May 31, 2011

1 bulan, 1 buku - Jangan Bersedih ; Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia

Tajuk : Jangan Bersedih; Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia.
Penulis : Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni.
Penterjemah : Muhammad Huzaifah.
Penerbit : Al- Hidayah Publictions.
Harga : RM10 (Semenanjung) RM 12 (Sabah dan Serawak)
Cetakan : 2011




Segala puji bagi Allah S.W.T., Tuhan semesta alam, yang sentiasa menganugerahkan selawat dan salam atas kekasihNya, Rasulullah S.A.W beserta keluarganya, sahabatnya dan orang yang mengikuti sunnahnya hingga hari kebangkitan.


Alhamdulillah diberi sedikit lebihan pada bulan ini untuk PP menambah koleksi-koleksi peribadi buku PP. 


Saudariku,
Buku ini menjemput setiap wanita untuk hidup bahagia dengan agamanya, merasa senang dengan kurnia Allah yang telah dianugerahkan kepadanya dan bergembira dengan berbagai hikmat yang telah dimilikinya.


Saudariku,
Bacalah buku ini, kerana di dalamnya terdapat ayat-ayat yang jelas, hadis yang benar, ungkapan yang tegas, kisah yang memberi inspirasi, bait-bait syair yang mempersona, pemikiran yang lurus dan pengalaman yang bijak.


Pelajari diwan (kumpulan syair) ini agar dapat membantumu membersihkan kepala dari awan tebal, ilusi dan tumpukan rasa was-was; agar menunjukimu taman-taman kedamaian, kebun kebahagiaan, rumah-rumah iman dan syurga-syurga keceriaan.


Semoga Allah membahagiakanmu di dua alam dengan pemberian dan kemurahannya.  Sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Mulia.












PP : Dengan ketebalan 2cm, kelebaran 16cm x 11cm; comel dan padat. Umpama kitab yang mudah dibawa kemana-mana untuk dijadikan panduan dan amalan seharian.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...