Judul : Interlok
Penulis : Abdullah Hussaian.
Novel Interlok merupakan pentas terbaik mengajar dan mengingatkan generasi Malaysia kini terhadap pahit maung nenek moyang mereka (watak tiga keluarga - Seman, Ching Huat, dan Maniam keperitan dalam menjalani generasi sebelum merdeka bagi Seman, manakala pengalaman perjalanan bagi Ching Huat dan Maniam, keluar dari tanah air masing-masing untuk mencari rezeki di Tanah Melayu).
Kita sebagai generasi muda masakini, adakah malu kerana novel ini mengingatkan status, gaya hidup dan corakalah kehidupan yang dilalui nenek moyang pada masa lalu. Perlu kita ingat tiada nenek moyang ini, tiadalah kita yang mengaku bijak pandai ini. Penderitaan mereka perlu dijadikan iktibar setiap generasi muda.
Kasta, gaya hidup dan pengasingan kaum yang pernah berlaku di Tanah Melayu suatu masa dahulu adalah pengalaman yang membuatkan generasi baru Malaysia hari ini lebih kuat dan cekal bagi mengubah kehidupan masing-masing. Kesenangan dan kemewahan yang telah kita kecapi hari ini adalah hasil kerja keras nenek moyang.
PP : perlu membaca novel ini dengan hati yang tulus kerana novel ini dapat memberi kesedaran diri erti sebenar rakyat pelbagai kaum, bukan sebuah novel pencetus perasaan rasis yang boleh memusnahkan semangat persahabatan rakyat Malaysia yang terjalin selama ini.

suka baca novel . .
ReplyDeletehehehe . .
truskan lagi usaha untuk menjadi perpustakaan online yang dkenali .
insyaAllah . .
=)
Teringin nak bace since banyak sgt cerita ttg novel ni lately.
ReplyDeleteKalau ada2 yang Form5, aliran sastera.. pinjam jer.. =)
ReplyDeleteInterlok juga diterbitkan dalam edisi pelajar yang dipermudah terbitan DBP, 2005. Sedang berada di tangan Kak Long untuk pembacaan semula.
ReplyDeletewah!.. bestnya Kak Long.
ReplyDeleteDulu masa sekolah suka baca buku2 camni...sekarang ni jee payah sgt nak baca.. :)
ReplyDeletenovel asal interlok mmg dlm english ke?
ReplyDeletesy trjmpe novel asal ni dan bleh bli online..
http://ecommerce.itnm.com.my/books/isbn/9789830684895