Penyusunan Bahan
Cara yang mudah untuk mendapatkan buku yang diperlukan ialah apabila buku tersusun dalam satu sistem yang mudah dilaksanakan. Ada beberapa sistem yang boleh digunakan untuk menyusun koleksi buku.
pinjam gambar dari google
Untuk tujuan Perpustakaan Keluarga, sistem yang mudah sekali boleh digunakan ialah Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey.
Jadual ringkas yang dipermudahkan telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, berjadul Senarai Ringkas Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey (1986).
(a) Buku
Buku yang sudah dikatalog dan dikelas bolehlah disusun di rak-rak buku. Susunan boleh dibuat mengikut nombor kelas bermula daripada nombor yang terkecil kepada nombor yang besar (000-999). Sekiranya terdapat lebih daripada satu naskah buku dalam kelas, buku-buku tersebut bolehlah disusun dengan lebih terperinci mengikut urutan nombor panggilan dalam susunan abjad.
(b) Majalah
Majalah-majalah yang hendak disimpan lama, boleh dijilid setelah cukup keluarannya bagi satu-satu tahun. Misalnya, majalah bulanan 12 keluaran. Anda juga boleh menyimpan majalah dalam fail yang boleh dibeli. Sebaik-baiknya belilah fail yang pengikatnya dibuat daripada plastik supaya tidak mudah rosak.
(c) Pita Kaset, Video, CD, dan VCD.
Koleksi ini juga boleh dicatatkan butiran seperti tajuk dan peristiwa dan diberi nombor penerimaanya menikut urutan 1,2,3 dan seterusnya. Koleksi ini boleh disusun di almari atau rak mengikut urutan nombor tersebut.

Setakat nie .. tak ada lagi. Tapi untuk akan datang. Insya Allah. Terima kasih kerana kongsikan ilmu ini. =)
ReplyDeleteanastasyea's latest post .. Main CityVille | Apa dapat ?
thanks Anastasyea, sudi jengok ke blog PP.
ReplyDelete~semoga dipermudahkan kehidupanmu wahai teman~