Dec 25, 2010

Keunikan dan Kepelikan 'Bibliohinis'





Tahukan anda 'Bibliohinis'?
Mereka adalah seorang yang sering mengasingkan diri atau alienated dar orang 'lain'. Meraka asyik dengan dunia mereka sendiri.

Amat penting difahami. seorang 'bibliohinis', bukan lah seorang yang terasing tetapi sebenarnya berada dalam satu keadaan di mana setiap masa perlu
diisi dengan sesuatu yang positif.


Senario seorang bibliohinis :


  • Pernahkan anda pergi ke kedai buku dan membeli buku yang anda minati kemudian apabila pulang ke rumah, anda menyedari anda telah pun mempunyai buku tersebut dan membeli buat kali kedua.



  • Pernah anda pegi ke kompleks beli belah, tempat pertama anda kunjungi ialah kedai-kedai buku kemudian barulah kedai lainya.






  • Pernahkah anda menghadapi suatu keadaan di mana anda tidak mengingati banyak mana buku yang anda ada dan junlah ringgit yang dihabiskan untuk buku.

  • Pernahkah anda ke pasar atau ke mana saja yang tujuannya untuk membeli barangan keperluan atau produk lain yang bukab buku, tetapi akhirnya membeli buku-buku sehingga 'mengacau' bajet yang sepatutnya diperuntukkan untuk barangan keperluan.

  • Pernahkah anda berjaya mendapat buku yang anda dingini di kedai buku ketika staf atau pekerja kedai buku tersebut gagal mencari atau mendapatkannya.

  • Pernahkan anda menonton TV dengan buku di riba anda, khususnya apabila ada commercial break, atau ketika menonton bola sepak dengan anda memperlahankan 'suara' siarannya.

  • Pernahkah anda menyedari bahawa anda telah membeli telalu banyak buku yang tersimpan di perpustakaan peribadi, tetapi satu pun anda tidak sempat membacanya.

  • Pernahkan anda membeli buku semata-mata kerana jualannya murah atau diskaun yang tinggiataupun jumble sale.

  • Pernahkah anda hadapi suatu keadaan di mana anda mengunjungi salon rambut atau mengunggu menunggu bas atau suatu keadaan yang memerlukan anda menunggu, dan ketika itu anda tidak membawa atau mempunyai bahan bacaan untuk dibaca.




  • Pernahkah anda mengembara atau outstation tanpa pernah melupakan buku di dalam beg kembara anda.

  • Pernahkah isteri atau suami anda tau orang tersyang menegur anda kerana terlalu banyak membeli buku sehingga beranggapan tiada 'benda' lain lebih penting lagi melainkan buku.


Sekiranya beberapa senario atau keadaan di atas pernah berlaku pada anda, ANDA sebenarnya seorang 'bibliohonis'.





Pem.Perpustakaan : Saya mengaku saya seorang 'bibliohonis',.... hehehehe...






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...