Dec 25, 2010

1 bulan, 1 buku -Perubatan Islam Menangkis Kejahatan Makhluk Halus.



Tajuk : Perubatan Islam Menangkis Kejahatan Makhluk Halus.
Penulis : Sharhan Bin Shafie
dan : Fakhrul Ridzha Bin Abd. Rahman





Buku ini juga pilihan bonda tercinta. Kat mana dia nampak, emm mana lagi stesen televisyen pagi-pagi tu la. Bila dah keluar kat TV, mula usya. Emm... susahnya nak dapat... eer seb
enarnya, aku rasa-rasalah pandang kita orang yang ditutup oleh makhlus halus kot sampai tak napak...hehehehe.. yelah mana taknya, tuan empunya kedai susun buku nie sikit punya tinggi, pastu susun betul-betul depan pintu masuk cam mana boleh tak nampak... pelik bin ajaib sungguh. Kalau aku yang tak nampak memang patut la, sebab tak tengok kat TV tu... yang bonda siap tulis note lagi tajuk buku nie pun tak nampak. Disebabkan bonda yang beriya-iya sangat nak buku nie, aku pun meramahkan mulut bertanya pada tuan empunya kedai. Baru jer aku tanya,(sambil tergagap-gagap nak baca tulisan bonda aku) "Bang, ada tak bu..bu..bu buku tajuk pe..pe..peruba..batan islam.........", tuan empunya kedai terus sambung kata-kata aku. "Perubatan Islam menangkis kejahatan makhluk halus?, ada kat depan pintu masuk tu... ada CD, nak sekali?" .. owh..cam tebal jer muka tak nampak buku depan mata, tapi bukan saya seorang yang tak napak, bondaku pun tak napak.... rasanya memang betul lah yang kami r
asa...hehehe. Bila dah dapat, apalagi sambar + dengan CD bacaan ayat-ayat Al-Quran (set)ni.








Antara kandungan buku ini adalah:
  • menyingkap rahsia jin dan syaitan.
  • menangkis kejahatan ilmu hitam.
  • santau... bahaya dan penawarnya.
  • liku-liku seorang Mua'lij dan menangani masalah rumah berhantu.
  • menyingkap rahsia saka dan keturunan
  • rahsia air jampi
  • penyembuhan Al-Quran
  • Rihul Ahmar; Stroke atau lumpuh dan cara merawatnya.
  • rahsia dan kelebihan kayu kokka sebagai penawar.


Pem.Perpustakan : meminati peyembuhan Al-Quran dan khasiat ayat-ayat Al-Quran.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...