Dec 30, 2010

Alat-alat Bantu Pembacaan : Menggunakan Pengalaman.

Menggunakan Pengalaman


Terdapat 2 jenis pengalaman yang mungkin membantu kita memahami buku-buku yang sukar.  Manusia, baik lelaki mahupun perempuan, berkongsi pengalaman bersama kerana mereka mengalami hidup, tetapi mereka juga secara giat berusaha mencari pengalaman langsung, yakni pengalaman yang hanya dialami sendiri.  Namun demikian, pengalaman bersama dialami oleh setiap orang untuk mencapai sifat bersamaanya itu.  Umpamanya, bukan setiap kanak-kanak tinggal bersama dengan ibubapanya.  Namun kehidupan berkeluarga merupakan suatu pengalaman bersama, kerana kebanyakkan manusia lelaki dan perempuan telah pernah turut mengalaminya pada masa-masa tertentu.


(Pinjam gambar Wardina dari teruja.info)






Buku-buku dari jenis yang berlainan memerlukan pengalaman jenis yang berlainan pula.  Karya cereka dan falsafah didasarkan pada pengalaman bersama.  Penilaian tentang apakah sesebuah novel itu mencerminkan hidup yang sebenarnya hampir keseluruhannya didasarkan pada pengalaman bersama; kita menyatakan buku itu benar, atau tidak benar, menurut ukuran pengalaman kita tentang sebagimana yang dialami oleh kebanyakkan orang.  Ahli falsafah, seperti penulis cerita rekaan juga, akan menggunakan pengalaman bersama manusia.  Dia tidak melaksanakan sesuatu ujikaji yang khusus.  Oleh yang demikian, untuk memahami dan menguji prinsip-prinsip seorang ahli falsafah, anda tidaklah memerlukan bantuan luar yang berupa pengalaman khas.  Namun demikian, pengalaman khas biasanya diperlukan bagi membaca buku-buku sains.  Untuk memahami dan menilai huja-hujah dalam sebuah buku sains, anda mestilah dapat mengikuti dalil-dalil yang dikemukan oleh ahli sains itu.












Kedua-dua pengalaman bersama dan pengalaman  khusus adalah penting sewaktu membaca karya sejarah, kerana sejarah mempergunakan metode-metode cereka dan sains sekaligus.  Sejarah merupakan sebuah cerita, dengan jalan cerita yang dinilai berdasarkan pengalaman bersama, sama seperti anda menilai sebuah novel atau drama.  Namun sejarah juga seperti sains, kerana setengah-setengah pengalaman yang menjadi asas sejarah merupakan pengalaman yang agak khusus.  Misalnya, penulisnya mungkin telah membaca dokumen-dokumen khas, atau mengunjungi orang-orang atau tempat-tempat tertentu yang tidak dapat dibaca atau dikunjungi oleh orang biasa.














Bagimanakah dapat anda ketahui bahawa anda telah menggunakan pengalaman anda secara yang betul untuk membantu anda memahami sebuah buku?  Cara yang paling pasti ialah dengan cara ujian kefahaman : tanyakan pada diri sendiri apakah anda dapat mengemukakan contoh sebenarnya bagi sesuatu yang anda anggap telah anda fahami.








Pem.perpustakaan : create blog dari pengalaman bersama dan pengalaman khusus.





5 comments:

  1. sesungguhnya pengalaman itu penting hehe..

    jemput2x..
    blog Serbaguna
    blog Matdin

    ReplyDelete
  2. Thanks En.sukahaha dan Wannie... semoga dpt kongsi manfaat bersama.

    ReplyDelete
  3. sangat menarik.. nanti nak bacakan buku untuk anak2 bila dah kahwin nanti..

    ReplyDelete
  4. kata kat Wahida, kalao belum ada anak sendiri praktis dulu kat anak2 buah ker, anak2 jiran ker...bila2 masa, boleh aje.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...