- Melaksanakan Program Galakan Membaca dengan pelbagai kaedah.
- Membudayakan penyediaan Laporan Program Galakan Membaca kepada Perpustakaan Negara Malaysia.
- Penganugerahan perpustakaan paling aktif melaksanakan Program Galakan Membaca sempena Konvensyen Pembacaan : Ke Arah Transformasi Minda yang akan diadakan pada bulan Oktober 2011.
- Membudayakan pengumpulan statistik perkhidmatan perpustakaan.
- Serahan terbitan Agensi Kerajaan kenapa PNM di bawah Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (Akta 331)
- Perlaksanaan penggunaan ICT dalam pengurusan perpustakaan ke arah ketersediaan perkhidmatan U-Pustaka.
U-Pustaka.
![]() |
| www.u-library.gov.my |
Kewujudan sedia ada pengetahuan adalah penting bagi memastikan pembangunan negara. Peranan u-Pustaka dalam konteks pembangunan, perpaduan negara dan daya saing global adalah penting untuk mana-mana negara pada hari ini.
Dalam proses transformasi Negara untuk menjadi masyarakat berpengetahuan secara inklusif, perkhidmatan penyampaian maklumat yang inovatif telah memberi laluan kepada sumber pengetahuan, seterusnya menggalakkan pengalaman pembelajaran sepanjang hayat pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja bagi meningkatkan kualiti kerja dan kualiti hidup secara berterusan.
Era k-ekonomi membawa berita baik bagi dunia penyelidikan dan kesarjanaan untuk mendapatkan akses tanpa sempadan kepada koleksi keilmuan yang meluas buat sesiapa sahaja, pada bila-bila masa dan di mana sahaja mereka berada.
Projek Perintis u-Pustaka merupakan satu inovasi yang memanifestasikan sinergi kolaboratif dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan sokongan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) serta ahli-ahli Konsortium u-Pustaka seperti berikut:
- Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS),
- Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS),
- Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP),
- Pustaka Negeri Sarawak (Pustaka),
- Perpustakaan Kuala Lumpur (PKL),
- Perpustakaan INTAN Bukit Kiara dan
- Perpustakaan Negeri Sabah.
Seiringan dengan itu, Projek Perintis u-Pustaka direalisasikan menerusi kolaborasi inovatif bersama/dengan agensi-agensi berikut:
- Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
- Unit Perancang Ekonomi (EPU)
- Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia(JPN)
- Pusat Kecemerlangan Teknologi Sensor (NEST), Universiti Putra Malaysia
- Pos Malaysia Berhad (PMB)
- FPX Gateway Sdn Bhd(dulu dikenali sebagai Malaysian Electronic Payment System Sdn. Bhd (MEPS))
- Bank Islam Malaysia Berhad
- Touch 'n Go Sdn Bhd
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Setelah sebulan menghadiri Seminar Khas nie, baru sempat PP nak daftar kat U-Pustaka nie.. sewaktu PP mendaftar dan online terdapat 8 orang yang sedang on-line,walaupun lawatan untuk hari ini ada 100+ ahli... emm belum ramai lagi yang menggunakan U-Pustaka nie, jadi PP sebagai anak PNM bertanggungjawab dalam memperkenal dan mempromosi lama U-Pustaka nie. So, marilah kita meramaikan ahli U-Pustaka nie ya!


0 ulasan:
Post a Comment