Feb 24, 2011

Panduan Perpustakaan Keluarga - Alat Perkakas

Alat Perkakas.

Alat keperluan asas yang diperlukan untuk penyediaan Perpustakaan Keluarga ialah :



pinjam gambar dari google


  • rak-rak untuk menempatkan bahan-bahan bacaan. Perkakas ini boleh dibeli atau dibuat sendiri dengan menggunakan batu bata dan papan;


  • sebuah meja dan kerusi atau meja makan dan kerusinya untuk tempat membaca dan memproses buku;

  • tikar atau sebarang pelapik yang boleh digunakan untuk menutup lantai; 

  • rak yang sesuai untuk menempatkan komputer, televisyen, perakam video atau radio.
pinjam gambar dari google


Rak-rak boleh ditempah khas untuk menyusun buku-buku di sepanjang dinding atau dibeli rak-rak yang sedia dijual di kedai.  Perkara ini terserah kepada kemampuan tiap-tiap keluarga.


Rak yang amat praktis ialah jenis rak yang terbuka, tidak bertutup cermin atau kayu.  Rak-rak begini memudahkan kita melihat-buku-buku yang ada, mengeluarkannya dan menyimpannya kembali. 


Namun begitu, rak yang paling murah ialah yang menggunakan beberapa batu bata dan kepingan papan yang diatur bertingkat-tingkat.


2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...