Dec 21, 2010

1 bulan, 1 buku - Membina Jiwa Serasi





Tajuk : Membina Jiwa Serasi



Lama, tak lama juga buku ni, tapi dah cetakan ke 2-2010, sebab memang minat penulisan Dr. Tuah, memang kalau pegi kedai buku mesti cari koleksi Dr dulu...

Buku-bukunya terutama buku motivasi sentiasa dinantikan oleh peminat kerana saya/kami/peminat menganggap buku-bukunya merupakan buah tangan yang begitu berharga.

Dan yang penting setiap buku yang jadi pilihan koleksiku adalah bersangkut paut persekitaranku, psst... sebenarnya masa ni, baru pindah tempat kerja kat sini. Omak oi, stress dibuatnya, cari 1 bukulah nak hilang stress.



Buku ini merupakan siri motivasi diri yang boleh dijadikan panduan dalam melayari kehidupan seharian agar hidup lebih sempurna dari hari ke hari. Teladan dan pengalaman yang dikongsi dengan pendekatan santai lebih mudah untuk difahami sekali gus dapat membantu jiwa menjadi serasi dan bahagia.


Serasi bukan sahaja penting dalam hubugan percintaan dan perkahwinan malah tertakluk pada semua benda dan perkara, daripada soal memilih pakaian, warna rumah, pekerjaan dan segalanya yang berkaitan dengan diri. Serasi juga berkait rapat dengan keselesaan. Apabila kita berasa selesa kita akan berasa bahagia dan seronok. Binalah keserasian kerana ianya boleh dibentuk.






Mengandungi 92 tajuk, antaranya;
  1. Petua selamanya sayang.
  2. Tip jaga hati pasangan.
  3. Ajaibnya perasaan pada usia 40.
  4. Cantikkan luar dan dalam anda.
  5. Cinta gelap lambang hati gelap.
  6. Jadilah unggul bukan tunggul.
  7. Menukar malang menjadi tuah.
  8. Antara anggun, unggul dan tunggul.
  9. Membina jiwa anggun.
  10. Pencinta wanita memang buaya.
  11. Risau kerana gemuk....... (saya la tu)
  12. Membina untung dalam perniagaan.
  13. Merdeka tanpa hutang.
  14. Alangkah hebatnya wanita.
  15. Tutuplah kekurangan dengan kelebihan.
  16. dll.......
Binalah jiwa serasi meskipun berlainan versi. Hidup mesti dilayan sebagaimana seharusnya ia, maka elakkan kontroversi. Tingkatkan prestasi selalu dan kadang-kadang buat tak tahu dengan realiti. Realiti selalu membuatkan kita lupa diri dan terkalih misi.

Andainya anda memilih untuk pergi, harap lakukan ia setelah anda benar-benar gagal untuk berasa serasi. Melangkah pergi adalah alternatif, bagaimanapun perlulah ada tindakan-tindakan sebagai langkah terakhir.

Terima kasih Dr. Tuah,keran motivasinya yang sungguh unik, mencabar, berkuasa, santai dan harmoni.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...