Dec 17, 2010

Persekitaran Seorang Pustakawan (L-N)

LCC - Library of Congress Classification System = Sistem Pengekelasan Perpustakaan Kongres.

LCSH - Library of Congress Subject Headings = Tajuk perkara perpustakaan Kongres.

Listserv : kumpulan e-mel ataupun persidangan elektronik.

MARC - Machine-Readable Cataloging Record, adalah piawaian ataupun standart penyediaan rekod bibliografik dalamm bentuk elektronik.

Nombor Cutter : sistem yang menyelaraskan kombinasi abjad dan nombor bagi menghasilkan satu kod. Kod ini diletakkan selepas nombor kelas bagi mewujudkan nombor kelas ataupun nombor panggilan yang unik bagi sesuatu bahan.

Nombor Kelas : dihasilkan menggunakan sistem pengkelasan seperti Sistem Perpuluhan Dewey dan Sistem Pengekelasan Perpustakaan Kongres. Ia mengumpulkan bahan-bahan yang sama dalam satu kumpulan. Nombor kelas juga memasukkan nombor ataupun abjad lain seperti nombor Cutter ataupun tahun terbitan bahan.
Dengan itu, nombor kelas adalah unik bagi setiap bahan dan menunjukan kedudukan ataupun alamat bahan di dalam perpustakaan. Oleh itu, bahan boleh disusun secara sistematik dan dicapai dengan mudah.


Nombor Perolehan : adalah nombor pengenalan bagi setiap bahan yang dimasukkan ke dalam koleksi perpustakaan. Ia biasanya adalah nombor yang berturutan (running number) yang diberikan kepada setiap bahan mengikut urutan ia masuk ke dalam koleksi.

Nota Hantaran : adalah senarai bahan-bahan yang perlu dihantar oleh pembekal sewaktu penghantaran bahan dikenali juga sebagai delivery order atau D.O



Sumber : Panduan Mengurus Perpustakaan

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...