Pemilihan tempat yang sesuai amatlah penting untuk menuntukan perpustakaan digunakan dengan sebaik-baiknya. Tempat-tempat boleh dipertimbangkan mengikut kemampuan keluarga:
- di mana-mana sahaja yang boleh menempatkan bahan bacaan;
- sudut yang paling sesuai serta jauh dari punca kebisingan;
- sebuah bilik khas;
- sebuah almari atau rak.
Jika kita boleh dapat menyediakan sebuah bilik, sebaik-baiknya pilihlah bilik yang letaknya di tempat yang sesuai dan jauh dari gangguan. Untuk keluarga yang hanya mempunyai sudut-sudut kecil di rumah memadailah dengan menempatkan almari atau rak buku. Usaha ini tidak memerlukan belanja yang besar dan rak mudah dialihkan dari satu sudut ke sudut yang lain.
Jikalau ruang yang ada hanya di satu sudut sahaja, pilihlah sudut yang sesuai untuk kegunaan kegiatan keluarga. Sekiranya ruang itu tidak mencukupi, sudut di dalam bilik tidur anak juga boleh digunakan untuk menempatkan koleksi bahan bacaan anak-anak. Terserah kepada ibu bapa untuk menentukan luas ruang yang diperlukan.

bagus klu setiap rumah bule ada sudut membaca..
ReplyDeleteya betul tu mamaqari..
ReplyDelete~semoga dipermudahkan segala urusanmu wahai teman~
dalam bilik yang sunyi pun best hehehe...
ReplyDeletejemput sini yer
blog Matdin
mmm...Kalau ada bilik lebih leh la buat perpestakan kat rmh..Kalo bilik pun tak ckup, payahlaa...hehehe...
ReplyDeleteP/S : Cam dah lain je 'rupa' blog die ni kan...nice.... :)
@matdin : tq sudi tinggal komen.
ReplyDelete@AdiaLuze : thanks sudi singgah komen, dan perasan 'rupa' blog nie dah lain,.. PP suka mencuba sesuatu yg baru...harap tk tersasar dr tujuan sebenar berblog.
~semoga dipermudahkan urusanmu wahai teman2ku~