Feb 13, 2011

Panduan Perpustakaan Keluarga - Koleksi

Koleksi

Umumnya, koleksi perpustakaan akan mencerminkan minat serta tingkat pembacaan seseorang. Koleksi Perpustakaan Keluarga akan mencerminkan minta bacaan penghuninya.  Sebaik-baiknya, koleksi perpustakaan mempunyai imbangan bahan-bahan bacaan yang berat dan ringan. Ini meliputi buku-buku ilmu dan bacaan ringan seperti fiksyen dan majalah serta buku-buku rujukan umum seperti kamus, atlas, dan ensklopedia.  Pada masa ini, banyak keluarga yang sudah mempunyai alat pandang dengar seperti komputer, perakam kaset dan perakan video.  Alat-alat tersebut boleh juga ditempatkan di perpustakaan keluarga anda.



Sebagai langkah pertama, kumpulkan semua buku yang terdapat di rumah, (tidak termasuk buku pelajaran anak-anak). Ahli-ahli keluarga boleh memulakan koleksi perpustakaan dengan membeli satu atau beberapa naskah buku setiap bulan mengikut kemampuan masing-masing. Bahan-bahan seperti kamus, ensklopedia, buku masakan, kesihatan, sukan, jahitan, berkebun dan tajuk-tajuk lain boleh dibeli jika berkemampuan. Demikian juga dengan buku-buku cerita dan bahan bacaan yang lainnya.


 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...