Bagaimana tajuk-tajuk diolah dan ditulis dapat ditentukan dengan meneliti kandungan buku. Bagi buku-buku bukan fiksyen, yakni buku yang memberi maklumat, sebaik-baiknya dibaca beberapa muka surat awal, tengah dan akhir buku itu.
Anda boleh juga memilih untuk membaca sebahagian daripada tajuk-tajuk yang anda ketahui.
Bagi buku-buku fiksyen pula, sebaik-baiknya dibaca secara keseluruhan, ataupun dibaca sekali imbas seluruh buku itu.
pinjam gambar dari sini
Satu lagi aspek yang penting ialah mengetahui tujuan pengarang menulis buku. Adakah buku itu ditulis untuk rujukan am, yakni memberi pernyataan, atau sebagai hiburan sahaja?
Ibubapa juga boleh meneliti sama ada:
- maklumat-maklumat yang terkandung ditulis secara ringkas lengkap, terus terang dan mudah difahami;
- bahasanya mudah atau terlalu susah;
- perkara yang ditulis terlalu bersifat amali atau bersifat teori.

oh . baru nelly tahu ., .
ReplyDeleteterima kasih ..
=)
Thanks Nelly, maklumat ni simple jer... biasa kita lakukan tapi tak perasan kan?
ReplyDeleteSemoga lebih dipermudahkan hari2mu wahai teman :)
sama-sama ...memang simple...bila baca baru tahu ...berguna tahu ...
ReplyDeleteamin ...
teman juga
=)
TQ cik mi..
ReplyDeletebuku kanak2 ada gmbar kartun..hehe
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteBetullah.. kita biasa buat tak perasan.