Jan 4, 2011

Alat-alat Bantu Pembacaan : Buku-buku lain.

Menggunakan buku-buku lain.


Sesebuah buku itu membantu kita memahami satu-satu bahagiannya, maka sama dengan buku-buku lain juga membantu kita memahami buku-buku tertentu yang sedang dibaca oleh kita.  Terdapat hubungan di antara kebanyakan buku yang dihasilkan oleh para penulis pada zaman purba dan moden.  Para penulis yang kemudian dipengaruhi oleh para penulis yang terdahulu.  Jika kita mulai membaca karya penulis-penulis yang terdahulu, maka karya-karya itu akan membantu kita memahami karya-karya yang kemudian.






Namun demikian, haruslah diingat bahawa keperluan membaca buku-buku dalam hubungannya antara satu dengan lain itu adalah lebih besar bagi bidang-bidang sejarah dan falsafah daripada sains dan cereka.  Hal ini terutamanya penting bagi falsafah, kerana ahli-ahli falsafah biasanya amat gemar membaca buku-buku oleh ahli-ahli falsafah lainnya.  Mungkin hal ini tidaklah begitu penting dalam pembacaan novel atau drama.  Jika karya-karya tersebut benar-benar baik, pembacaannya dapatlah dilakukan tanpa bantuan luar, meskipun seorang pengkritik tidak akan hendak membataskan usahanya seperti itu.

Ada satu nasihat yang perlu kita ingati sebagai seorang pembaca, sehubungan dengan penggunaan tulisan-tulisan oleh pengkritik bagi memahami sesebuah buku.  Kita sepatutnya tidaklah membaca sesebuah rencana kritikan tentang sesebuah buku sebelum kita membaca buku tersebut.  Rencana-rencana yang demikian digunakan dengan betul hanyalah jika anda mengusahakan agar bukunnya dibaca terlebih dahulu, dan setelah itu barulah rencana itu dibaca untuk mencari jawapan bagi soalan-soalan yang masih membinggungkan sebagai seorang pembaca.  Jika rencana itu yang dibaca terlebih dulu, maka pembacaan buku yang akan kita lakukan akan dipengaruhinya.  Kita akan cenderung melihat hanya gagasan-gagasan yang disebut oleh pengkritik, dan gagal memberikan perhatian pada gagasan-gagasan lain yang mungkin tidak kurang pula pentingnnya.





Pem.perpustakaan : ambil masa nak baca penulisan-penulisan rakan blogger, sebelum kritik.




4 comments:

  1. setuju, rasanya memang dalam bidang sains, saintis sekarang akan merujuk kembali pada eksperimen-ekspiremen lama untuk mencari idea atau data-data, mungkin juga untuk melihat teori.

    Setuju juga dengan pernyataan ini:

    "Kita sepatutnya tidaklah membaca sesebuah rencana kritikan tentang sesebuah buku sebelum kita membaca buku tersebut. "

    Memang tak adil kalau kita hanya membaca kritikan sahaja. Sebab itulah apabila nak menulis essay kat kolej dan uni, memang takleh quote dari penulis tentang kritikan sesuatu karya. kena quote dari sumber primer juga

    terima kasih untuk artikel ini

    ReplyDelete
  2. sama2 kembali,... sharing is caring =)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...