Jun 3, 2009

PERPUSTAKAAN NEGARA

Kebanyakan negara di dunia mempunyai perpustakaan negaranya sendiri.
  • Perpustakaan negara memainkan peranan penting dalam membangun dan meyelaras pelbagai isu berkaitan perpustakaan dan profesion pustakawan.
  • Pada masa yang sama, perpustakaan negara juga berfungsi sebagai perpustakaan awam kerana ia membuka perkhidmatan pinjaman dan rujukan kepada orang ramai.
  • Fungsi utama sebagai pusat bibliografi negara iaitu ia menyimpan dan mengakatalog semua hasil penerbitan negaranya.
  • Di Malaysia, Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 menetapkan setiap penerbitan dalam negara perlu diserahkan kepada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).
  • Bagi bahan becetak seperti buku, terbitan bersiri, peta, carta dan poster, sebanyak 5 naskah perlu diserahkan.
  • Bagi bahan bukan bercatak seperti filem, mikroform, rakaman audio dan video serta bahan elektronik yang lain, sebanyak 2 naskah perlu diserahkan.

Setiap perpustakaan negara mempunyai koleksi khas berkenaan negaranya. Di Perpustakaan Negara Malaysia;

  • Koleksi Malaysiana mengumpul dan membangunkan apa sahaja bahan berkenaan Malaysia; termasuk sejarah,geografi, politik, ekonomi, sosial, biografi rakyat Malaysia dan apa sahaja bahan yang ditulis oleh rakyat Malaysia tidak kira di mana ia diterbitkan sama ada di dalam ataupun luar negara.
  • Dengan ini, perpustakaan negara menjadi pusat maklumat negara secara lengkap dan komprehensif.
  • Perpustakaan negara juga biasanya menyediakan piawaian pengkatalogan dan lain-lain prosedur kerja.
  • Perpustakaan negara berperanan memulihara bahan-bahan lama supaya generasi akan datang dapat melihat dan menikmati karya-karya lama yang beharga.

Sumber : Panduan Mengurus Perpustakaan

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...