Dec 18, 2010

1 bulan, 1 buku - Rahsia Blogger

Tajuk Buku : Rahsia Blogger

Buku ni memang dah lama dalam koleksi, mula-mula belajar buat blog pun dari buku nie. Tu sebab jadikan buku ni sebagai buku pertama dalam entri '1 bulan, 1 buku'.

Buku ini dapat memberikan panduan bagaimana kita mampu menghasilkan duit menerusi blog. Dimana blog adalah merupakan sejenis laman web serta medium interaksi genarasi baru. Pada masa kini, blog bukan sahaja dijadikan sebagai alat catatan peribadi seseorang tentang kehidupan sehariannya, malah juga mampu menjadi wadah penghubung serta sumber maklumat alternatif kepada masyarakat.


Pada hari ini, semua orang yang mempunyai capaian internet boleh memiliki blog. Namun begitu, tidak ramai yang berupaya menghasilkan wang menerusinya.

Didalam buku ini, anda akan mengetahui :

  • Bagaimana menghasilkan wang menerusi blog tanpa modal.
  • 5 kelebihan blog berbanding lama web.
  • Langkah demi langkah bagaimana membina blog.
  • 10 cara menghasilkan wang melalui blog.
  • 10 tip menghasilkan blog yang hebat dan menarik.
  • 7 kaedah mempromosikan serta menarik pelawat ke laman blog anda.

Penulisnya adalah Mohd suhaimy Abu Bakar (Stuth) adalah merupakan pengasas kepada laman web wangcyber.com, iaitu sebuah komuniti maya bagi usahawan Internet di Malaysia. Beliau telah menjalankan perniagaan di Internet sejak tahun 2005 dan kini mempunyai beberapa perniagaan di Internet yang dijalankan secara sambilan di samping menulis blog untuk berkongsi pengalaman dan pendapat dengan masyarakat.

Manakala, Mohammed Farid Sulaiman yang berkelulusan Sarjana Muda Pengurusan mula berjinak-jinak di dalam 'Internet Marketing' sejak tahun 2006. Beliau pernah mengendalikan kelas 'adsense' bersama-sama Kidino, pemilik 'moneyclicking.net' dan Shuth. Beliau juga menulis blog 'SangInternet.com' yang berkisar kepada dunia Internet Marketing.



Pem.Perpustakan : suka dengan kata-kata dari blog Rahsia Blogger - "....alang-alang menulis blog, biar sampai dapat duit!.."; - Mohd Suhaimy Abu Baka a.k.a Shuth



2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...