terus ke jualan (emm PP la yang jadi akauntan dan bahagian promosi), perh laku abis jualan ayam puyuh kita orang, sampai tak cukup, kesian kat dorang-dorang yang tak dapat beli.
Kemudian bila abis SPM, PP study ambil course Sains Komputer (Teknologi Maklumat), perh pegang PC je la, mana ada masa nak pegang mesin jahit nie...
Sebenarnya Impian nie memang dah lama terpendam, tapi dalam senarai kurang di bagi tumpuan/perhatian dan juga jadual waktu kehidupan yang padat. (hehe padat ke? Ke tak pandai manage waktu/masa).
Walaumacam mana selagi kita yakin boleh, dan sebenarnya semangat nak belajar tu la yang penting dalam mencampai kejayaan Impian kita.
Bunyi macam tak menarik kan, Impian PP nie? Tak adventure jer kan? Tak pe, yang penting Impian nie PP dapat capai.
Oleh yang demikian, sebab musabab PP lama tak update blog & tak buat N3 contest Master Arsyad, disebabkan PP tengah mencuri waktu untuk belajar menjahit. (psst nie belum campur waktu PP buat part-time jobs..huhu letihnya)
Curi waktu belajar menjahit? Macammana tu?
Ya.
1. PP pinjam buku "Panduan Membuat Pakaian" yang ada kat dalam library PP nie.
2. Pinjam nota2 menjahit baju kurung dan kurung Pahang dari teman sekerja PP.
3. Belajar step by step dari laman web video yang glamour tuuu---> YouTube.(thanks kepada tuan empunya video.
Step by step on how to sew baju kurung Part 1.
Step by step on how sew baju kurung Part 2.
Step by step on how to sew baju kurung Part 3. (Kain baju Kurung)
Ok, InsyaAllah yakin boleh. PP pasti boleh. Semoga di permudahkan urusan hari-hariku.Tapi sebelum Impian nak buat dan jahit baju, mesti la ada Impian yang terdahulu sebelum menjahit... Apa tuu? tunggguuuuu N3 seterusnya.


0 ulasan:
Post a Comment