Apr 6, 2011

SEKITAR PERPUSTAKAAN : Pengunaan Perisian Sumber Terbuka (Open Source Software) - Apa itu Perisian Open Source

Apa itu Perisian Open Source?

Perisian Sumber Terbuka atau lebih dikenali sebagai Open Source Software (OSS) boleh didefinasikan sebagai sebuah program komputer atau perisian yang diedarkan secara percuma, di mana kod sumbernya (source code) boleh di didapati dengan mudah, tanpa dikenakan sebarang caj oleh pemilik atau pengeluar lesen.  Pada kebiasaannya, perisian sumber terbuka mudah diperolehi menerusi Internet di mana pengguna boleh memasang, mengguna dan memanipulasikan secara bebas mengikut keperluan masing-masing.


Laman web rasmi Open Source Initiative ( http://www.opensource.org/docs/definition.php ), ada menyenaraikan beberapa ciri-ciri utama perisian sumber terbuka, antaranya seperti berikut:


  1. Ia seharusnya diedarkan semula secara percuma.  Sekiranya ia dilesenkan, ia tidak seharusnya menghadkan mana-mana pihak untuk menjual atau mengedarkannya kepada pihak lain.  Pihak pengeluar lesen pula tidak seharusnya meminta sebarang royalti atau bayaran atas penggunaan atau penjualan perisian berkenaan oleh pihak lain;
  2. Perisian seharusnya disertai dengan kod sumber (source code) dimana ia seharusnya bebas diedarkan, tanpa sebarang caj.  Ini bagi membolehkan para pengguna, khususnya pembangun sistem/pengaturcara mengubahsuai perisisan aplikasi berkenaan bagi memenuhi keperluan masing-masing;
  3. Pihak pengeluar lesen seharusnya membenarkan sebarang pengolahan/pengubahsuaian kepada perisian dan menghormati hak/integriti kod sumber pihak yang membuat pengubahsuaian;
  4. Semua individu/pihak berhak mendapat faedah dan manfaat dari penggunaan perisian ini, tanpa sebarang diskriminasi;
  5. Perisian dan perlesenan seharusnya bersifat teknologi-neutral; dan
  6. Perisian seharusnya boleh digunakan tanpa sebarang diskriminasi akan tujuan penggunaanya.

Sukhwinder Randhawa dalam artikelnya, Open Source Software and Libraries, telah mengariskan beberapa kelebihan penggunaan perisian sumber terbuka, antaranya seperti berikut:

  1. Khidmat sokongan mudah diperolehi;
  2. Perisian berkualiti, telah diperakui menepati kebanyakan standart utama, telah melalui proses peer-review, mudah diperolehi kod sumbernya (source code) dan mudah diubahsuai mengikut keperluan.
  3. Sebahagian besar perisian sumber terbuka mudah disepadukan dengan lain-lain aplikasi, sistem pelayan dan perkakasan.
  4. Pada asasnya, ia adalah percuma dan tidak memerlukan sebarang bayaran bagi kos perlesenan;
  5. Ia boleh berfungsi pada perkakasan ICT konvensional atau berkapasiti rendah.


Sumber : Sekitar Perpustakaan, Perpustakaan Negara Malaysia. Bil. 40/2010
Oleh : Zahuddin bin Sidek @ Salleh

2 comments:

  1. aku sangat2 suka entry ni.. sbb aku adalah penggemar perisian open source.. sbb tu aku guna ubuntu, open office dan sebagainya.

    ReplyDelete
  2. @:H@W : terima kasih H@W, singgha & komen. PP pun masih belajar2 nk guna OSS nie.

    ~Ya Allah..kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kebahagiaan dan
    kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat kelak..~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...