Dec 24, 2010

1 bulan, 1 buku - La tahzan (Jangan Bersedih) [Don't Be Sad]


Tajuk : La Tahzan (Jangan Bersedih) [Don't Be Sad]
Penulis Asal : Aidh Bin Abdullah Al-Qarni
Alihbahasa : Mohd. Sofwan Amrullah.



Hari ini nak bercerita pasal buku La Tahzan, sebab apa? Sebab malam tadi tengok satu satu rancangan TV -Tanyalah Ustaz, ada penonton bertanya bahan-bahan rujukan dan buku ini telah dicadangkan oleh Ustaz tersebut maka saya pun beridea nak masuk entri kat blog hari nie. Buku La Tahzan banyak terbitan dan alihbahasa, dan yang ini telah menjadi pilihan saya sejak 07.05.06. (Perh, siap tulis tarikh lagi tau..hehehe).


Ia merupakan hasil kajian yang bersungguh-sungguh, cermat dan bertanggungjawab. Matlamat penulisannya adalah untuk menangani kesedihan yang sering berlaku dalam hidup manusia. Termasuk kegoncangan, keresahan, hilang kepercayaan kepada diri sendiri, kebingungan, pesimisme, dukacita, kesedihan, kekacauan, putus asa dan rasa rendah diri.

Ia adalah sumber rujukan penyelesaian bagi masalah-masalah semasa berdasarkan bimbingan wahyu, panduan risalah serta bersesuaian denga fitrah manusia yang suci. Disamping itu, diambil pula uji-cuba dan pengalaman yang matang, contoh-contoh yang hidup, kisah-kisah yang menarik, serta adab dan etika yang memikat.

Terima kasih kepada penulis kerana di tulis khas buat orang yang merasa hidup yang sempit, resah dan sedih; atau buat meraka yang ditimpa musibah atau tertekan hingga tidak dapat tidur dan mengalami insomnia.


Pem.Perpustakaan : minat dengan ungkapan 'Semangat dan azam untuk hidup hari ini tanpa kesedihan, tanpa keresahan, tanpa kemarahan, tanpa kedengkian dan tanpa kebencian'.

Jadi, jangan sedih-sedih ya!...



2 comments:

  1. bku ni memang bku motuvasi terbaekk..

    ReplyDelete
  2. saya sokong, semoga di permudahkan segala urusanNya..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...