Feb 12, 2011

Panduan Perpustakaan Keluarga

Perpustakaan Keluarga atau sudut bacaan di rumah boleh dijadikan saluran yang berkesan untuk menerapkan minat membaca dikalangan anggota keluarga.  
Yang dimaksudkan dengan Perpustakaan Keluarga ialah bilik, ruang ataupun sudut di rumah yang telah dipilih khas untuk menempatkan bahan-bahan bacaan seperti buku, majalah, akhbar, pita kaset ataupun pita video.  Bahan-bahan bacaan tersebut disusun dengan rapi di rak buku yang ditempah ataupun dibuat sendiri.



Untuk memudahkan mendapat buku yang diperlukan dari perpustakaan anda, buku-buku tersebut perlu diproses, yakni dicatatkan butiran penerbitan seperti nama pengarang, judul, nombor ataupun tanda khas, ke dalam rekod yang dikenali dengan nama katalog.

Katalog boleh diwujudkan dalam bentuk kad ataupun buku. Katalog ini semakin penting apabila koleksi bacaan anda semaik bertambah. Dengan adanya Perpustakaan Kelurga ini, anggota kelurga akan senantiasa terdedah kepada bahan-bahan bacaan.

Buku yang hendak dibaca pula boleh diperolehi dengan mudah, bila-bila masa sahaja.

Perhubungan keluarga juga boleh dieratkan lagi dengan membaca bersama dan membincangkan apa yang telah dibaca.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...