May 3, 2011

1 bulan, 1 buku - Islam Iman Ihsan

Tajuk : Islam Iman Ihsan
Penulis : Sakinah Salleh
Penerbit : PTS Millenia Sdn Bhd
Harga : RM13 (Semenanjung) RM15 (Sabah dan Sarawak)


Konsep Islam, Iman dan Ihsan (3i) memerlukan antara satu sama lain.  Ia ibarat garam, gula dan asam dalam masakan yang mejadikan makanan itu lengkap dan begitu menyelerakan untuk dihidangkan.

Islam adalah tunduk serta patuh kepada Allah.  Allah berfirman yang bermaksud: "Katakanlah, sekiranya kamu benar-benar mencintai Allah, ikuti aku. Nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."(Surah Ali-Imran ayat 31) 





Iman pula membenarkan hati iaitu berikrar dengan lisan dan beramal dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.  Dalam Surah al-Baqarah ayat 285, Allah berfirman yang bermaksud:

"Nabi Muhammad beriman pada apa yang diturunkan kepadanya daripada Allah iaitu Quran, demikian juga orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan Rasul-Nya. Meraka berkata, 'Kami tidak membeza-bezakan antara kamu semua dengan yang lain daripada Rasul-Rasul-Nya.' Mereka berkata lagi. 'Kami dengar dan taat.  Kami memohon, ampunilah kami, wahai Tuhan kami.  Kepada-mu jua kami kembali."
Manakala ihsan pula meliputi segala pengalaman dan perbuatan denga ikhlas serta meyakini Allah mengetahui dan menyaksikan segala perbuatan.

Kekurangan iman menjadikan kehidupan manusia kacau-bilau.  Itulah sebabnya ada manusia hidup berasakan akal sendiri tanpa mengikuti panduan dan peraturan yang digariskan Allah s.w.t.

Tiada iman menyebabkan seorang anak sanggup membunuh ibu atau ayah mereka sendiri atau bapa sanggup memperkosa anak kandungnya sendiri.


Apakah sebab terjadinya semua itu? Semua itu terjadi kerana mereka tidak kembali kepada jalah Allah iaitu jalan yang lurus yang ditetapkan oleh-Nya.


Konsep 3i sebenarnya adalah tunjang yang merangkumi seluruh aspek kehidupan dan hubungan kita sebagai insan dan hamba kepada pencipta, sesama insan lain dan alam ini.


Paling utama ialah dalam hubungan hamba dengan Tuhannya iaitu pengakuan dengan sebenar-benarnya tiada Tuhan di alam ini melainkan Allah manakala Nabi Muhamad itu adalah pesuruh Allah.


Melalui persaksian itu, manusia mengambil amanah dan tanggungjawab bagi melaksanakan apa yang diperintahkan oleh-Nya dan apa yang dilarang oleh-Nya.


Tidak mungkin dengan persaksian itu manusia menjadi sambil lewa dan mengambil mudah perihal apa yang disaksikannya.  Mampukah kita berdiri dengan sendiri tanpa mengharap rahmat dan rezeki Tuhan?


Itulah perbezaan utama antara Islam dan bukan Islam dan individu Islam sebenar dengan individu Islam yang berpura-pura.  Sifat kepura-puraan itu adalah sikap munafik yang lahir daripada hati yang rosak dan jiwa yang gersang dengan  hidayah dan iman.


Justeru, setiap individu Muslim perlu sentiasa menghiasi kehidupan mereka dengan cara hidup berlandaskan Isalam di mana perlu melakukan sebaik mungkin segala hugungan dan aktiviti antara keluarga, masyarakat, negara, pekerjaan, perniagaan dan sebagainya.


Kita perlu mengejar dua kejayaan di dunia dan akhirat.  Kejayaan dunia termasuk memiliki ilmu dan berkongsi ilmu serta memanfaatkannya, mempunyai harta dan menafkahkannya sebahagian daripadanya, memiliki pangkat dan menggunakannya untuk kebaikan bersama.


Manakala kejayaan di akhirat kelak ialah terlepas azab seksaan kubur, mendapat syafa'at daripada Rasulullah, melepasi titian siratul mustaqim dan dipilih menghuni syurga Allah.






~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Sumber : Harian Metro, Jumaat 15 April 2011.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...