Alhamdulilah, telah dipermudahkan segala urusanku. Semalam PP tertarik dengan artikel di Utusan Malaysia berkenaan Tafsir al-Quran & Asbabun Nuzul dimana ayat Al-Alaq:1-5 ini menerangkan tentang keutamaan membaca, menulis, dan kepentingan ilmu pengetahuan.
Oleh yang demikian PP nak ucapkan terima kasih kepada sahabat PP si M@T@H@W yang sudi membuat entry berkenaan rujukan PP di Quran.com.(sini) dan tahniah kepada sahabat ini yang berusaha mencipta icon M@T@H@W Friendship Award untuk menggalakkan sahabat lain membaca al-Quran.
Sesungguhnya, tanpa qalam, ilmu pengetahuan tidak akan terpelihara. Agama-agama akan hilang lenyap dan generasi kemudian tidak dapat mengenal generasi yang terdahulu. Aspek ilmu pengetahuan, penemuan-penemuan, kemahiran-kemahiran, sejarah baik buruk umat terdahulu kala tidak akan tercatit. Pengetahuan mereka tidak akan menjadi penunjuk jalan kepada umat terkemudian untuk terus maju dalam bidang rekaan dan ciptaan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Firman Allah SWT yang bermaksud : Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. (al-Alaq 1-5)
ALLAH SWT menghilangkan kesukaran yang dihadapi Rasulullah ketika berhadapan dengan Jibril AS dan memerintah dengan berkata: "Bacalah!" lalu Baginda menjawab: "Aku tidak boleh membaca!"
Lantas Allah SWT berfirman yang bermaksud: Bacalah dan Tuhanmu yang Maha Pemurah.
Al-Maraghi berkata: "Laksanakan membaca yang Aku perintahkan itu!Perintah membaca ini diulang-ulang, kerana membaca hanya dapat dicapai oleh seseorang dengan mengulangkaji. Ulangan perintah ini menunjukkan perlunya apa yang dibaca itu diulangi berkali-kali."
Oleh itu, membaca menunjukkan bakat Nabi Muhammad SAW, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Kami sentiasa menjadikan Engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (al-Quran yang diturunkan kepadamu dengan perantaraan Jibril), sehingga Engkau (menghafaznya dan) tidak lupa.
Tuhanmu Maha Pemurah terhadap setiap orang yang mengharapkan pemberian-Nya. Oleh sebab itu, mudah bagi Allah SWT mengurniakan kebolehan membaca Al-Quran kepadamu.
Kemudian, Allah SWT menjelaskan lagi keterangan menerusi firman-Nya yang bermaksud: Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan.
Tuhan Yang Maha Pemurah itu juga menjadikan qalam sebagai alat yang dapat memberi kefahaman sesama manusia meskipun berjauhan, sebagaimana memahamkan mereka dengan perantaraan lisan.
Qalam adalah benda yang tidak berjiwa dan tidak mempunyai kekuatan untuk memberikan pengertian.
Oleh sebab itu, apakah ada kesulitan bagi Tuhan yang membuat benda mati lagi diam menjadi alat untuk menberi pengertian, penjelasan dan menjadikan kamu orang yang boleh membaca serta mengajar kerana kamu telah menjadi manusia sempurna?
Tuhan menyifatkan sendiri penciptaan manusia yang terbentuk daripada segumpal darah serta mengajarnya dengan perantaraan qalam. Semua ini bertujuan menerangkan keadaan yang sebenar.
Allah SWT mencipta manusia daripada bahan yang hina dan seterusnya membentuk manusia yang sempurna.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Renunglah wahai manusia bagaimana peringkat perpindahan kamu dari sehina-hina kejadian kepada martabat yang paling tinggi.
Ini membuktikan kewujudan pentadbir yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.
Sayid Qutub berkata: "Di samping menjelaskan hakikat penciptaan manusia. ayat itu juga menjelaskan hakikat mengajar, iaitu bagaimana Allah SWT mengajar manusia dengan pena, kerana denga pena selama-lamanya merupakan alat mengajar yang paling luas dan paling mendalam kesannya dalam kehidupan seharian manusia."
Pada ketika itu, halikat peranan pena belum lagi jelas seperti yang kita ketahui dalam kehidupan manusia sekarang. Tetapi Allah SWT amat mengetahui nilai pena.
Sebab itulah Dia menyebutkannya pada detik pertama kemunculan agama yang terakhir bagi umat manusia dan pada surah yang pertama dari surah-surah yang terkandung di dalam al-Quran.
Namun begitu, Rasulullah SAW sendiri bukanlah seorang yang pandai menulis dengan pena.
Oleh yang demikian, andainya al-Quran itu bukanlah wahyu daripada Allah, malah perkataan yang dikarang oleh baginda, sudah tentu baginda tidak akan menonjolkan hakikat peranan pena itu pada detik pertama dakwahnya.
Hakikat ini sudah tentu tidak tertonjol seandainya al-Quran itu bukannya wahyu dan utusan daripada Allah SWT.
Seterusnya, Allah SWT menjelaskan perkara ini dengan huraian yang lebih lanjut tentang pelbgai nikmat yang dikurniakan melalui firman-Nya yang bermaksud: Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
Sumber : Utusan Malaysia, Jumaat 11 Mac 2011.
Oleh : Dr. Zulkifli Mohammad AlBakri
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
PP :
perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu..

salam...
ReplyDeletesebagai seorang guru, saya selalu galakkan pelajar2 saya membaca..
setaip hari, sebelum 7.40am program membaca ini dijalankan...
** folo blog sahabat...*204
** setiap...pembetulan..
ReplyDelete@Sekamar Rindu: Alhamdulillah, semoga dipermudahkan segala urusanmu...
ReplyDelete~Ya Allah..
tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah
hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah
hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat...~
telah d abadikan di sini http://matahaw.blogspot.com/2011/01/apa-kata-mereka-blog-full-review-2.html
ReplyDeletesalam
ReplyDeleteramai anak2 muda tak tahu membaca...
sedih...
terlalu byk hiburan,,
salam tu la karang ni banyak ore tua x banyak perhati anak die .. huhuhuh
ReplyDeletesalam....
ReplyDeletesaya jua mendoakan moga pemilik blog ini akan sentiasa dirahmati Allah swt selalu...
amin...
H@W: M@T@HaW Nuovo
ReplyDelete:Budi & Jasamu hanya Tuhan yg dpt membalasnya.
@ Mohamadazhan.Com : Terima kasih sudi singgah & komen di PP. =)
ReplyDelete@Wan MOHd saLiM : Semoga dipermudahkan segala urusanNya.
ReplyDelete@:Sekamar Rindu :Aminn... Terima kasih sahabat, atas doamu.
ReplyDelete~Ya Allah..kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kebahagiaan dan kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat kelak..~
Salam.
ReplyDeleteWalaupun saya hnya surirumah, tetapi ada ketika sya suka membaca buku. Kadang2 ulang baca buku yg dah lama simpan.Boleh refresh minda
mymekar.com
@:Mekar:Alhamdulillah, semoga dipermudahkan kehidupanmu wahai teman. Membaca juga ibarat makanan kepada otak/minda kita.
ReplyDelete