Dec 19, 2010

1 bulan, 1 buku - Membina Peribadi Anggun


Tajuk : Membina Peribadi Anggun

Ini paling terbaru dalam koleksi saya, terasa sangat ketinggalan memilikinya kerana milik saya adalah cetakan ke-6, 2010. Teringat masa beli masa tu bukan sebab tujuan nk pegi kedai buku tapi sebab laptop rosak, lama sangat menunggu kat kedai repair komputer tu pergilah kedai buku seberang jalan. Cuaca hujan lebat sangat, semua tu saya tak peduli, dapat buku terus je duduk bersila depan kedai komputer tu ngadap buku ni...rasa kelakar pun ada gak, duduk kat tepi kaki lima tempat orang lalu lalang,.pastu semua tengok... aku yang jakun ker, dorang yang jakun....hehehe





Membina Peribadi Anggun, satu remedi yang pasti memberi kelegaan kepada para wanita. Sama ada anda masih bernama gadis mahupun telah berpunya, buku ini amat sesuai dijadikan panduan. Tidak kira apakah anda sedang diulit bahagia atau digelut derita, buku ini adalah pilihan terbaik wanita masa kini kerana ia ibarat teman yang amat memahami.

Kandungan buku ini :
  • Semuanya serba dua; kebanyakan benda tercipta serba dua;ada tinggi ada rendah,ada siang ada malam,ada sakit ada sihat, ada sedih ada gembira, dan yang paling senang di bezakan adalah ada lelaki ada perempuan.
  • Lambat kawin bukan masalah.
  • Syyttt, rahsia orang perempuan.
  • Runtuh lelaki kerana wanita.
  • Anda berkahwin untuk apa?
  • Mencari suami terpilih.
  • Tak perlu merampas bahagia daripada sesiapa.
  • Bangga dengan diri sendiri.
  • Cinta dahulu biarlah berlalu.
  • Syttt, rahsia lelaki.
  • Pelangi untuk dilihat bukan untuk dipegang.
  • dll...

Jika mahukan pagi yang ceria, usahakan seawal malam menjelang. Jika mahukan ketenangan dan kebagusan seawal matahari terbit, usahakan emosi yang cemerlang sebelum melayani malam. Itulah antara mutiara yang menjadi teras kekutan buku ini. Ia santai, mendidik, mengajar dan meningatkan. Pendekatan yang digunakan amat sesuai lagi matang.

Saya memang sangat meminati penulisan Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj, merupakan seorang motivator yang memiliki kaedah pelbagai dalam menyampaikan idea-idea motivasinya. Buku ini lahir untuk memberi panduan kepada semua insan yang mahu digelar anggun dalam maksudnya yang sebenar.



2 comments:

  1. emm .. buku yang menarik untuk dibaca. =)

    p/s: Terima kasih kerana follow blog akak dan tinggalkan link dekat entry Saya Nak Follow Blog Anda .. Sila Tinggalkan URL Blog Di sini!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...