Jan 5, 2011

Alat-alat Bantu Pembacaan : Menggunakan Buku-Buku Rujukan

Terdapat pelbagai jenis buku rujukan.  2 jenis rujukan yang paling banyak digunakan adalah kamus dan ensiklopedia.  Namun demikian, ia juga dapat digunakan terhadap buku-buku rujukan jenis lainnya.








Sering tidak disedari bahawa pengetahuan tertentu diperlukan sebelum kita menggunakan buku rujukan.Pertamanya, kita mestilah mempunyai tanggapan tertentu tentang perkara yang hendak kita ketahui itu.  Dengan kata-kata lain, kita mestilah dapat mengemukakan soalan kepada  buku rujukan.  
Keduanya, kita mestilah tahu di mana perkara yang hendak kita ketahui itu dapat dicari.  Kita mestilah tahu pengetahuan jenis apakah yang hendak kita kemukakan, dan buku-buku rujukan jenis apakah yang menjawab soalan-soalan yang demikian. Contohnya kalau kita nak cari dan menjawab soalan sejarah jangan kita cari kat buku rujukan sains.
Yang ketiga, jenis pengetahuan yang diperlukan adalah, sebelum sesuatu jenis buku rujukan dapat dimanfaatkan, kita mesti mengetahui dan berpengtahuan tentang carannya sesebuah buku rujukan tertentu itu disusun.  Oleh yang demikian, terdapat kaedah tertentu bagi membaca buku rujukan, samalah seperti terdapatnya cara tertentu bagi membaca sebarang jenis bahan bacaan.






Kita mestilah mengetahui bahawa bahan yang kita cari itu terdapat dalam sesebuah buku rujukan dan terdapat cara tertentu untuk mengetahuinya.  Misalnya, kita tidak akan dapat mendapat jawapan terhadap soalan-soalan tentang masa hadapan dalam sesebuah buku rujukan, ini juga bermaksud bahawa buku-buku rujukan tidaklah ada gunanya bagi orang yang tidak mengetahui apa-apa; pengetahuan yang tertentu diperlukan.




Pem.Perpustakaan : Masa sekolah masuk kelas Akaun, pastu continue study in IT, kerjaya dalam bidang Librarian, pastu pening nak baca buku berkaitan fizik & kimia.



2 comments:

  1. entry yang bagus . . nely suka entry kat sni .
    tambh ilmu ..
    =)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, masih ada orang yang minat bab baca membaca nie,... bukan senang nk cari & ajak rakan2 seperti Nelly. Seribu dalam 1.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...