Dec 18, 2010

1 bulan, 1 buku - Bahagiakan Hatimu



Tajuk : Bahagiakan Hatimu.


Dah lama juga beli buku ni, tahun lepas rasanya tapi lupa nak letak tarikh, bila beli.

Masa tu kat kedai buku, tengah melayan adinda kesayangan Ilani Izati, beli barang stationary, dan tujuannya pun nak hadiahkan pada dia yang pada firasatku budak nie sangatlah 'keras hati'nya... tapi bila kasi suruh baca dia buat tak tau jer, aku pulak yang jadi sakit hati.. maka jadilah dalam senarai koleksi aku..

Buku ini memberi panduan bagaimana untuk membahagikan hati dan memperoleh hati yang tenang. Hati yang tenang mencerminkan budi pekerti serta menyerlahkan pesona diri. Buku ini menjadi penawar bagi memperoleh hati yang sejahtera di sisi Allah yang maha penyayang.


Hati adalah tempat terpancarnya perasaan suka, duka, benci, marah, gembira, sedih, dan sebagainya. Hati ibarat raja yang mengarahkan seluruh anggota tubuh untuk mengikut perintah hati. Apabila hati dikuasai oleh iman, amal yang dilahirkan adalah kebaikan. Namun, apabila hati dikuasai oleh nafsu, maka amal yang muncul adalah keburukan.

Alhamdulillah dan terima kasih kepada penulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyah dan penterjemah-penterjemah, Muhd Nasruddin Dasuki, Zawiyah Maamur dan Muhd Surur Damasuki yang berjaya menghasilkan buku ini untuk dijadikan panduan hidup.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...