Jan 7, 2011

Peringkat-Peringkat Pembacaan

Sebarang jenis pembacaan merupakan suatu kegiatan.  Tidaklah mungkin membaca tanpa menggerakkan mata atau menggunakan fikiran.  Namun demikian, pembacaan boleh bersifat lebih aktif atau kurang aktif, dan lebih aktif pembacaan maka lebih besarlah manfaatnya.  Seseorang itu merupakan pembaca yang lebih baik daripada sesorang  yang lain jika lebih luas bidang kegiatannya dalam pembacaan dan lebih banyak usaha di lakukannya.  Kita menjadi pembaca yang lebih baik jika lebih banyak dituntut daripada dirinya sendiri mahupun daripada buku yang sedang dibacanya itu.





Membaca adalah belajar daripada guru yang tidak hadir.  Usaha itu hanya dapat dilaksanakan dengan jaya jika kita tahu caranya.  Namun, sebelum kemahiran membaca dapat ditingkatkan dengan berkesan, perlulah kita fahami pelbagai peringkat pembacaan dan perbezaan di antara setiap satu peringkat itu.


Peringkat pertama pembacaan dipelajari pada tahun-tahun awal persekolahan, tatkala kemahiran membaca yang asasi diajarkan.  Peringkat ini, soalan yang ditanyakan kepada pembaca. 'Apakah yang dinyatakan oleh ayat itu?' Soalan yang demikian dapat sahaja menjadi amat sukar.  Tetapi dalam hal ini, yang kita maksudkan ialah pengertiannya yang paling mudah.


Hampir setiap orang yang membaca buku tentulah telah mempelajari kemahiran asas membaca sejak beberapa lama yang lalu.  Namun demikian, kita terus menerus menghadapi masalah-masalah pada peringkat pembacaan, misalnya pada waktu kita hendak membaca sesuatu yang ditulis dalam bahasa asing yang tidak kita kuasai dengan baik.  Dalam keadaan yang demikian, usaha kita yang pertama ialah mengenal, atau menemukan makna, kata-kata yang sebenarnya.  Hanya setelah kata-kata itu dikenali satu demi satu, barulah dapt kita berusaha memahaminya dalam sesebuah ayat.


Peringkat kedua pembacaan ada hubungan dengan waktu.  Ketika membaca pada peringkat ini, si pelajar diberikan sejumlah waktu tertentu untuk menyelesaikan pembacaannya.  Satu lagi cara untuk  memberikan peringkat pembacaan ini, yang akan kita sebut pembacaan penelitian, ialah bertujuan untuk menemukan sebanyak mungkin ciri-ciri sesebuah buku dalam jangka waktu tertentu-biasanya jangka waktu yang agak pendek, dan selalunya jangka waktu itu terlalu pendek dan tidak memungkinkan segala sesuatu yang terkandung dalam buku itu diketemukan.


Sewaktu membaca pada peringkat ini, tujuan kita adalah untuk meneliti sifat-sifat umum buku itu, untuk mengetahui segala sesuatu yang dapat di pelajari daripada sifat-sifat itu sendiri.  Selalunya banyak yang dapat di pelajari.


Soalan-soalan yang sering ditanyakan pada peringkat ini adalah,'Apakah yang dibicarakan oleh buku ini?' dan 'Apakah bahagian-bahagiannya'.


Setelah selesai melakukan pembacaan peringkat kedua, kita juga sepatutnya dapat menjawab soalan, 'Buku jenis apakah ini-novel, sejarah, atau buku tentang sains?'


Peringkat pembacaan ketiga akan kita sebut pembacaan analitis.  Peringkat ini jauh lebih sukar daripada 2 peringkat tadi, dimana pembacaan peringkat ketiga ini merupakan pembacaan yang tuntas, atau pembacaan yang baik - sebaik-baik jenis pembacaan yang dapat kita lakukan.  Jika pembacaan penelitian merupakan pembacaan yang terbaik lagi menyeluruh yang dapat kita lakukan dalam ruang waktu yang terbatas, maka pembacaan analitis merupakan pembacaan terbaik bagi menyeluruh yang mungkin dilakukan tanpa batasan waktu.


Pembacaan analitis selalunya merupakan langkah yang giat.  Pada peringkat ini, si pembaca berusaha sehingga dia memahami sesebuah buku sepenuhnya. Selalunya, pembacaan peringkat ketiga bertujuan untuk memperoleh pemahaman.






Pembacaan peringkat keempat adalah pembacaan sintopik atau pembacaan bandingan.  Pada peringkat ini kita tidaklah sekadar membaca sebuah buku tetapi beberapa buah buku, dan melihat hubungan buku-buku itu antara satu sama lainnya sepanjang yang mengenai sesuatu persoalan tertentu, sehingga kita memperolehi pemahaman yang menyeluruh tentang persoalan tersebut.  Pembacaan sintopik merupakan peringkat pembacaan yang paling aktif dan menuntut upaya yang paling banyak.


Seni pembacaan tidaklah mudah dan peraturannya tidaklah meluas diketahui.  Namun demikian, pembacaan sintopik mungkin merupaka seni pembacaan yang paling memuaskan di kalangan segala kegiatan pembacaan. Manfaat yang diperolehi daripada pembacaan jenis ini amatlah besar, setimpal dengan jerih payah usaha mempelajari bagaimana melakukannya.






Pem.Perpustakaan : menggunakan konsep pembacaan sintopik kepada blog rakan blogger untuk create blog yang bagus.



6 comments:

  1. milllo akan jadi sangat tekun membaca bila time exam...time2 lain membaca kat wikipedia jep...cepat senang mudah....hihihihi

    kalau susah2 sgt nk gerat mata..gerak je tgn tu...

    ReplyDelete
  2. shoutbox xde? :) hari tu rasanya ada kan..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, semoga terus di permudahkan =)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...