Apr 21, 2009

PENGURUSAN KEWANGAN PERPUSTAKAAN

Pihak perpustakaan biasanya menerima peruntukan daripada kementerian atau organisasi pusatnya. Perancangan dan anggaran untuk memohon peruntukan perlu di buat dengan terperinci dan teliti serta boleh dijustifikasi. Oleh yang demikian perpustakaan perlu bertindak meningkatkan prestasi dan membuktikan ia adalah suatu perkhimatan penting yang diperlukan.

Sebahagian besar peruntukan perpustakaan digunakan untuk memperoleh dan menambah bahan-bahan koleksi. Secara umumnya, peruntukan dibelanjakan untuk perkara-perkara berikut:-

  1. Bahan koleksi - buku dan bahan bersiri iaitu majalah dan jurnal menjadi semakin mahal akibat daripada pertukaran mata wang yang tinggi. Begitu juga dengan bahan-nahan audio visual dan multimedia seperti CD-ROM. Dalam hal ini, pihak perpustakaan perlu merancang pembelian dengan teliti. Bahan-bahan yang diperoleh sepatutnya adalah yang diperlukan oleh pengguna. Prospek penggunaan bagi setiap bahan yang diperoleh perlu dianggarkan oleh pustakawan, dengan itu hanya bahan yang dijangkan digunakan sahaja yang diperoleh.
  2. Latihan dan pembangunan kakitangan - Latihan dan pembangunan bagi semua kakitangan perpustakaan adalah sangat penting. Kursus, bengkel ataupun seminar biasanya memakan belanja yang tinggi terutamanya bagi kakitangan profesional. Oleh yang demikian, pihak perpustakaan perlu merancang untuk menghantar kakitangan yang sesuai bagi setiap krusus. Sekiranya boleh, jangan hantar lebih dari 2 orang untuk satu krusus. beri peluang kepada setiap kakitangan untuk menghadiri sekurang-kurangnya 1 krusus dalam setahun. Apa yang boleh dilakukan adalah meminta kakitangan yang menghadiri kursus menyampaikan pula kepada kakitangan lain apa yang telah di pelajari. Secara tidak langsung ini dapat merapatkan hubungan sesama kakitangan.
  3. Program ataupun aktiviti untuk pelanggan - setiap program ataupun aktiviti yang hendak dilaksanakan perlu dirancang dengan rapi. Sekiranya dibenarkan oleh pihak pengurusan, perpustakaan boleh memohon sumbangan daripada pihak-pihak tertentu. Kos promosi biasanya menggunakan peruntukan yang agak besar. Pihak perpustakaan boleh mencari cara promosi yang dapat mengurangkan kos seperti menyiarkan di laman web dan emelkan pengumuman program kepada orang ramai.
  4. Perabot dan peralatan termasuk peralatan komputer - Perabot dan peralatan yang rosak perlu diganti. Penyelenggaraan dan pemeriksaan bagi perabot dan peralatan perlu sering dibuat bagi memastikan kesemuanya dalam keadaan baik dan memanjangkan jangka hayatnya. Bagi peyelenggaraan sistem automasi, adalah lebih baik sekiranya membuat 1 kontrak dengan pembekal, ini bukan sahaja menjamin penyelengaraan berjadual malah jaminan kerosakan diganti.
  5. Kertas dan alat tulis - Jika menggunakan kertas dan alat tulis perlulah dengan wajar tanpa pembaziran. Kira semula perlu diamalkan terutamanya bagi kertas. Kertas- kertas yang tersalah cetak dapat digunakan cetakan pada sebelahnya. Ia juga boleh dipotong kecil untuk dijadikan kertas nota kecil pelbagai guna.
  6. Kemudahan air, elektrik dan pendingin hawa - Penggunaan air, elektrik dan pendingin hawa perlulah dijimatkan. Sekiranya sesebuah bilik ataupun ruang tidak digunakan untuk suatu tempoh yang lama, tutup lampu dan penghawa dingin.






Sumber : panduan Mengurus Perpustakaan

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...