Apr 15, 2011

1 bulan, 1 buku - Isabella

Tajuk : Isabella
Penulis : Maulana Muhammad Saeed Dehlvi terjemahan Abdullah Hussain
Penerbit : Pelima Media Sdn. Bhd
Cetakan : Pertama
Harga : RM16 (Semenanjung)RM18 (Sabah & Sarawak)





Novel ini ditulis berdasarkan kepada sejarah perbandingan antara Islam dan Kristian.  Pada awalnya novel ini ditulis dalam bahasa Urdu kemudian diterjemahkan ke dalam perlbagai bahasa termasuk Melayu, Inggeris dan Indonesia.


Isabella ialah watak utama di mana dia seorang gadis beragama Kristian yang mencari kebenaran.  Pencariannya membuka tadbir kebenaran serta keadilan sehingga meninggalkan kesan mendalam kepada pembaca.


Ayahnya seorang pendeta Kristian di Cordova bersifat ortodoks.Dalam pencarian terhadap Islam akhirnya Isabella begitu yakin Islam adalah agama yang menetapkan jiwanya.


Pelbagai dugaan diharungi terutamanya tentangan daripada bapa, guru serta orang Kristian yang membenci tindakannya, malah ada juga usaha untuk membunuhnya jika dia memeluk Islam.

Berbekalkan keyakinan dan keteguhan hatinya terhadap Islam, Allah meninggikan darjatnya daripada seorang fanatik Kristian menjadi seorang Muslimah mulia dab berbakti kepada agamanya.


Dalam novel ini Isabella mempunyai watak ingin tahu, yakin, bijak, pendiam, sabar dan tidak mudah gentar. Moral yang boleh dijadikan panduan sebagai seorang Muslim ialah perlu menyampaikan dakwah dan kebaikan dengan jelas kerana kebenaran pasti terbukti.


Novel ini juga mempunyai bahasa yang mudah difahami, membuatkan pembaca tidak akan melepaskan bacaanya sehingga mengetahui seluruh isi kandungannya.






~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sumber : Harian Metro, Ad-din. Jumaat 15 April 2011



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...