Mar 3, 2011

Baca 12 Buah Buku Setahun.

Ketua Pengarah PNM, Datuk Raslin Abu Bakar
Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Datuk Raslin Abu Bakar memberitahu, kajian menunjukkan rakyat Malaysia yang berusia di antara 10 hingga 40 tahun membaca sebanyak lapan hingga 12 buah setahun.


Dalam kajian yang sama iaitu kajian olahan semula profil membaca Malaysia 2010 mendapati, mereka yang lebih berusia membaca secara purata enam buah buku.

Secara amnya, angka ini menunjukkan peningkatan yang baik berbanding purata hanya 2 buah buku seorang yang dicatatkan dalam kajian pada tahun 2005.
Raslin berpendapat, jumlah buku yang patut dibaca oleh seseorang itu sebenarnya terpulang kepada individu itu sendiri.

Namun beliau menyarankan agar setiap orang meluangkan sekurang-kurangnya satu jam setiap hari untuk membaca.

"Sekiranya anda membaca satu jam sehari, secara purata, anda boleh menghabiskan satu buku setiap minggu."


"Jika amalan ini berterusan, anda akan dapat menghabiskan 4 buku sebulan atau 48 buah buku dalam masa setahun, satu jumlah yang agak mengkagumkan," katanya.


Tidak dinafikan angka itu mencerminkan tabiat membaca yang cemerlang sekali gus membentuk minda masyarakat yang bijak dan terbuka.

"Bentuk bahan bacaan terpulang kepada diri kita sendiri tetapi sebaiknya pilih atau baca buku ilmiah yang berkaitan dengan bidang anda dan juga bahan-bahan yang boleh membangunkan nilai diri anda sendiri"

"Lagipun, nilai seseorang itu mencerminkan melalui kualiti bahan bacaan bukan hanya menerusi jumlah buku yang dibaca," katanya.

Raslin turut menggalakkan rakyat Malaysia untuk berusaha menghasilkan karya sendiri bagi meningkatkan jumlah buku terbitan negara.

"Pada masa ini, industri penerbitan negara hanya mampu menerbitkan sekitar 15,000 judul bahan bacaan setahun yang dikira masih jauh di bawah paras standart negara maju," tegasnya.

Buku juga boleh dijadikan sebagai hadiah kepada rakan-rakan.


UNESCO menetapkan bahawa penerbitan buku sesebuah negara yang paling wajar adalah satu peratus daripada jumlah populasi penduduk.  Syarat ini antara elemen yang dinilai untuk penstatusan negara maju.

"Ini bermakna memandangkan jumlah negara perlu aktif menghasilkan 28,000 judul setahun," jelasnya yang turut berharap agar angka itu dapat dicapai sebelum tahun 2020.

Sehubungan itu, PNM merangcang untuk mengadakan Festival Penulis 1Malaysia tidak lama lagi yang bertujuan mengasah potensi penulisan buku rakyat Malaysia.

Raslin berkata, selain program seperti bengkel e-book, festival itu nanti akan turut memberi tumpuan khas kepada golongan remaja yang berhasrat menjadi penulis.

Sebagai usaha merancakkan industri penerbitan buku, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan sedang berusaha mendapatkan dana bagi membolehkan bahan penulisan dibeli secara terus daripada penulis, sekali gus memudahkan penulis menerbitkan karya mereka.

Sumber daripada Majlis Industri Buku Malaysia menunjukkan nilai penjualan buku di Malaysia pada tahun 2009 ialah RM21 bilion yang boleh dianggap satu pencapaian yang memberangsangkan.

Sumber Rencana : KOSMO, Rabu 2 Mac 2011

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

PP ~> sebelum nie cadang baca/beli buku 1bulan 1buku,..  hari ini Ketua Pengarah PNM pun mensarankan benda yang sama "Baca 12 Buah Buku Setahun"....emm PP berfikiran seperti Ketua Pengarah... wow!

4 comments:

  1. Syabas diucapkan atas segala usaha yang telah dilakukan oleh PNM dalam usaha menyemaikan budaya dan mentaliti membaca sekaligus menyahut seruan agama islam yang menitikberatkan budaya ilmu dikalangan umatnya.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum nora..
    taniah nora ats useha murnimu...akk kkdg cuba juga beli online MPH buku tapi bila nk byr trs auto log in website maybank tu yg ragu2 nk isi...
    di kedai buku online yg lagi satu ada public bank kena email slip bank in tu yg mls...dkt sini tak ada kedai buku yg besar2 ..baru je kedai buku popular buka tapi kecil je btk buku yg tak ada...sedang mencari buku motivasi bercinta sampai ke syurga dan aku terima nikahnya oleh penulis yg sama..

    ReplyDelete
  3. @qalam_timur : thanks sudi tinggal komen.

    ReplyDelete
  4. @azlina : thanks kat akak sudi tinggal komen, sya pun tercari2 buku motivate tersebut.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...