Dec 30, 2010

Alat-alat Bantu Pembacaan : Menggunakan Pengalaman.

Menggunakan Pengalaman


Terdapat 2 jenis pengalaman yang mungkin membantu kita memahami buku-buku yang sukar.  Manusia, baik lelaki mahupun perempuan, berkongsi pengalaman bersama kerana mereka mengalami hidup, tetapi mereka juga secara giat berusaha mencari pengalaman langsung, yakni pengalaman yang hanya dialami sendiri.  Namun demikian, pengalaman bersama dialami oleh setiap orang untuk mencapai sifat bersamaanya itu.  Umpamanya, bukan setiap kanak-kanak tinggal bersama dengan ibubapanya.  Namun kehidupan berkeluarga merupakan suatu pengalaman bersama, kerana kebanyakkan manusia lelaki dan perempuan telah pernah turut mengalaminya pada masa-masa tertentu.


(Pinjam gambar Wardina dari teruja.info)





Dec 28, 2010

Seni Pembacaan

       Pembacaan yang aktif adalah pembacaan yang lebih baik, dan pembacaan penelitian selalunya bersifat aktif.  Pembacaan yang demikian menuntut upaya.  Namun demikian, belum lagi diutarakan satu-satunya peraturan yang mudah bagi pembacaan aktif. (faham tak, kalo tak faham buat-buat faham jer dulu). Peraturan itu adalah : Kemukakan pertanyaan sewaktu anda membaca - yakni soalan-soalan yang mesti anda sendiri usahakan jawapannya sewaktu membaca itu.


Sebarang pertanyaan? Tidak.  Seni membaca memerlukan tabiat bertanya soalan-soalan yang wajar pada tempat-tempatnya yang wajar.  Ada 4 pertanyaan utama yang perlu anda kemukakan tentang sebarang buku.




Empat Pertanyaan Asas Yang Dikemukakan Oleh Pembaca

Dec 27, 2010

Memupuk minat membaca





Ibubapa memainkan peranan penting dalam memupuk minat membaca dikalangan keluarganya.  Mereka boleh menentukan buku sebagai keperluan keluarga dan mewujudkan suasana keseronokan membaca dengan :

Perpustakaan-perpustakaan Paling Menarik Dunia



Dikesempatan ini saya nak berkongsi perpustakaan-perpustakaan paling menarik dunia. Inipun saya perolehi dengan tidak sengaja, yang telah di hantar ke email saya.  Disebabkan saya sangat teruja dengan keindahan perpustakaan tersebut, maka saya nak kongsikan dengan rakan-rakan blogger lain.


Central Public Library di VancouverKanadatelah direka oleh arkitekMoshe Safdie sebagai pemenang satu pertandingan rekabentuk.Fotografi oleh lightgazer Flickr.com

Dec 25, 2010

Keunikan dan Kepelikan 'Bibliohinis'





Tahukan anda 'Bibliohinis'?
Mereka adalah seorang yang sering mengasingkan diri atau alienated dar orang 'lain'. Meraka asyik dengan dunia mereka sendiri.

Amat penting difahami. seorang 'bibliohinis', bukan lah seorang yang terasing tetapi sebenarnya berada dalam satu keadaan di mana setiap masa perlu
diisi dengan sesuatu yang positif.


Senario seorang bibliohinis :

1 bulan, 1 buku -Perubatan Islam Menangkis Kejahatan Makhluk Halus.



Tajuk : Perubatan Islam Menangkis Kejahatan Makhluk Halus.
Penulis : Sharhan Bin Shafie
dan : Fakhrul Ridzha Bin Abd. Rahman




Dec 24, 2010

1 bulan, 1 buku - La tahzan (Jangan Bersedih) [Don't Be Sad]


Tajuk : La Tahzan (Jangan Bersedih) [Don't Be Sad]
Penulis Asal : Aidh Bin Abdullah Al-Qarni
Alihbahasa : Mohd. Sofwan Amrullah.



Hari ini nak bercerita pasal buku La Tahzan, sebab apa? Sebab malam tadi tengok satu satu rancangan TV -Tanyalah Ustaz, ada penonton bertanya bahan-bahan rujukan dan buku ini telah dicadangkan oleh Ustaz tersebut maka saya pun beridea nak masuk entri kat blog hari nie. Buku La Tahzan banyak terbitan dan alihbahasa, dan yang ini telah menjadi pilihan saya sejak 07.05.06. (Perh, siap tulis tarikh lagi tau..hehehe).

Dec 22, 2010

1 bulan, 1 buku - Nak ke Tak Nak



Tajuk : Nak ke Tak Nak


Saya jadi peminat buku-buku motivasi Dr. Tuah dari lepas zaman study, pastu melilau cari kerja. Tension tau kalau tak bekerja, mana nak cari income? Tiap-tiap setengah tahun statment MARA datang rumah. Nak hilang tension, apalagi cari buku la...

Tapi buku ni lama juga dalam simpanan saya, beli pada tarikh 07.07.05, emm dah 5 setengah tahun gak, yang pinjam, pulang, pinjam, pulang pun dah banyak tangan. Sampai nak jadi belacan, walaupun camner pun ilmu perlu di kongsi, kan. Ni belum buka cerita 3 naskah lagi koleksi Dr.Tuah yang dipinjam rakan-rakan dan terus jadi hak milik dorang... emm nak buat camner.... halal? tak halal? halal? tak halal?... halal je lah, semoga ilmu saya lebih berkat.

Dec 21, 2010

1 bulan, 1 buku - Membina Jiwa Serasi





Tajuk : Membina Jiwa Serasi



Lama, tak lama juga buku ni, tapi dah cetakan ke 2-2010, sebab memang minat penulisan Dr. Tuah, memang kalau pegi kedai buku mesti cari koleksi Dr dulu...

Buku-bukunya terutama buku motivasi sentiasa dinantikan oleh peminat kerana saya/kami/peminat menganggap buku-bukunya merupakan buah tangan yang begitu berharga.

Dan yang penting setiap buku yang jadi pilihan koleksiku adalah bersangkut paut persekitaranku, psst... sebenarnya masa ni, baru pindah tempat kerja kat sini. Omak oi, stress dibuatnya, cari 1 bukulah nak hilang stress.

Dec 20, 2010

1 bulan, 1 buku - Doa, Zikir & Munajat yang Didengari ALLAH



Tajuk : Doa, Zikir & Munajat yang didengari ALLAH
Penulis : Zahazan Mohamed
Mohd. Wahid Abd Hanif

Buku ini pilihan bonda tercinta, mula nampak kat satu stesyen televisyen Malaysia yang pagi-pagi ada mengsipnosiskan buku-buku, jadi bonda yang selalu tengok stesyen TV nie pun berkenan, dan dok 'usya' tanya dah ada ke belum kat pasaran. Lama juga nak dapat stok buku nie, puas mencari kat kedai buku sekitar Kluang, tak de. Pastu pegi kat daerah Batu Pahat pun tak der,..last2 jumpa kat satu pekan kecil nie, walaupun kecil tapi beRaja... hehehe mana lagi Parit Raja la. Sekarang dah berlambak-lambak dah.


Dec 19, 2010

1 bulan, 1 buku - Membina Peribadi Anggun


Tajuk : Membina Peribadi Anggun

Ini paling terbaru dalam koleksi saya, terasa sangat ketinggalan memilikinya kerana milik saya adalah cetakan ke-6, 2010. Teringat masa beli masa tu bukan sebab tujuan nk pegi kedai buku tapi sebab laptop rosak, lama sangat menunggu kat kedai repair komputer tu pergilah kedai buku seberang jalan. Cuaca hujan lebat sangat, semua tu saya tak peduli, dapat buku terus je duduk bersila depan kedai komputer tu ngadap buku ni...rasa kelakar pun ada gak, duduk kat tepi kaki lima tempat orang lalu lalang,.pastu semua tengok... aku yang jakun ker, dorang yang jakun....hehehe


Dec 18, 2010

1 bulan, 1 buku - Bahagiakan Hatimu



Tajuk : Bahagiakan Hatimu.


Dah lama juga beli buku ni, tahun lepas rasanya tapi lupa nak letak tarikh, bila beli.

Masa tu kat kedai buku, tengah melayan adinda kesayangan Ilani Izati, beli barang stationary, dan tujuannya pun nak hadiahkan pada dia yang pada firasatku budak nie sangatlah 'keras hati'nya... tapi bila kasi suruh baca dia buat tak tau jer, aku pulak yang jadi sakit hati.. maka jadilah dalam senarai koleksi aku..

Buku ini memberi panduan bagaimana untuk membahagikan hati dan memperoleh hati yang tenang. Hati yang tenang mencerminkan budi pekerti serta menyerlahkan pesona diri. Buku ini menjadi penawar bagi memperoleh hati yang sejahtera di sisi Allah yang maha penyayang.


1 bulan, 1 buku - Rahsia Blogger

Tajuk Buku : Rahsia Blogger

Buku ni memang dah lama dalam koleksi, mula-mula belajar buat blog pun dari buku nie. Tu sebab jadikan buku ni sebagai buku pertama dalam entri '1 bulan, 1 buku'.

Buku ini dapat memberikan panduan bagaimana kita mampu menghasilkan duit menerusi blog. Dimana blog adalah merupakan sejenis laman web serta medium interaksi genarasi baru. Pada masa kini, blog bukan sahaja dijadikan sebagai alat catatan peribadi seseorang tentang kehidupan sehariannya, malah juga mampu menjadi wadah penghubung serta sumber maklumat alternatif kepada masyarakat.

1 bulan, 1 buku - Inilah koleksiku.







Idea, oh idea. Apa entri yang perlu dimasukkan dalam blog nie supaya terus dan terus diikuti dan tambah peminat.

Akhirnya, aku usaha memasukkan entri yang mungkin tak akan putus selagi kita
membaca dan terus membaca.

Ya, inilah ' Sebulan, 1 buku'... saya cuba membuat sipnopsis buku-buku yang dalam koleksi simpanan saya. Ilham ini pernah di cadangkan oleh salah seorang pembaca blog saya sebelum ini, tetapi belum berkesempatan kerana kesibukan diri sehingga setahun tidak mengemaskini blog ni.



Sambil-sambil tengok dan cari idea, teringat gambar-gambar 'my little house library'.





Dec 17, 2010

Persekitaran Seorang Pustakawan (L-N)

LCC - Library of Congress Classification System = Sistem Pengekelasan Perpustakaan Kongres.

LCSH - Library of Congress Subject Headings = Tajuk perkara perpustakaan Kongres.

Listserv : kumpulan e-mel ataupun persidangan elektronik.

MARC - Machine-Readable Cataloging Record, adalah piawaian ataupun standart penyediaan rekod bibliografik dalamm bentuk elektronik.

Nombor Cutter : sistem yang menyelaraskan kombinasi abjad dan nombor bagi menghasilkan satu kod. Kod ini diletakkan selepas nombor kelas bagi mewujudkan nombor kelas ataupun nombor panggilan yang unik bagi sesuatu bahan.

Nombor Kelas : dihasilkan menggunakan sistem pengkelasan seperti Sistem Perpuluhan Dewey dan Sistem Pengekelasan Perpustakaan Kongres. Ia mengumpulkan bahan-bahan yang sama dalam satu kumpulan. Nombor kelas juga memasukkan nombor ataupun abjad lain seperti nombor Cutter ataupun tahun terbitan bahan.

Dec 16, 2010

Persekitaran Seorang Pustakawan (E-K)


GUI (Graphical user Interface) bermaksud penggunaan grafik pada paparan skrin. Ia bertujuan menjadikan skrin kelihatan lebih menarik untuk dilihat dan mudah digunakan.

Indeks : senarai bahan maklumat yang yang berfungsi sebagai peralatan carian (retrieval tools). Ia menunjukkan di mana bahan maklumat yang dikehendaki itu berada. Indeks menyenaraikan bahan-bahan maklumat mengikut punca capaian seperti nama pengarang, ataupun tajuk bahan.


ISBN : Piawaian yang menyediakan peraturan bagi menghasilkan deskripsi rekod bibliografik.

Katalog : rekod bahan-bahan maklumat. Katalog perlu mengandungi nombor kelas, keterangan deskriptif dan tajuk perkara. Ia berfungsi sebagai petunjuk kepada bahan maklumat di dalam koleksi perpustakaan.


Katalog atas talian : katalog perpustakaan dalam bentuk elektronik yang dapat dicapai menggunakan komputer.

Kategori rujukan : menempatkan bahan-bahan yang tidak boleh dipinjam seperti kamus, ensiklopedia, buku tahunan dan atlas. Bahan-bahan dalam kategori rujukan adalah untuk kegunaan rujukan di dalam perpustakaan sahaja.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...