Feb 27, 2011

Panduan Perpustakaan Keluarga - Penyusunan Bahan

Penyusunan Bahan


Cara yang mudah untuk mendapatkan buku yang diperlukan ialah apabila buku tersusun dalam satu sistem yang mudah dilaksanakan.  Ada beberapa sistem yang boleh digunakan untuk menyusun koleksi buku.


pinjam gambar dari google

Untuk tujuan Perpustakaan Keluarga, sistem yang mudah sekali boleh digunakan ialah Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey.  
Jadual ringkas yang dipermudahkan telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, berjadul Senarai Ringkas Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey (1986).


Sebelum sesebuah buku itu disusun di raknya mengikut pembahagian kelas (perkara), buku tersebut perlu dikatalog terlebih dahulu, yakni mendaftarkan butiran yang terdapat pada muka surat judul seperti nama pengarang, nama penerbit dan tarikh terbitnya.  Setelah itu diberikan nombor kelas buku tersebut.  Apabila selesai tugas tersebut barulah buku itu disusun di rak mengikut nombor kelasnya.  Semua butiran tentang buku tersebut boleh dicatatkan ke dalam buku ataupun kad.


Feb 24, 2011

Panduan Perpustakaan Keluarga - Alat Perkakas

Alat Perkakas.

Alat keperluan asas yang diperlukan untuk penyediaan Perpustakaan Keluarga ialah :



pinjam gambar dari google


  • rak-rak untuk menempatkan bahan-bahan bacaan. Perkakas ini boleh dibeli atau dibuat sendiri dengan menggunakan batu bata dan papan;


  • sebuah meja dan kerusi atau meja makan dan kerusinya untuk tempat membaca dan memproses buku;

  • tikar atau sebarang pelapik yang boleh digunakan untuk menutup lantai; 

  • rak yang sesuai untuk menempatkan komputer, televisyen, perakam video atau radio.
pinjam gambar dari google

Feb 13, 2011

Panduan Perpustakaan Keluarga - Koleksi

Koleksi

Umumnya, koleksi perpustakaan akan mencerminkan minat serta tingkat pembacaan seseorang. Koleksi Perpustakaan Keluarga akan mencerminkan minta bacaan penghuninya.  Sebaik-baiknya, koleksi perpustakaan mempunyai imbangan bahan-bahan bacaan yang berat dan ringan. Ini meliputi buku-buku ilmu dan bacaan ringan seperti fiksyen dan majalah serta buku-buku rujukan umum seperti kamus, atlas, dan ensklopedia.  Pada masa ini, banyak keluarga yang sudah mempunyai alat pandang dengar seperti komputer, perakam kaset dan perakan video.  Alat-alat tersebut boleh juga ditempatkan di perpustakaan keluarga anda.


Panduan Perpustakaan Keluarga - Tempat

Tempat


Pemilihan tempat yang sesuai amatlah penting untuk menuntukan perpustakaan digunakan dengan sebaik-baiknya.  Tempat-tempat  boleh dipertimbangkan mengikut kemampuan keluarga:

    Feb 12, 2011

    Panduan Perpustakaan Keluarga

    Perpustakaan Keluarga atau sudut bacaan di rumah boleh dijadikan saluran yang berkesan untuk menerapkan minat membaca dikalangan anggota keluarga.  
    Yang dimaksudkan dengan Perpustakaan Keluarga ialah bilik, ruang ataupun sudut di rumah yang telah dipilih khas untuk menempatkan bahan-bahan bacaan seperti buku, majalah, akhbar, pita kaset ataupun pita video.  Bahan-bahan bacaan tersebut disusun dengan rapi di rak buku yang ditempah ataupun dibuat sendiri.


    Feb 3, 2011

    Pembacaan dan Pertumbuhan Akal Budi

    Jika kita membaca untuk menjadi pembaca yang lebih baik, maka tidaklah boleh kita membaca sebarang buku atau rencana. Kita tidak akan bekembang sebagai seorang pembaca jika yang kita baca selamanya merupakan buku-buku termasuk dalam lingkungan kemampuan kita semata-mata.

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...