Mar 20, 2011

Panduan Perpustakaan Keluarga - Tanda Hak Milik

Tanda Hak Milik


Bagi mereka yang mempunyai koleksi buku sendiri, bolehlah memberikan tanda hak milik bagi tiap-tiap naskah buku anda.  Tanda hak milik ini boleh ditempah dalam berbagai-bagai bentuk.  Ada yang bercetak dengan kata-kata seperti;

  • Perpustakaan Imran Ahmad, atau
  • Koleksi Suhana

Disamping itu, terdapat juga tanda hak milik dalam bentuk pelekat yang boleh dilekatkan ke dalam tiap-tiap buku seperti:

          Perpustakaan
          Amir Hassan
          1.3.1991

Mar 13, 2011

Membaca Menambah Ilmu




Alhamdulilah, telah dipermudahkan segala urusanku. Semalam PP tertarik dengan artikel di Utusan Malaysia berkenaan Tafsir al-Quran & Asbabun Nuzul dimana ayat Al-Alaq:1-5 ini menerangkan tentang keutamaan membaca, menulis, dan kepentingan ilmu pengetahuan.

Oleh yang demikian PP nak ucapkan terima kasih kepada sahabat PP si M@T@H@W yang sudi membuat entry berkenaan rujukan PP di Quran.com.(sini) dan tahniah kepada sahabat ini yang berusaha mencipta icon M@T@H@W Friendship Award untuk menggalakkan sahabat lain membaca al-Quran.

Sesungguhnya, tanpa qalam, ilmu pengetahuan tidak akan terpelihara.  Agama-agama akan hilang lenyap dan generasi kemudian tidak dapat mengenal generasi yang terdahulu. Aspek ilmu pengetahuan, penemuan-penemuan, kemahiran-kemahiran, sejarah baik buruk umat terdahulu kala tidak akan tercatit. Pengetahuan mereka tidak akan menjadi penunjuk jalan kepada umat terkemudian untuk terus maju dalam bidang rekaan dan ciptaan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Firman Allah SWT yang bermaksud : Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. (al-Alaq 1-5)

Mar 3, 2011

Baca 12 Buah Buku Setahun.

Ketua Pengarah PNM, Datuk Raslin Abu Bakar
Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Datuk Raslin Abu Bakar memberitahu, kajian menunjukkan rakyat Malaysia yang berusia di antara 10 hingga 40 tahun membaca sebanyak lapan hingga 12 buah setahun.

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN KPSL KE SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN , GRED S27. SEKSYEN A (2004)

SEKSYEN A

1. (a) Perpustakaan Negara Malaysia bertanggungjawab menyediakan latihan mengenai hal ehwal perpustakaan. Nyatakan peruntukan akta yang meliputi perkara tersebut dan bincangkan bagaimana peruntukan ini dapat membantu meningkatkan kompetensi warga perpustakaan.

ATAU

(b) Huraikan tugas dan tanggungjawab serta kuasa Perbadanan Awam Negeri di bawah Enakmen Perbadanan yang menbantu ke arah usaha menggalakkan dan memupuk minat amalan membaca di kalangan masyarakat.


2. (a) Dalam era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), seorang pegawai perpustakaan perlu melaksanakan tugasnya secara bijak bagi memastikan koleksi perpustakaan yang diperolehi adalah berkualiti dan memenuhi keperluan pengguna. Bincangkan bagaimana tugas ini dapat dilaksanakan.

ATAU

(b) Nyatakan elemen-elemen penting yang perlu dalam merangka Dasar Perolehan Bahan Perpustakaan bagi memastikan pembangunan koleksinya menyokong pembinaan Pusat Kecemerlangan Ilmu organisasi anda.



3. Internet membolehkan capaian maklumat dengan mudah dan cepat oleh pengguna. Berikan hujah anda mengapa proses pengkatalogan sumber maklumat masih perlu dilaksanakan oleh sesebuah perpustakaan.



Sumber : Perpustakaan Negara Malaysia.

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN KPSL KE SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN, GRED S27 (BAHAGIAN B) (2004)

BAHAGIAN B

1. Huraikan peranan perpustakaan anda bagi menyokong pembelajaran sepanjang hayat ke arah melahirkan pekerja berilmu.

2. Sumber kewangan yang terhad memaksa perpustakaan mengambil langkah-langkah alternatif untuk mengatasi masalah tersebut agar tidak menjejaskan keperluan maklumat pengguna. Bincangkan.

3. Bincangkan langkah-langkah yang boleh diambil dalam Penyelenggaraan koleksi perpustakaan bagi memastikan ketersediaan bahan dan sumber maklumat untuk rujukan dan penyelidikan pengguna.

4. Pembangunan Perpustakaan Awam di Malaysia masih tidak seimbang. Adakah anda bersetuju dengan kenyataan ini. Bincangkan.


Sumber : Perpustakaan Negara Malaysia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...