Dec 16, 2010

Persekitaran Seorang Pustakawan (E-K)


GUI (Graphical user Interface) bermaksud penggunaan grafik pada paparan skrin. Ia bertujuan menjadikan skrin kelihatan lebih menarik untuk dilihat dan mudah digunakan.

Indeks : senarai bahan maklumat yang yang berfungsi sebagai peralatan carian (retrieval tools). Ia menunjukkan di mana bahan maklumat yang dikehendaki itu berada. Indeks menyenaraikan bahan-bahan maklumat mengikut punca capaian seperti nama pengarang, ataupun tajuk bahan.


ISBN : Piawaian yang menyediakan peraturan bagi menghasilkan deskripsi rekod bibliografik.

Katalog : rekod bahan-bahan maklumat. Katalog perlu mengandungi nombor kelas, keterangan deskriptif dan tajuk perkara. Ia berfungsi sebagai petunjuk kepada bahan maklumat di dalam koleksi perpustakaan.


Katalog atas talian : katalog perpustakaan dalam bentuk elektronik yang dapat dicapai menggunakan komputer.

Kategori rujukan : menempatkan bahan-bahan yang tidak boleh dipinjam seperti kamus, ensiklopedia, buku tahunan dan atlas. Bahan-bahan dalam kategori rujukan adalah untuk kegunaan rujukan di dalam perpustakaan sahaja.


Kategori rak tertutup : lihat kategori rujukan.

Kategori rak terbuka : menempatkan bahan-bahan yang boleh dipinjam.

Koleksi tanda merah : koleksi yang menempatkan bahan-bahan yang mempunyai kadar edaran yang tinggi. Pinjaman dibenarkan untuk waktu yang singkat bagi mejamin ramai orang boleh menggunakan bahan-bahan itu.

Kawalan autoriti : suatu kaedah yang digunakan bagi memastikan setiap terma, istilah ataupun frasa yang digunakan untuk nama, judul, dan tajuk perkara adalah konsisten pada stiap masa.






Sumber : Panduan mengurus perpustakaan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...