Dec 22, 2010

1 bulan, 1 buku - Nak ke Tak Nak



Tajuk : Nak ke Tak Nak


Saya jadi peminat buku-buku motivasi Dr. Tuah dari lepas zaman study, pastu melilau cari kerja. Tension tau kalau tak bekerja, mana nak cari income? Tiap-tiap setengah tahun statment MARA datang rumah. Nak hilang tension, apalagi cari buku la...

Tapi buku ni lama juga dalam simpanan saya, beli pada tarikh 07.07.05, emm dah 5 setengah tahun gak, yang pinjam, pulang, pinjam, pulang pun dah banyak tangan. Sampai nak jadi belacan, walaupun camner pun ilmu perlu di kongsi, kan. Ni belum buka cerita 3 naskah lagi koleksi Dr.Tuah yang dipinjam rakan-rakan dan terus jadi hak milik dorang... emm nak buat camner.... halal? tak halal? halal? tak halal?... halal je lah, semoga ilmu saya lebih berkat.








'Nak ke Tak Nak' buku motivasi yang di olah sanagat santai. Yang menariknya, kebanyakan bab berpaksikan kisah-kisah benar berteraskan teladan dan pengalaman yang boleh meningkatkan tahap motivasi diri pembaca.




Antara modul-modulnya unik adalah :
  • Kita ni okey ke?
  • Bermusuh dengan sifat malas.
  • Malaysia Boleh! Aku pun Boleh!
  • Angan-angan yang di bolehkan.
  • Biar Papa asal bahagia.
  • Bagaimana nak jadi Hero?
  • Orang bodoh yang tak bodoh.
  • Fikir dulu sebelum nak cakap.
  • Makanan untuk perut, santapan untuk minda.
  • Berfikirlah walau sesaat.
  • Apakah anda takutkan kejayaan.
  • Untuk wanita sahaja.
  • 7 tangga mendaki matlamat.
  • dll...


Selain itu, buku ini juga memberi peluang kepada individu untuk membina keyakinan diri dan kejayaan tanpa rasa takut untuk gagal. Gagal itu mungkin membuka peluang untuk kejayaan yang lebih besar.


Pem.Perpustakaan : Like dengan kata-kata Dr.Tuah,... "Semua terletak pada hati. Kalau hendak seribu daya, nak ke tak nak, jawab sendiri"

Dan saya kurang like kata-kata "Lu pikir la sendiri"....

2 comments:

  1. salam..best buku ni..effa dah bca dah..byk memotivasikan=)

    ReplyDelete
  2. alhamdullilah,.. semoga di permudahkan segala urusanNya..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...