Oct 12, 2011

1 bulan, 1 buku - Tanpamu Aku Rindu

Tajuk : Tanpamu Aku Rindu
Penulis : Aleya Aneesa
Penerbit : Alaf 21
Harga : RM 19.90
Cetakan : 1-2010






Asalnya, dia anak polos yang selalu menceriakan hari-hari mama dan ayahnya.  Menjadi penyeri  di mata dan penyejuk di hati mereka.  Bahkan, dia anak yang tidak pernah menghampakan kerana sejak kecil memang terasuh sifatnya.


Namun sekelip mata semuanya berubah. Anak yang satu itu semakin kurang ajar dan suka mencabar kesabaran orang lain.  Tidak lagi menjadi penenang setiap kali kelelahan.  Sebaliknya hanya membuatkan setiap yang ada disisinya kewalahan.

Oct 6, 2011

1 bulan, 1 buku - Jangan Bilang Benci

Tajuk : Jangan Bilang Benci
Penulis : Muna Mahira
Penerbit : Grupbuku Karangkraf
Cetakan : 1-2011



 BENCI! Benci! Hakikatnya Kim amat membenci jejaka itu yang senang-senang sahaja mendapat kedudukan sebagai CEO di Syarikat Leopard selepas persaraan papanya.  Kehadiran Hafriz telah menggugat kesabarannya.  Mengapa mesti Hafriz yang dipilih untuk menyandang gelaran itu dan bukan dirinya.

Kimrie Natasya Ayue - Aku tidak akan sesekali menyerah kalah! Aku tidak akan sewenang-wenangnya membiarkan Hafriz terus menduduki kerusi CEO itu dan bermaharajalela mengarah aku. 

Oct 4, 2011

1 bulan, 1 buku - Rindu di Awan Biru

Tajuk : Rindu di Awan Biru
Penulis : Meen Zulaika
Penerbit : Alaf 21
Harga : RM19.90
Cetakan : 1,2 - 2011








Jangankan berberkahwin, bercinta pun Hanan tidak ingin.  Menjadi seorang isteri tiada dalam kamus hidupnya.  Pengalaman pahit ibunya dimadukan membuatkan dia jadi fobia.  Baginya lelaki hanya tahu berpoligami, tapi tidak tahu menjadi suami.


Pertamuan tanpa disangka di awan biru dengan Kapten Akmal Hakim sewaktu ke Melbourne mengubah persepsinya terhadap lelaki.  Bernikah di Istanbul bagikan suatu mimpi bagi gadis berkulit mulus itu.  Semuanya berlaku tanpa dirancang.  Tapi takdir menentukan dia rela turut terbabit sama ke dalam kancah poligami.

Oct 2, 2011

1 bulan, 1 buku - Yang Indah Hanya Sementara

Tajuk : Yang Indah Hanya Sementara
Penulis : Annur Puteri
Penerbit : Grup Buku Karangkraf
Harga : RM 19.90
Cetakan : 1 - 2011




Yang Indah Hanya Sementara berkisar tentang suami isteri yang cukup bahagia.  Kebahagiaan mereka diuji apabila Syufiqa terlalu obses terhadap Mia Batrisia, seorang penulis novel.  Alasan simpati terhadap kisah duka yang berlaku dalam rumah tangga Mia Batrisia mendorong Syufiqa memaksa suaminya Samwil mengahwini Mis Batrisia tanpa mengetahui Samwil dan Mia Batrisia pernah mencipta memori zaman remaja bersama-sama.  

"Ni bukan soal dah terikut-ikut dengan kegilaan Sufiqa. Niat Sam hanya nak tunaikanbalik janji kita dahulu.  Lagi pun tak patut kalau Sara nak terus tunggu Mikail.  Cinta mana boleh macam tu.  Cinta suatu penyatuan zahir & batin. " ~ Samwil.

Sep 29, 2011

Godam: Skandal industri buku negara


Salam Pembaca PP semua, lama rasanya tak update blog ni. 
Idea kering dan otak pun beku.

Hari ini belek2 kat Berita Harian online terbaca topik nie, jadi dapat la PP kongsi bersama pembaca-pembaca PP.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Godam: Skandal industri buku negara
Bersama Salbiah Ani
2011/09/29
SANGKA penulis hanya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) saja yang berdepan dengan masalah dalam pengedaran dan jualan buku mahupun majalah terbitannya selepas bahagian pemasarannya diswastakan menjadi Dawama sejak 1 September 2002.  
Rupa-rupanya masalah serupa turut dirasai penerbit kecil negara ini, tetapi tidak dihebohkan kerana masing-masing cuba mengatasinya dengan cara sendiri melalui pelaksanaan program pemasaran lebih berani, biarpun mereka kerdil.
Jika DBP berdepan dengan masalah ketiadaan bukunya kerana pembaca tidak boleh                       mendapatkannya di pasaran ekoran kegagalan Dawama memastikan buku dan majalah badan        berkanun terbabit di pasaran, lain pula halnya dengan penerbit kerdil negara ini.                        
Seorang penerbit kerdil memaklumkan Godam pasaran buku tahun ini tidak memihak kepada        mereka sejak awal dan keadaan diburukkan lagi dengan kos sara hidup yang terus ‘melompat’       memaksa pembaca mengurangkan peruntukan pembelian buku dalam perbelanjaan bulanan.        
“Puan Salbiah, rata-rata penerbit buku kerdil berdepan masalah dalam memasarkan buku mereka  kerana kini terlalu banyak syarikat penerbitan kecil yang mahu berkongsi kek ekonomi dalam        industri ini.                                                                                                                              
Bagaimana kami mahu terus berniaga jika penganiayaan rangkaian gergasi kedai buku berlagak    samseng industri tidak dihentikan segera, sama seperti masalah dengan pengedar yang rata-rata  dikuasai bukan Melayu bertindak lintah darat apabila mengambil komisyen sehingga 50 peratus  
                                                                                                                                               
“Penerbit buku kerdil juga berada dalam dilema dengan persaingan di alam maya ekoran               perkembangan teknologi dan komunikasi kini sehingga mereka juga perlu mencari jalan keluar      untuk terus berdaya saing dalam industri,” demikian luahan hati teman penerbit ini.                  
Jika persaingan sesama penerbit dan hambatan perkembangan teknologi dan komunikasi, mereka tidaklah rasa terlalu tertekan kerana setidak-tidaknya kepada yang mahu memajukan diri dan       terus bersaing dalam pasaran akan berusaha memanfaatkan kedua-dua itu.                                
Bagaimanapun, hakikat mereka sengaja ‘dimainkan’ oleh rangkaian kedai buku besar yang           ‘menyimpan’ secara paksa hasil jualan buku terbitan mereka sehingga hampir sembilan bulan       belum tentu diserahkan seolah-olah sengaja mahu membunuh mereka!                                      
“Sudahlah kami terpaksa menyerahkan buku tanpa menerima sebarang bayaran pendahuluan, kini segala pulangan jualan buku belum tentu dikembalikan dengan pelbagai macam alasan sehingga    menyebabkan modal pusingan sesetengah daripada kami sangkut.                                              
“Mereka sengaja menekan kami penerbit kerdil yang mempunyai bahagian pemasaran dan            pengedaran sendiri dengan enggan membuat bayaran dalam masa sepatutnya agar kami akhirnya   beralah memberi potongan harga keterlaluan bagi memastikan ada aliran tunai untuk syarikat.    
“Bagaimana kami mahu terus berniaga jika penganiayaan rangkaian gergasi kedai buku berlagak  samseng industri tidak dihentikan segera, sama seperti masalah dengan pengedar yang rata-rata  dikuasai bukan Melayu bertindak lintah darat apabila mengambil komisyen sehingga 50 peratus.”
Nampaknya kemelut terbabit bukan saja dihadapi teman penerbit ini, tetapi juga seorang novelis  yang baru berjinak-jinak menjadi penerbit apabila turut berdepan dengan masalah serupa ketika   penulis bertanya pengalaman menguruskan perniagaan barunya itu.                                            
Novelis yang namanya dua kali termasuk dalam senarai laris di pasaran ketika ditanya, mengakui  sukar untuk mendapatkan bayaran bagi buku yang dibekalkan meskipun sudah terjual kerana ada  saja alasan yang diberikan termasuk invois tidak matang.                                                          
“Terlalu kerap saya berdepan dengan masalah untuk mendapatkan bayaran bagi setiap buku yang  dibekalkan dan berkali-kali terpaksa membuat invois bagi tuntutan yang sama dengan alasan        invois tidak matang.                                                                                                                
“Saya pernah membuat aduan kepada ibu pejabat berhubung masalah ini dan dijawab pengurusan kanan syarikat itu mereka tidak boleh campur tangan kerana urusan kedai bukan di bawah bidang kuasa mereka.”                                                                                                                        
Penulis mencadangkan agar novelis terbabit menukar strategi pemasaran dengan membekalkan     kedai buku kecil dan tidak bertumpu pada satu-satu lokasi semata-mata, bagi memastikan           mereka mempunyai sumber aliran tunai lebih pelbagai.                                                              
Cadangan penulis disambut dengan kenyataan, “Mahu tidak mahu kami terpaksa bergantung pada rangkaian gergasi kedai buku negara ini kerana dapat membekalkan buku dalam jumlah besar dan keuntungan diperoleh daripada aspek terbabit, selain kedai buku kecil tetap kami bekalkan.”      
Dengan novelis ini penulis sempat bertanya mengapa berhijrah daripada syarikat penerbitan yang  melonjakkan namanya dan diberitahu dirinya berbuat demikian kerana penerbit tidak membuat     bayaran honorarium berdasarkan peratusan seperti ditetapkan dalam perjanjian.                        
“Saya bertanya sendiri kepada kedai buku dan dimaklumkan buku saya habis terjual dan saya        meneliti buku saya melalui cetak ulang yang membolehkan saya menerima honorarium lebih          tinggi, tetapi penerbit tidak berbuat demikian.”                                                                        
Permasalahan itu penulis kemukakan pula kepada seorang penerbit dengan jawapan demikian,      “Puan Salbiah meskipun semua buku di kedai terjual, belum tentu kami sebagai penerbit sudah     menerima bayarannya. Seperti yang dilalui beberapa penerbit kerdil ketika ini yang dimainkan       rangkai gergasi kedai buku. Justeru, penerbit lazimnya penerbit tidak membuat bayaran               selepuk.”                                                                                                                                
Seperkara lagi, penulis juga perlu memberi perhatian bahawa lazimnya penerbit apalagi syarikat    besar, mereka mempunyai jabatan audit yang bertanggungjawab mengesan jika berlaku salah       laku kewangan syarikat dan kerana itu kemungkinan penipuan berlaku amat tipis.                      
Simpati dan kasihan mendengar kemelut penerbit kerdil negara ini dan meskipun Persatuan          Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) cuba mencari jalan keluar dengan berusaha mengadakan lebih    banyak pesta buku, alangkah lebih elok jika kementerian berkenaan turut sama memberi              perhatian.                                                                                                                                  

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sumber : Berita Harian , Khamis 29 Sept 2011.



PP : Ada pasang Impian nak jadi penulis tp sedih dengar nasib2 penulis. Diaorang bersengkang mata siang malam mencari idea2 kemudian org lain yang peroleh keuntungan berlilipat ganda.


PP sering juga mengkuti perkembangan FB penulis2 Malaysia, : seperti Norzailina Nordin,




Inilah luahan seeorang penulis yang sempat PP rakam dan kongsi dengan pembaca PP. Walaucamana pun PP doakan terbaik kepada semua penulis2 di Malaysia.










Aug 12, 2011

PNM Ke Arah Digital



Perpustakaan lazimnya memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan modal insan.  Gedung ilmu itu bukan sekadar tempat meminjam buku dan membaca bahan bacaan masa lapang, malah menjadi penyumbang kepada perkembangan industri bacaan.

Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Datuk Raslin Abu bakar memberitahu, pada era teknolpgi maklumat ini, PNM sangat aktif mewujudkan pelbagai fasiliti dan dasar untuk melengkapi keperluan semasa.

"Sama seperti Bank Negara yang mengawal aktiviti-aktiviti bank-bank negara dan membuat dasar-dasar berkaitan kewangan dan perbankan, PNM juga mempunyai tanggungjawab yang sedemikian." kata Datuk Raslin.
PNM adalah badan yang menjaga hal ehwal perpustakaan awam di seluruh Malaysia selain menjadi peneraju dalam bidang perpustakaan.

Beliau memberitahu, PNM menyediakan bahan bacaan dalam semua penerbitan, bahan bacaan luar negara, khidmat meminjam buku, rujukan, aktiviti-aktiviti berkaitan membaca, penerbitan, penulisan, pendidikan dan pembelajaran, serta mengatur sistem pembukuan.

Badan itu juga sedang melakukan pelbagai usaha untuk melengkapkan kandungan digital perpustakaannya.  Penerbitan digital sudah mula dipraktis sejak tahun 1990 dan kini PNM mempunyai lebih satu juta muka surat digital.  Ini tidak termasuk kandungan dalam talian.

"Ia dilakukan dibawah Dasar Pendigitalan Bahan Perpustakaan iaitu kandungan salinan kasar dalam usaha pendigitalan secara berperingkat mengikut keperluan kerana ia membabitkan kos yang tinggi," jelas Datuk Raslin. 
Sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan, PNM juga beroperasi sebagai Perpustakaan Penyelidikan yang memastikan semua bahan bacaan mencukupi.  Selain buku, PNM turut mengemas kini penerbitan kerajaan dan laporan syarikat.



BEKAL BAHAN BACAAN

Dengan 2000 kakitangan profesional dalam bidang perpustakaan, PNM beroperasi dengan perpustakaan awam seluruh negara untuk membekalkan bahan bacaan yang mencukupi dan memadai untuk keperluan orang ramai.  Bukan sahaja secara langsung, malah PNM juga menyediakan perkhidmatan secara talian serta tempahan dalam talian.

Datuk Raslin berkata, Malaysia masih mempunyai kekurangan dari aspek penulisan.  Mengikut standart am, sebanyak 1% buku harus di terbitkan daripada jumlah populasi.

"Dengan 28 juta orang di Malaysia, setakat ini hanya 16000 buku sahaja yang diterbitkan iaitu kekurangan 12000 buah buku.  Diawasi di bawah Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986, setiap penerbitan harus memberikan 5 naskah buku kepada pihak perpustakaan tetapi kami percaya masih ada yang tidak melakukan demikian sekali gus menyumbang kepada angka kecil penerbitan," katanya merujuk kepada angka penerbitan pada tahun 2010.

PNM turut berjaya melancarkan beberapa program yang melibatkan pembaca dalam dan luar bandar.

"Kita harus mempunyai 9 juta ahli perpustakaan di seluruh negara tidak termasuk perpustakaan swasta dan perpustakaan di institusi pengajian tinggi lain.                                                                   Sebagai mendekatkan diri dengan penduduk luar bandar yang tidak mempunyai akses untuk perpustakaan utama seperti PNM, kami melancarkan Perpustakaan Desa," ujar beliau.

Sebanyak 1089 buah perpustakaan desa telah dilaksanakan di seluruh negara sejak tahun  2000 melibatkan peruntukan awal berjumlah RM1.3 juta.

Datuk Raslin berkata Perpustakaan Desa dilihat sebagai satu model yang baik oleh ahli perpustakaan lain di seluruh dunia apabila khidmatnya dapat mencapai segelintir masyarakat yang tidak mendapat kemudahan itu sebelum ini.

"Ia bukan seperti sudut bacaan atau dalam kenderaan bergerak tetapi perpustakaan sebenar yang memenuhi kehendak sebenar mereka.  Lazimya ia menyediakan bahan bacaan berkaitan agama, sastera, bahasa, masakan, keibubapaan dan remaja. Jika mereka mahukan buku-buku tambahan yang lain, mereka boleh mebuat permintaan," ujar Datuk Raslin yang mahu PNM menjana perkembangan industri buku dan bacaan di Malaysia pada skala yang lebih besar.


 
                  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sumber : KOSMO, 12 Julai 2011








Aug 5, 2011

Peraduan "Aku Ada Impian" [Impikan Rumahku Syurgaku] episod5 ~OGOS~


Sekarang dah bulan Ogos, pemaju janji rumah siap bulan Jun atau Julai. Dah terang dan nyata lewat dari tarikh yang dijanjikan. Walaubagaimanapun PP tahu, kita hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukan.






Sepanjang bulan Julai lalu yang sibuk, sempat juga PP menyinggah dan melawat tapak perumahan. Alhamdulillah rumah memang dah siap tunggu CF  saje lagi.

Eh terlupa kan? Cerita sambungan dari bulan MAC lalu,
Jom tengok cerita sebelum nie:

Peraduan "Aku Ada Impian" [Impikan Rumahku Syugaku].episod 1
 




kemudian jangan lupa



Jul 9, 2011

Karnival Sukan PEKAWAM JOHOR 2011

 TAHNIAH PEKAWAM KLUANG



Alhamdulillah, dipermudahkan segala urusan. Hilang segala penat jerih PP dan rakan-rakan membuat latihan  selama sebulan setengah.
Tahniah diucapkan kepada pasukan PEKAWAM KLUANG yang telah menjuarai keseluruhan sukan yang telah diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan MPK & Kluang Parade pada 6 Julai 2011 lalu.
Kepada rakan-rakan PEKAWAM Johor Bahru, PULADA dan Mersing juga diucapkan tahniah kerana bersama-sama menjayakan karnival sukan nie. InsyaAllah kita di berjumpa lagi pada tahun 2013.



Tahniah sekali lagi kepada pasukan terutamanya pasukan Futsal, Bola Jaring, Ping Pong, dan Bowling Lelaki yang mengondol piala emas, Bowling wanita (Perak) dan Badminton (Gangsa).




Ahaks,...
PP dapat 2 madel. 
Emas untuk Johan Bola Jaring (PP jadi tukang sorak je hehehe) dan Gangsa untuk Badminton. Alhamdulillah, gemuks2 pun masih boleh terbang untuk smash.. zassss... 
Lama tak joint acara sukan, 10 tahun ada rasanya. Last masuk sukan masa zaman-zaman study walaupun tak penah menang langsung. Bila dah usia gini rasa sakit tang sana, sakit tang sini. Almaklumlah urat-urat yang dah 10 tahun tersimpul tu berusaha keras nak menjadi otot.
Harap-harap PP dapat teruskan diri untuk bersukan walaupun bukan untuk bertanding, tapi untuk sihat.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA


PP : eh,eh, baju pasukan bolajaring tu KUNING bukan bermakna kami joint BERSIH tau.

Jun 6, 2011

Inisiatif ICT Pemangkin Perkhidmatan Perpustakaan : U-Pustaka.

Sempena  Seminar Khas: Transformasi Perpustakaan Era Digital dan Mesyuarat Pengurusan Perpustakaan Gunasama Kumpulan Sokongan Siri 1/2011 pada 8 Mei 2011 di Permaisuri Resort, Port Dikson, Negeri Sembilan membincangkan :


  1. Melaksanakan Program Galakan Membaca dengan pelbagai kaedah.
  2. Membudayakan penyediaan Laporan Program Galakan Membaca kepada Perpustakaan Negara Malaysia.
  3. Penganugerahan perpustakaan paling aktif melaksanakan Program Galakan Membaca sempena Konvensyen Pembacaan : Ke Arah Transformasi Minda yang akan diadakan pada bulan Oktober 2011.
  4. Membudayakan pengumpulan statistik perkhidmatan perpustakaan.
  5. Serahan terbitan Agensi Kerajaan kenapa PNM di bawah Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (Akta 331)
  6. Perlaksanaan penggunaan ICT dalam pengurusan perpustakaan ke arah ketersediaan perkhidmatan U-Pustaka.

 U-Pustaka.


www.u-library.gov.my




Kewujudan sedia ada pengetahuan adalah penting bagi memastikan pembangunan negara. Peranan u-Pustaka dalam konteks pembangunan, perpaduan negara dan daya saing global adalah penting untuk mana-mana negara pada hari ini.

Pro dan Kon Mengenakan Bayaran Kepada Pengguna Perpustakaan.


Maklumat sama ada ianya sebagai sumber, aset komoditi dan juga sebagai asas pengetahuan memain peranan penting di dalam perkembangan politik, sosioekonomi dan teknologi maklumat yang selama ini dianggap percuma dan tidak penting kini telah disifatkan sebagai mempunyai nilai, kuasa dan juga boleh mendatangkan hasil atau pendapatan (economic value).




Jane Haliday dalam artikelnya Fee or Free; A New Perspective on the Economics of Information telah menyenaraikan ciri-ciri maklumat sebagai komoditi ekonomi (economic commodity) :

  a.  Maklumat sebagai barang perdagangan.
  b.  Maklumat sebagai hasil produk.
  c.  Maklumat dalam erti kata penggunaan dan nilai.
  d.  Maklumat sebagai kemudahan.

A.W Ismail dalam artikelnya "Perkhidmatan maklumat harus bercirikan komersil" menyatakan telah samapi masanya perpustakaan di Malaysia mencari imej dan membentuk strategi untuk turut sama menyumbang dalam pembangunan ekonomi dengan mengubah trend perpustakaan dan pusat maklumat ke arah perkhidmatan maklumat bercirikan komersial.

May 31, 2011

1 bulan, 1 buku - Jangan Bersedih ; Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia

Tajuk : Jangan Bersedih; Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia.
Penulis : Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni.
Penterjemah : Muhammad Huzaifah.
Penerbit : Al- Hidayah Publictions.
Harga : RM10 (Semenanjung) RM 12 (Sabah dan Serawak)
Cetakan : 2011




Segala puji bagi Allah S.W.T., Tuhan semesta alam, yang sentiasa menganugerahkan selawat dan salam atas kekasihNya, Rasulullah S.A.W beserta keluarganya, sahabatnya dan orang yang mengikuti sunnahnya hingga hari kebangkitan.


Alhamdulillah diberi sedikit lebihan pada bulan ini untuk PP menambah koleksi-koleksi peribadi buku PP. 


Saudariku,
Buku ini menjemput setiap wanita untuk hidup bahagia dengan agamanya, merasa senang dengan kurnia Allah yang telah dianugerahkan kepadanya dan bergembira dengan berbagai hikmat yang telah dimilikinya.


May 3, 2011

1 bulan, 1 buku - Islam Iman Ihsan

Tajuk : Islam Iman Ihsan
Penulis : Sakinah Salleh
Penerbit : PTS Millenia Sdn Bhd
Harga : RM13 (Semenanjung) RM15 (Sabah dan Sarawak)


Konsep Islam, Iman dan Ihsan (3i) memerlukan antara satu sama lain.  Ia ibarat garam, gula dan asam dalam masakan yang mejadikan makanan itu lengkap dan begitu menyelerakan untuk dihidangkan.

Islam adalah tunduk serta patuh kepada Allah.  Allah berfirman yang bermaksud: "Katakanlah, sekiranya kamu benar-benar mencintai Allah, ikuti aku. Nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."(Surah Ali-Imran ayat 31) 





Iman pula membenarkan hati iaitu berikrar dengan lisan dan beramal dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.  Dalam Surah al-Baqarah ayat 285, Allah berfirman yang bermaksud:

Apr 15, 2011

1 bulan, 1 buku - Isabella

Tajuk : Isabella
Penulis : Maulana Muhammad Saeed Dehlvi terjemahan Abdullah Hussain
Penerbit : Pelima Media Sdn. Bhd
Cetakan : Pertama
Harga : RM16 (Semenanjung)RM18 (Sabah & Sarawak)





Novel ini ditulis berdasarkan kepada sejarah perbandingan antara Islam dan Kristian.  Pada awalnya novel ini ditulis dalam bahasa Urdu kemudian diterjemahkan ke dalam perlbagai bahasa termasuk Melayu, Inggeris dan Indonesia.


Isabella ialah watak utama di mana dia seorang gadis beragama Kristian yang mencari kebenaran.  Pencariannya membuka tadbir kebenaran serta keadilan sehingga meninggalkan kesan mendalam kepada pembaca.


Ayahnya seorang pendeta Kristian di Cordova bersifat ortodoks.Dalam pencarian terhadap Islam akhirnya Isabella begitu yakin Islam adalah agama yang menetapkan jiwanya.


Pelbagai dugaan diharungi terutamanya tentangan daripada bapa, guru serta orang Kristian yang membenci tindakannya, malah ada juga usaha untuk membunuhnya jika dia memeluk Islam.

Berbekalkan keyakinan dan keteguhan hatinya terhadap Islam, Allah meninggikan darjatnya daripada seorang fanatik Kristian menjadi seorang Muslimah mulia dab berbakti kepada agamanya.


Dalam novel ini Isabella mempunyai watak ingin tahu, yakin, bijak, pendiam, sabar dan tidak mudah gentar. Moral yang boleh dijadikan panduan sebagai seorang Muslim ialah perlu menyampaikan dakwah dan kebaikan dengan jelas kerana kebenaran pasti terbukti.


Novel ini juga mempunyai bahasa yang mudah difahami, membuatkan pembaca tidak akan melepaskan bacaanya sehingga mengetahui seluruh isi kandungannya.






~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sumber : Harian Metro, Ad-din. Jumaat 15 April 2011



Apr 6, 2011

SEKITAR PERPUSTAKAAN : Pengunaan Perisian Sumber Terbuka (Open Source Software) - Apa itu Perisian Open Source

Apa itu Perisian Open Source?

Perisian Sumber Terbuka atau lebih dikenali sebagai Open Source Software (OSS) boleh didefinasikan sebagai sebuah program komputer atau perisian yang diedarkan secara percuma, di mana kod sumbernya (source code) boleh di didapati dengan mudah, tanpa dikenakan sebarang caj oleh pemilik atau pengeluar lesen.  Pada kebiasaannya, perisian sumber terbuka mudah diperolehi menerusi Internet di mana pengguna boleh memasang, mengguna dan memanipulasikan secara bebas mengikut keperluan masing-masing.


Laman web rasmi Open Source Initiative ( http://www.opensource.org/docs/definition.php ), ada menyenaraikan beberapa ciri-ciri utama perisian sumber terbuka, antaranya seperti berikut:

Mar 20, 2011

Panduan Perpustakaan Keluarga - Tanda Hak Milik

Tanda Hak Milik


Bagi mereka yang mempunyai koleksi buku sendiri, bolehlah memberikan tanda hak milik bagi tiap-tiap naskah buku anda.  Tanda hak milik ini boleh ditempah dalam berbagai-bagai bentuk.  Ada yang bercetak dengan kata-kata seperti;

  • Perpustakaan Imran Ahmad, atau
  • Koleksi Suhana

Disamping itu, terdapat juga tanda hak milik dalam bentuk pelekat yang boleh dilekatkan ke dalam tiap-tiap buku seperti:

          Perpustakaan
          Amir Hassan
          1.3.1991

Mar 13, 2011

Membaca Menambah Ilmu




Alhamdulilah, telah dipermudahkan segala urusanku. Semalam PP tertarik dengan artikel di Utusan Malaysia berkenaan Tafsir al-Quran & Asbabun Nuzul dimana ayat Al-Alaq:1-5 ini menerangkan tentang keutamaan membaca, menulis, dan kepentingan ilmu pengetahuan.

Oleh yang demikian PP nak ucapkan terima kasih kepada sahabat PP si M@T@H@W yang sudi membuat entry berkenaan rujukan PP di Quran.com.(sini) dan tahniah kepada sahabat ini yang berusaha mencipta icon M@T@H@W Friendship Award untuk menggalakkan sahabat lain membaca al-Quran.

Sesungguhnya, tanpa qalam, ilmu pengetahuan tidak akan terpelihara.  Agama-agama akan hilang lenyap dan generasi kemudian tidak dapat mengenal generasi yang terdahulu. Aspek ilmu pengetahuan, penemuan-penemuan, kemahiran-kemahiran, sejarah baik buruk umat terdahulu kala tidak akan tercatit. Pengetahuan mereka tidak akan menjadi penunjuk jalan kepada umat terkemudian untuk terus maju dalam bidang rekaan dan ciptaan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Firman Allah SWT yang bermaksud : Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. (al-Alaq 1-5)

Mar 3, 2011

Baca 12 Buah Buku Setahun.

Ketua Pengarah PNM, Datuk Raslin Abu Bakar
Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Datuk Raslin Abu Bakar memberitahu, kajian menunjukkan rakyat Malaysia yang berusia di antara 10 hingga 40 tahun membaca sebanyak lapan hingga 12 buah setahun.

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN KPSL KE SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN , GRED S27. SEKSYEN A (2004)

SEKSYEN A

1. (a) Perpustakaan Negara Malaysia bertanggungjawab menyediakan latihan mengenai hal ehwal perpustakaan. Nyatakan peruntukan akta yang meliputi perkara tersebut dan bincangkan bagaimana peruntukan ini dapat membantu meningkatkan kompetensi warga perpustakaan.

ATAU

(b) Huraikan tugas dan tanggungjawab serta kuasa Perbadanan Awam Negeri di bawah Enakmen Perbadanan yang menbantu ke arah usaha menggalakkan dan memupuk minat amalan membaca di kalangan masyarakat.


2. (a) Dalam era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), seorang pegawai perpustakaan perlu melaksanakan tugasnya secara bijak bagi memastikan koleksi perpustakaan yang diperolehi adalah berkualiti dan memenuhi keperluan pengguna. Bincangkan bagaimana tugas ini dapat dilaksanakan.

ATAU

(b) Nyatakan elemen-elemen penting yang perlu dalam merangka Dasar Perolehan Bahan Perpustakaan bagi memastikan pembangunan koleksinya menyokong pembinaan Pusat Kecemerlangan Ilmu organisasi anda.



3. Internet membolehkan capaian maklumat dengan mudah dan cepat oleh pengguna. Berikan hujah anda mengapa proses pengkatalogan sumber maklumat masih perlu dilaksanakan oleh sesebuah perpustakaan.



Sumber : Perpustakaan Negara Malaysia.

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN KPSL KE SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN, GRED S27 (BAHAGIAN B) (2004)

BAHAGIAN B

1. Huraikan peranan perpustakaan anda bagi menyokong pembelajaran sepanjang hayat ke arah melahirkan pekerja berilmu.

2. Sumber kewangan yang terhad memaksa perpustakaan mengambil langkah-langkah alternatif untuk mengatasi masalah tersebut agar tidak menjejaskan keperluan maklumat pengguna. Bincangkan.

3. Bincangkan langkah-langkah yang boleh diambil dalam Penyelenggaraan koleksi perpustakaan bagi memastikan ketersediaan bahan dan sumber maklumat untuk rujukan dan penyelidikan pengguna.

4. Pembangunan Perpustakaan Awam di Malaysia masih tidak seimbang. Adakah anda bersetuju dengan kenyataan ini. Bincangkan.


Sumber : Perpustakaan Negara Malaysia.

Feb 27, 2011

Panduan Perpustakaan Keluarga - Penyusunan Bahan

Penyusunan Bahan


Cara yang mudah untuk mendapatkan buku yang diperlukan ialah apabila buku tersusun dalam satu sistem yang mudah dilaksanakan.  Ada beberapa sistem yang boleh digunakan untuk menyusun koleksi buku.


pinjam gambar dari google

Untuk tujuan Perpustakaan Keluarga, sistem yang mudah sekali boleh digunakan ialah Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey.  
Jadual ringkas yang dipermudahkan telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, berjadul Senarai Ringkas Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey (1986).


Sebelum sesebuah buku itu disusun di raknya mengikut pembahagian kelas (perkara), buku tersebut perlu dikatalog terlebih dahulu, yakni mendaftarkan butiran yang terdapat pada muka surat judul seperti nama pengarang, nama penerbit dan tarikh terbitnya.  Setelah itu diberikan nombor kelas buku tersebut.  Apabila selesai tugas tersebut barulah buku itu disusun di rak mengikut nombor kelasnya.  Semua butiran tentang buku tersebut boleh dicatatkan ke dalam buku ataupun kad.


Feb 24, 2011

Panduan Perpustakaan Keluarga - Alat Perkakas

Alat Perkakas.

Alat keperluan asas yang diperlukan untuk penyediaan Perpustakaan Keluarga ialah :



pinjam gambar dari google


  • rak-rak untuk menempatkan bahan-bahan bacaan. Perkakas ini boleh dibeli atau dibuat sendiri dengan menggunakan batu bata dan papan;


  • sebuah meja dan kerusi atau meja makan dan kerusinya untuk tempat membaca dan memproses buku;

  • tikar atau sebarang pelapik yang boleh digunakan untuk menutup lantai; 

  • rak yang sesuai untuk menempatkan komputer, televisyen, perakam video atau radio.
pinjam gambar dari google

Feb 13, 2011

Panduan Perpustakaan Keluarga - Koleksi

Koleksi

Umumnya, koleksi perpustakaan akan mencerminkan minat serta tingkat pembacaan seseorang. Koleksi Perpustakaan Keluarga akan mencerminkan minta bacaan penghuninya.  Sebaik-baiknya, koleksi perpustakaan mempunyai imbangan bahan-bahan bacaan yang berat dan ringan. Ini meliputi buku-buku ilmu dan bacaan ringan seperti fiksyen dan majalah serta buku-buku rujukan umum seperti kamus, atlas, dan ensklopedia.  Pada masa ini, banyak keluarga yang sudah mempunyai alat pandang dengar seperti komputer, perakam kaset dan perakan video.  Alat-alat tersebut boleh juga ditempatkan di perpustakaan keluarga anda.


Panduan Perpustakaan Keluarga - Tempat

Tempat


Pemilihan tempat yang sesuai amatlah penting untuk menuntukan perpustakaan digunakan dengan sebaik-baiknya.  Tempat-tempat  boleh dipertimbangkan mengikut kemampuan keluarga:

    Feb 12, 2011

    Panduan Perpustakaan Keluarga

    Perpustakaan Keluarga atau sudut bacaan di rumah boleh dijadikan saluran yang berkesan untuk menerapkan minat membaca dikalangan anggota keluarga.  
    Yang dimaksudkan dengan Perpustakaan Keluarga ialah bilik, ruang ataupun sudut di rumah yang telah dipilih khas untuk menempatkan bahan-bahan bacaan seperti buku, majalah, akhbar, pita kaset ataupun pita video.  Bahan-bahan bacaan tersebut disusun dengan rapi di rak buku yang ditempah ataupun dibuat sendiri.


    Feb 3, 2011

    Pembacaan dan Pertumbuhan Akal Budi

    Jika kita membaca untuk menjadi pembaca yang lebih baik, maka tidaklah boleh kita membaca sebarang buku atau rencana. Kita tidak akan bekembang sebagai seorang pembaca jika yang kita baca selamanya merupakan buku-buku termasuk dalam lingkungan kemampuan kita semata-mata.

    Jan 21, 2011

    Memilih Buku Kanak-Kanak : Reka bentuk buku dan Ciri-ciri Istimewa

    Reka bentuk buku dan ciri-ciri istimewa.




    Reka bentuk buku mestilah menarik. Hiasan kulit hendaklah seimbang antara warna dan tipografi yang merakamkan nama pengarang, judul buku serta keterangan lain untuk memperkenalkan buku tersebut.








    Jan 20, 2011

    Memilih Buku Kanak-Kanak : Penyajian kandungan buku

    Penyajian kandungan buku


    Buku untuk kanak-kanak mestilah mempunyai tuliasan yang agak besar dan ayat-ayat yang pendek dan mudah difahami, serta perbendaharaan kata baru yang diperkenalkan secara beransur-ansur.


    Pastikan gambar-gambar yang menerangkan cerita di dalam buku itu banyak dan menarik.






    Jan 19, 2011

    Memilih Buku Kanak-Kanak : Pengolahan kandungan buku.

    Pengolahan kandungan buku.


    Bagaimana tajuk-tajuk diolah dan ditulis dapat ditentukan dengan meneliti kandungan buku.  Bagi buku-buku bukan fiksyen, yakni buku yang memberi maklumat, sebaik-baiknya dibaca beberapa muka surat awal, tengah dan akhir buku itu.


    Anda boleh juga memilih untuk membaca sebahagian daripada tajuk-tajuk yang anda ketahui.


    Bagi buku-buku fiksyen pula, sebaik-baiknya dibaca secara keseluruhan, ataupun dibaca sekali imbas seluruh buku itu.


     pinjam gambar dari sini

    Jan 16, 2011

    Memilih Buku Kanak-Kanak : Kewibawaan buku.

    Dalam memilih buku kanak-kanak beberapa kriteria umum yang perlu di jadikan panduan oleh kedua ibubapa, selain dua tajuk sebelum ini yang telah dibincangkan iaitu kriteria pertama, memilih pengarang-pengarang yang pakar, terkenal serta berwibawa , kedua kriteria memilih bidang liputan buku dan yang ketiga adalah kewibawaan buku.




    Pinjam gambar Wardina dari sini




    Jan 12, 2011

    1 bulan, 1 buku - Interlok

    Judul : Interlok
    Penulis : Abdullah Hussaian.


    Novel Interlok merupakan pentas terbaik mengajar dan mengingatkan generasi Malaysia kini terhadap pahit maung nenek moyang mereka (watak tiga keluarga - Seman, Ching Huat, dan Maniam keperitan dalam menjalani generasi sebelum merdeka bagi Seman, manakala pengalaman perjalanan bagi Ching Huat dan Maniam, keluar dari tanah air masing-masing untuk mencari rezeki di Tanah Melayu).




    Jan 9, 2011

    Memilih Buku Kanak-Kanak : Bidang liputan buku.

    Kriteria : Bidang liputan buku.


    Bidang liputan buku di kenali juga ruang lingkup sesebuah buku.  Ruang lingkup sesebuah buku memang amat penting.  Melalui tajuk-tajuk yang telah disusun mengikut pecahan bab yang terdapat di muka surat kandungan kita akan dapat gambaran isi sesebuah buku itu.




    (bukan gambaran sebenar ruang buku)




    Memilih Buku Kanak-Kanak : Pengarang-pengarang yang pakar, terkenal dan berwibawa.

    Kriteria : Pengarang-pengarang yang pakar, terkenal dan berwibawa.


    Terdapat beberapa kriteria umum sebagai panduan kepada ibu bapa apabila memilih buku-buku bacaan khususnya untuk anak-anak.


    JK Rowling, penulis serial novel terlaris "Harry Potter," 
    (pinjam gambar dr google)



    Perkara pertama adalah dengan memilih pengarang-pengarang yang pakar, terkenal dan berwibawa.  Sekiranya pengarang itu merupakan pengarang terkenal dan dihormati, buku-buku yang ditulisnya sudah pasti dapat di percayai untuk dibaca.  Sekiranya pengarang itu tidak terkenal, butiran pada muka surat penghantar mungkin dapat memberi keterangan sama ada pengarang itu berkemampuan untuk menulis bahan-bahan tersebut.

    Jan 7, 2011

    Peringkat-Peringkat Pembacaan

    Sebarang jenis pembacaan merupakan suatu kegiatan.  Tidaklah mungkin membaca tanpa menggerakkan mata atau menggunakan fikiran.  Namun demikian, pembacaan boleh bersifat lebih aktif atau kurang aktif, dan lebih aktif pembacaan maka lebih besarlah manfaatnya.  Seseorang itu merupakan pembaca yang lebih baik daripada sesorang  yang lain jika lebih luas bidang kegiatannya dalam pembacaan dan lebih banyak usaha di lakukannya.  Kita menjadi pembaca yang lebih baik jika lebih banyak dituntut daripada dirinya sendiri mahupun daripada buku yang sedang dibacanya itu.




    Jan 5, 2011

    Alat-alat Bantu Pembacaan : Menggunakan Buku-Buku Rujukan

    Terdapat pelbagai jenis buku rujukan.  2 jenis rujukan yang paling banyak digunakan adalah kamus dan ensiklopedia.  Namun demikian, ia juga dapat digunakan terhadap buku-buku rujukan jenis lainnya.







    Jan 4, 2011

    Program Pembangunan Sumber Manusia, PNM 2011

    Tahniah diucapkan kepada Jabatan Perpustakaan Negara Malaysia  terutama Bahagian Pembangunan Sumber Manusia yang sentiasa berusaha meyempurnakan dan mendokumentasikan dalam menerbitkan Buku Program demi mengalakkan warga perpustakaan di seluruh Malaysia mengikuti program latihan yang dianjurkan dalam meningkatkan kecemerlangan diri dan organisasi perpustakaan.


    Alat-alat Bantu Pembacaan : Buku-buku lain.

    Menggunakan buku-buku lain.


    Sesebuah buku itu membantu kita memahami satu-satu bahagiannya, maka sama dengan buku-buku lain juga membantu kita memahami buku-buku tertentu yang sedang dibaca oleh kita.  Terdapat hubungan di antara kebanyakan buku yang dihasilkan oleh para penulis pada zaman purba dan moden.  Para penulis yang kemudian dipengaruhi oleh para penulis yang terdahulu.  Jika kita mulai membaca karya penulis-penulis yang terdahulu, maka karya-karya itu akan membantu kita memahami karya-karya yang kemudian.





    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...