Sebarang pertanyaan? Tidak. Seni membaca memerlukan tabiat bertanya soalan-soalan yang wajar pada tempat-tempatnya yang wajar. Ada 4 pertanyaan utama yang perlu anda kemukakan tentang sebarang buku.
Empat Pertanyaan Asas Yang Dikemukakan Oleh Pembaca
1. Apakah yang diperkatakan oleh buku itu pada keseluruhannya? Anda mestilah berusaha memastikan gagasan utama buku itu dan bagaimana pengarangnya memperkatakan gagasan tersebut secara teratur dengan membahagikannya kepada beberapa bahagian, gagasan atau perkara yang tidaklah sebegitu penting seperti gagasan utama itu.
3. Apakah kandungan buku itu benar, baik pada keseluruhannya mahupun pada bahagian-bahagiannya? Tidaklah mungkin anda menjawab soalan ini sehingga anda telah menjawab dua soalan yang pertama. Anda mestilah mengetahui apakah hal yang diperkatakan itu benar. Namun demikian, apabila anda memahami sebuah buku, perlulah anda membuat penilaian sendiri tentang kebenarannya, jika anda membaca secara serius. Mengetahui pendapat pengarangnnya sahaja tidaklah memadai.
4. Apakah buku itu penting? Jika buku itu telah menyampaikan maklumat, perlulah anda menyoal erti maklumat itu. Mengapakah pengarang berpendapat bahawa sesuatu perkara itu penting diketahui? Apakah penting bagi anda mengetahuinya? Jika buku itu tidak sekadar memberi maklumat kepada anda tetapi turut pula mempertingkatkan pemahaman anda, maka perlulah diperolehi pemahaman selanjutnya denganmenanyakan apakah lagi yang dapat dipelajari, apakah lagi yang disarankan oleh pembacaan anda yang terbaru itu.
Mengetahui empat soalan itu sahaja tidaklah memadai. Anda mestilah tidak melupakan menanyakannya sewaktu membaca. Tabiat ini merupakan ciri seorang pembaca yang baik. Namun demikian, anda mestilah tahu bagaimana menjawab soalan-soalan itu dengan tepat lagi betul. Keterampilan yang terasuh untuk berbuat demikian itulah yang merupakan seni membaca.
Jika sesorang merasa ngantuk sewaktu membaca buku-buku yang baik, maka hal ini sebenarnya bukanlah kerana tidak sanggupnya dia melaksanakan upaya tersebut tetapi kerana tidak tahu bagaimana melakukannya. Untuk dapat terus membaca aktif, anda tidaklah sekadar perlu mempunyai kemahiran - yakni seni yang memungkinkan anda memajukan diri melalui penguasaan sesuatu keterampilan yang pada mulanya kelihatan tidak mungkin dapat anda kuasi.
Pem.Perpustakaan : Membaca adalah seni keterampilan diri. 'Anda buat anda dapat'- suka kata2 seorang Ustazah.




0 ulasan:
Post a Comment