May 4, 2009

PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DI PERPUSTAKAAN

Teknologi maklumat diperlukan bagi membantu melaksanakan kerja dengan lebih cepat, efektif dan efisien. Di sebuah perpustakaan, teknologi maklumat sememangnya di perlukan bagi mengendalikan banyak tugasan dimana komputer sebagai penyimpan dan pengendali maklumat bagi menyokong pelbagai aktiviti pengurusan dan perkhidmatan kepada pelanggan perpustakaan. Antara aktiviti-aktivitinya adalah membina dan mencapai koleksi, membina pangkalan data koleksi khas, membina rangkaian komputer untuk penyebaran maklumat lebih meluas, dan menyediakan katalog koleksi perpustakaan atas talian.
Dengan kewujudan teknologi maklumat, perkhidmatan perpustakaan hari ini jauh lebih meningkat. Pelbagai aktiviti rutin dapat di lakukan oleh komputer dan banyak perkhidmatan baru dapat dibangunkan. Kehadiran internet membolehkan rangkaian perpustakaan di jalankan. Pengguna perpustakaan bukan hanya dapat mencapai maklumat dan koleksi perpustakaan mereka sendiri, bahkan boleh mengetahui koleksi di perpustakaan lain. Sistem komputer juga membolehkan perpustakaan menyimpan jumlah maklumat yang besar tanpa had fizikal, tidak seperti dulu dimana koleksi perpustakaan bergantung pada saiz lantai ataupun ruang fizikal sesebuah perpustakaan.


Teknologi maklumat di perpustakaan merangkumi perkara-perkara berikut:
  1. Komputer, ini termasuk komputer pelayan (server), komputer peribadi (PC) dan komputer riba(laptop atau notebook)
  2. Peralatan yang digunakan bersama komputer seperti LCD, pencetak, pengimbas, pemacu, CD-ROM dan pembaca kod berpalang (barcode reader).
  3. Teknologi perhubungan (communication technology) seperti telefon, mesin faksimile, modem, kabel fiber optik dan persidangan video.
  4. Teknologi rangkaian (networking technology) termasuk sistem automasi, kabel,hub,LAN dan WAN.
  5. Teknologi menyimpan maklumat dan data termasuk kamera digital dan video digital.
  6. Media pemyimpanan maklumat elektronik seperti cakera keras (hard disk) dan CD.
  7. Sumber maklumat elektronik termask internet, pangkalan data atas talian, katalog atas talian, dan electronic bulletin board.
  8. Perisian seperti pemprosesan kata dan sistem operasi (operating system)
  9. Lain-lain teknologi seperti sistem keselamatan bangunan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...