Jul 27, 2009

Persekitaran Seorang Pustakawan A - D


AACR2r (Anglo American Cataloguing Rules, Second Edition, 1988 Revision.): Satu set peraturan yang menentukan bagaimana untuk menghasilkan deskripsi bahan maklumat. Ia menyelaraskan sistem pengkatalogan deskriptif.

Abstrak : Senarai rekod bahan-bahan maklumat beserta ringkasan ataupun keterangan deskriptif mengenai isi kandungannya.

Analisa SWOT : Kaedah menganalisa persekitaran organisasi yang melihat kepada empat aspek iaitu kekuatan (strengh), kelemahan (weakness), peluang (opportunities) dan ancaman (threats).

Bibliografi : Senarai rekod bahan-bahan maklumat yang di susun secara sistematik dalam format yang tertentu. Ia mengumpulkan terbitan bahan-bahan maklumat dan menyenaraikannya bagi tujuan rujukan dan semakan. Ia boleh didapati dalam bentuk cetak dan elektronik.

Blanket order : Kaedah pesanan yang meminta pembekal untuk menghantar bahan-bahan yang di tentukan kriterianya dahulu oleh pihak perpustakaan.

Dublin Core : Satu set elemen yang digunakan bagi mengisi butiran deskriptif bahan elektronik bagi menghasilkan rekod meta data bahan itu.

DDC : Dewey Decimal Classification System bermaksud Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey




Jun 18, 2009

Permintaan : Azwina 4

Assalamualaikum...
Terima kasih atas tips2 dan maklumat yang diberi. Mmg saya ada tgk laman sesawang Perpustakaan Awam Melaka sepintas lalu je, tk perasan pasal jawatan-jawatan tu. Saya baru tahu rupanya kita kena lapor kat PNM dulu. Ingatkan untuk kekosongan jawatan di perpustakaan sekitar Melaka.Memang ramai kawan saya tanya di mana saya akan bekerja kalau dapat temuduga tersebut dan saya pun cakap tak pasti sebab ditulis di pelbagai jabatan.
Saya ucapkan terima kasih sekali lagi atas bantuan yang diberikan. Allah sahaja dapat membalas jasa saudari/puan.


W'salam, Azwina.

Tahniah sekali lagi sya ucapkan. Saudari pasti akan berkhidmat dibawah Perbananan Perpustakaan Awam Melaka atau di Perpustakaan Negara Malaysia? Semasa pengalaman saya kalau mohon dari SPA ia akan diserapkan & atas permintaan PNM, kemudian akan diarahkan bertugas dimana-mana2 negeri yang memohon perkhidmatan Gunasama dri PNM. Seperti pengalaman saya- temuduga oleh SPA di Putrjaya, kemudian melaporkan diri di PNM, kemudian dihantar ke Kolej Matrikulasi K.Pilah dibawah Kementerian Pelajaran, dan sekarang saya telah memohon pindah balik kampung (mohon di PNM) dan berkhidmat di bawah Kementerian Pertahanan. Walaubagaimana pun urusan hal penjawatan kita masih dibawah pentadbiran PNM.( Gaji dibayar olej kementerian yg memerlukan khidmat kita)
Jikalau di bawah Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka tiada Ketua Pengarah, jawatan paling tinggi adalah Pengarah, kerana dlm 1 Malaysia kita hanya seorang Ketua Pengarah Perpustakaan iaitu di PNM. Dapatkan maklumat tambahan Perbadanan perpustakaan Awam Melaka di
http://www.perpustam.gov.my/ . Dan lagi gaji di bayar oleh kerajaan negeri Melaka berbanding PNM (kerajaan pusat).
Maklumat tambahan, biasakan diri dengan persekitaran perpustakaan kerana semasa saya ditemuduga, mereka menanyakan apa kemudahan yg ada di sebuah perpustakaan.
Selain itu ada soalan yang juga akan meruntuhkan semangat kita. Mereka akan membuat trik psikologi terhadap minda kita. Semasa saya, mereka menayakan kenapa pilih pekerjaan ini? Sebab perpustakaan bukan ada kerja sangat, duduk, jaga & susun buku sahaja. Saya menjawab saya jenis orang yang suka bekerja, walau tida kerja saya akan mencipta sesuatu kerja yang membuat saya bekerja. Mereka berpuas hati. Saya nak ingat kan dan tekankan kepada saudari apa sahaja yang kita jawap, walaupun salah tetapi memberi kepuasan kepada penemuduga.

Sekian. w'salam.

NORAFMI OTHMAN

Permintaan: Azwina 3

Assalamualaikum, lupa lak nak tanya kalau kita ditemuduga untuk SPA negeri Melaka, maknanya saya juga perlu tahu mengenai ketua pengarah Perpustakaan Negeri Melaka selain ketua pengarah PNM? Hari tu saya dah tengok laman sesawang Perpustakaan Negeri Melaka. Terima kasih kerana melayan soalan saya

Permintaan: Azwina 2

Terima kasih di atas tips yang diberikan,saya ingatkan kena tahu tugas2 pembantu pustakawan sbb ada kawan saya bagitahu.

2009/6/11 norafmi othman <
http://my.mc769.mail.yahoo.com/mc/compose?to=norafmiothman@yahoo.com>

Salam, Azwina.

Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Tahniah juga diucapkan kerana tersenarai dalam temuduga sebagai Pembantu Perpustakaan.

Saya minta maaf kerana tidak dapat memenuhi permintaan saudari untuk mendapatkan nota2 yg diimbas. Saya cuba membantu rakan-rakan untuk sama-sama berjaya, tetapi sya tiada kemudahan untuk mengimbas lebih2 lagi saya telah berpindah ke unit kecil.

Saya juga, masih baru di dalm bidang keperpustakawanan ini. Untuk pengetahuan saudari, semasa ditemuduga sya juga tiada asas dalam bidang ini. Tetapi saudari tak perlu bimbang, sebenarnya semasa temuduga mereka bukan( adakalanya kurang) menanyakan tentang ilmu kita tengatang perpustakaan, tetapi lebih kepada pengetahuan am & isu semasa sekeliling kita. Semasa saya ditemuduga mereka menayakan apa yang saya tahu dalam mengurus perpustakaan? Saya tidak mengatakan tidak tahu..tetapi hanya menceritakan pengalaman menggunakan perpustakaan semasa di sekolah. Yang penting penemuduga berpuas hati dengan penerangan saya. Dan soalan last sebelum saya keluar, mereka menanyakan nama Ketua Pengarah (semasa itu 2005). Saya memberi jawapan Ketua Pengarah lama (tlh bersara) dan penemuduga kata saya silap. Tapi saya menegakkan kebenaran dengan mengatakan itu maklumat yang saya dapat dari laman web PNM sehari sebelum temuduaga. Tetapi penemuduga mengalah dengan mengatakan mungkin itu laman web lama. Tapi mereka berpuas hati dan benarkan sya keluar.

Itulah sedikit sebanyak info yang dapat sya beri dan jangan lupa laman web PNM, dan selepas ini tiap2 hari kena tonton berita dan maklumat semasa negara.

Thanks, w'salam.

NORAFMI OTHMAN

Nak soalan contoh N27

This form was submitted: Jun 15 2009 / 18:53:55by a visitor.

FirstLastName = AmJu
Email =
amju_shanchai@yahoo.com.my
Message = Salam..Soalan Cth KPSL untuk ke Penolong Pegawai Tadbir N27 xda ker?

--------------------------------------------------------------------------
Salam Sejahtera,

Amju,
Terima kasih kerana sudi melawat blog saya. Saya minta maaf tidak dapat memenuhi pertanyaan dan permintaan saudari berkenaan contoh soalan KPSL untuk N27,ini disebabkan saya berkhidmat di bawah skim S, dan sambil belajar untuk peperiksaan S27.
Oleh yang demikian apa ada saya belajar serba sedikit, saya sampaikan melalui blog saya dan berharap dapat membantu rakan-rakan Pembantu Perpustakaan Semalaysia :
http://pembantuperpustakaan.blogspot.com/ dan http://assistantlibrarymalaysia.blogspot.com/

Maaf sekali lagi, kerana tidak dapat membantu.

NORAFMI OTHMAN

Permintaan: Azwina 1

This form was submitted: Jun 10 2009 / 06:30:53by a visitor.

FirstLastName = Azwina Sulaiman
Message = Assalamualaikum. Saya mendapat temuduga kerja sebagai pembantu pustakawan daripada SPA pada 16 Jun. Saya tidak mempunyai pengalaman bekerja dalam sektor kerajaan jadi boleh tak saya dapatkan nota kursus asas pengurusan perpustaan yang telah diimbas.Bantuan saudari/puan saya ucapkan terima kasih.

Nak mtk e-mail kan contoh soalan...

This form was submitted: Apr 22 2009 / 18:44:09by a visitor.

FirstLastName = reynold rendy sator
Email =
rysator@gmail.com
Message = Salam SejahteraMemandangkan cik mempunyai soalan-soalan KPSL pada tahun lepas,saya mohon jasa baik agar cik dapat emelkan soalan-soalan KPSL bagi tahun 1993,1994,1995, 1996,1999,1997,1998 dan juga 2000 untuk melihat contoh soalan-soalan yang biasanya diutarakan.

Sekian, terima kasih.

Nak contoh soalan lagi...

This form was submitted: Apr 22 2009 / 02:30:01by a visitor.

FirstLastName = reynold rendy sator
Email =
rysator@gmail.com
Message = salah sejahteraSaya nak tanya, anda ada tak soalan-soalan KPSL bagi tahun 2005 dan 2006?

Blog yang membantu...

This form was submitted: Apr 21 2009 / 00:25:42by a visitor.

Name = zamri
Email = zamri630@yahoo.com
Message = sedikit sebanyak blok saudari dapat membantu. teruskan usaha murni ini. terima kasih.

Minta contoh soalan

This form was submitted: Apr 20 2009 / 21:36:38by a visitor.

FirstLastName = zamri
Email = zamri630@yahoo.com
Message = ada soalan tahun 2007 dan 2008.

Tip menduduki peperiksaan KPSL

This form was submitted: Apr 14 2009 / 09:02:48by a visitor.


Name = zUL aBDULLAH
Email = dzool@yahoo.com
Message = boleh saya dapat tips untuk menduduki peperiksaan KPSL.. seperti contoh soalan dan jawap..TQ

Jun 3, 2009

PERPUSTAKAAN NEGARA

Kebanyakan negara di dunia mempunyai perpustakaan negaranya sendiri.
  • Perpustakaan negara memainkan peranan penting dalam membangun dan meyelaras pelbagai isu berkaitan perpustakaan dan profesion pustakawan.
  • Pada masa yang sama, perpustakaan negara juga berfungsi sebagai perpustakaan awam kerana ia membuka perkhidmatan pinjaman dan rujukan kepada orang ramai.
  • Fungsi utama sebagai pusat bibliografi negara iaitu ia menyimpan dan mengakatalog semua hasil penerbitan negaranya.
  • Di Malaysia, Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 menetapkan setiap penerbitan dalam negara perlu diserahkan kepada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).
  • Bagi bahan becetak seperti buku, terbitan bersiri, peta, carta dan poster, sebanyak 5 naskah perlu diserahkan.
  • Bagi bahan bukan bercatak seperti filem, mikroform, rakaman audio dan video serta bahan elektronik yang lain, sebanyak 2 naskah perlu diserahkan.

Setiap perpustakaan negara mempunyai koleksi khas berkenaan negaranya. Di Perpustakaan Negara Malaysia;

  • Koleksi Malaysiana mengumpul dan membangunkan apa sahaja bahan berkenaan Malaysia; termasuk sejarah,geografi, politik, ekonomi, sosial, biografi rakyat Malaysia dan apa sahaja bahan yang ditulis oleh rakyat Malaysia tidak kira di mana ia diterbitkan sama ada di dalam ataupun luar negara.
  • Dengan ini, perpustakaan negara menjadi pusat maklumat negara secara lengkap dan komprehensif.
  • Perpustakaan negara juga biasanya menyediakan piawaian pengkatalogan dan lain-lain prosedur kerja.
  • Perpustakaan negara berperanan memulihara bahan-bahan lama supaya generasi akan datang dapat melihat dan menikmati karya-karya lama yang beharga.

Sumber : Panduan Mengurus Perpustakaan

May 4, 2009

PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DI PERPUSTAKAAN

Teknologi maklumat diperlukan bagi membantu melaksanakan kerja dengan lebih cepat, efektif dan efisien. Di sebuah perpustakaan, teknologi maklumat sememangnya di perlukan bagi mengendalikan banyak tugasan dimana komputer sebagai penyimpan dan pengendali maklumat bagi menyokong pelbagai aktiviti pengurusan dan perkhidmatan kepada pelanggan perpustakaan. Antara aktiviti-aktivitinya adalah membina dan mencapai koleksi, membina pangkalan data koleksi khas, membina rangkaian komputer untuk penyebaran maklumat lebih meluas, dan menyediakan katalog koleksi perpustakaan atas talian.
Dengan kewujudan teknologi maklumat, perkhidmatan perpustakaan hari ini jauh lebih meningkat. Pelbagai aktiviti rutin dapat di lakukan oleh komputer dan banyak perkhidmatan baru dapat dibangunkan. Kehadiran internet membolehkan rangkaian perpustakaan di jalankan. Pengguna perpustakaan bukan hanya dapat mencapai maklumat dan koleksi perpustakaan mereka sendiri, bahkan boleh mengetahui koleksi di perpustakaan lain. Sistem komputer juga membolehkan perpustakaan menyimpan jumlah maklumat yang besar tanpa had fizikal, tidak seperti dulu dimana koleksi perpustakaan bergantung pada saiz lantai ataupun ruang fizikal sesebuah perpustakaan.


Teknologi maklumat di perpustakaan merangkumi perkara-perkara berikut:
  1. Komputer, ini termasuk komputer pelayan (server), komputer peribadi (PC) dan komputer riba(laptop atau notebook)
  2. Peralatan yang digunakan bersama komputer seperti LCD, pencetak, pengimbas, pemacu, CD-ROM dan pembaca kod berpalang (barcode reader).
  3. Teknologi perhubungan (communication technology) seperti telefon, mesin faksimile, modem, kabel fiber optik dan persidangan video.
  4. Teknologi rangkaian (networking technology) termasuk sistem automasi, kabel,hub,LAN dan WAN.
  5. Teknologi menyimpan maklumat dan data termasuk kamera digital dan video digital.
  6. Media pemyimpanan maklumat elektronik seperti cakera keras (hard disk) dan CD.
  7. Sumber maklumat elektronik termask internet, pangkalan data atas talian, katalog atas talian, dan electronic bulletin board.
  8. Perisian seperti pemprosesan kata dan sistem operasi (operating system)
  9. Lain-lain teknologi seperti sistem keselamatan bangunan.

Apr 21, 2009

PENGURUSAN KEWANGAN PERPUSTAKAAN

Pihak perpustakaan biasanya menerima peruntukan daripada kementerian atau organisasi pusatnya. Perancangan dan anggaran untuk memohon peruntukan perlu di buat dengan terperinci dan teliti serta boleh dijustifikasi. Oleh yang demikian perpustakaan perlu bertindak meningkatkan prestasi dan membuktikan ia adalah suatu perkhimatan penting yang diperlukan.

Sebahagian besar peruntukan perpustakaan digunakan untuk memperoleh dan menambah bahan-bahan koleksi. Secara umumnya, peruntukan dibelanjakan untuk perkara-perkara berikut:-

  1. Bahan koleksi - buku dan bahan bersiri iaitu majalah dan jurnal menjadi semakin mahal akibat daripada pertukaran mata wang yang tinggi. Begitu juga dengan bahan-nahan audio visual dan multimedia seperti CD-ROM. Dalam hal ini, pihak perpustakaan perlu merancang pembelian dengan teliti. Bahan-bahan yang diperoleh sepatutnya adalah yang diperlukan oleh pengguna. Prospek penggunaan bagi setiap bahan yang diperoleh perlu dianggarkan oleh pustakawan, dengan itu hanya bahan yang dijangkan digunakan sahaja yang diperoleh.
  2. Latihan dan pembangunan kakitangan - Latihan dan pembangunan bagi semua kakitangan perpustakaan adalah sangat penting. Kursus, bengkel ataupun seminar biasanya memakan belanja yang tinggi terutamanya bagi kakitangan profesional. Oleh yang demikian, pihak perpustakaan perlu merancang untuk menghantar kakitangan yang sesuai bagi setiap krusus. Sekiranya boleh, jangan hantar lebih dari 2 orang untuk satu krusus. beri peluang kepada setiap kakitangan untuk menghadiri sekurang-kurangnya 1 krusus dalam setahun. Apa yang boleh dilakukan adalah meminta kakitangan yang menghadiri kursus menyampaikan pula kepada kakitangan lain apa yang telah di pelajari. Secara tidak langsung ini dapat merapatkan hubungan sesama kakitangan.
  3. Program ataupun aktiviti untuk pelanggan - setiap program ataupun aktiviti yang hendak dilaksanakan perlu dirancang dengan rapi. Sekiranya dibenarkan oleh pihak pengurusan, perpustakaan boleh memohon sumbangan daripada pihak-pihak tertentu. Kos promosi biasanya menggunakan peruntukan yang agak besar. Pihak perpustakaan boleh mencari cara promosi yang dapat mengurangkan kos seperti menyiarkan di laman web dan emelkan pengumuman program kepada orang ramai.
  4. Perabot dan peralatan termasuk peralatan komputer - Perabot dan peralatan yang rosak perlu diganti. Penyelenggaraan dan pemeriksaan bagi perabot dan peralatan perlu sering dibuat bagi memastikan kesemuanya dalam keadaan baik dan memanjangkan jangka hayatnya. Bagi peyelenggaraan sistem automasi, adalah lebih baik sekiranya membuat 1 kontrak dengan pembekal, ini bukan sahaja menjamin penyelengaraan berjadual malah jaminan kerosakan diganti.
  5. Kertas dan alat tulis - Jika menggunakan kertas dan alat tulis perlulah dengan wajar tanpa pembaziran. Kira semula perlu diamalkan terutamanya bagi kertas. Kertas- kertas yang tersalah cetak dapat digunakan cetakan pada sebelahnya. Ia juga boleh dipotong kecil untuk dijadikan kertas nota kecil pelbagai guna.
  6. Kemudahan air, elektrik dan pendingin hawa - Penggunaan air, elektrik dan pendingin hawa perlulah dijimatkan. Sekiranya sesebuah bilik ataupun ruang tidak digunakan untuk suatu tempoh yang lama, tutup lampu dan penghawa dingin.






Sumber : panduan Mengurus Perpustakaan

Apr 17, 2009

KATALOG DAN MENGKELAS MANUAL vs KATALOG DAN MENGELAS ATAS TALIAN


KATALOG & MENGKELAS MANUAL

1. Bentuk Katalog


- secara tradisional katalog berbentuk kad 3"x 5".
- Lazimnya digunakan kerana ia mudah di susun serta membolehkan ia dikeluarkan untuk pembetulan dan kemaskini pada bila-bila masa tanpa merosakkan struktur susunanya.

2.Format Katalog

- Berdasarkan peraturan & format yang universal.
- Butir-butir yang perlu dicatat kepada entri katalog ialah nombor panggilan,nama pengarang, judul, edisi, imprin,kolasi,nota, & nombor perolehan.

3.Entri Tambahan

- Diperlukan suapaya bahan yang dikatalog boleh diakses menerusi judul, pengarang bersama, peyunting, penterjemah dan perkara.
- Bilangan entri tambahan adalah berdasarkan kepada butiran pada 'pengesan' dientri utama.

4.Penyusunan Kad Katalog

- kad-kad katalog disimpan & disusun didalam satu kabinet khas yang di panggil kabinet katalog.
- Terdapat 2 cara penyusunan:
- susunan kamus (cara kamus)
- susunan terpisah (mengikut abjad)


KATALOG & MENGKELAS ATAS TALIAN

1. Bentuk

- Bentuk elektronik dan menjadi sebahagian daripada pangkalan data di dalam sistem automasi perpustakaan.

2. Format

- Menggunakan pelbagai perisian bagi menghasilkan rekod katalog.
-Rekod katalog merujuk kepada piawaian atau standart penyediaan rekod bibliografik dalam bentuk elektronik yang di panggil MARC ( Machine-Readable-Cataloging-Record)
- Butiran pada kad katalog tidak boleh dimasukkan begitu sahaja ke dalam komputer.
-Komputer memerlukan kod-kod khas bagi membolehkan ia membaca maklumat yang di masukkan.
-Peraturan-peraturan kod komputer perlu diikuti bagi menghasilkan rekod elektronik (Penanda medan(field tag)

3. Sistem Automasi

- Sistem automasi perpustakaan direka dengan modul yang mempunyai satu program khusus yang membenarkan rekod MARC dinasukkan & dibaca. Ini membolahkan katalog dapat di masukkan, disimpan, dan dicapai semula pada bila-bila masa.



KELEMAHAN/MASALAH PENGGUNAAN KATALOG ATAS TALIAN



  1. Pengguna tidak memahami konsep pangkalan data yang menyimpan rekod-rekod katalog dan bagaiman maklumat rekod-rekod itu (maklumat bibliografi) disimpan. Dimana carian pelanggan hanya berhasil sekiranyya terdapt persmaan antara frasa aratupun kata kunci yang dicari dengan apa yang tersimpan dalam pangkalan data.

  2. Pengguna tidak memahami bagaimana menyatakan keperluan maklumat kepada enjin carian katalog.

  3. Pengguna/ pelanggan menggunakan perkataan yang terlalu luas ataupun terlalu sempit dan dengan iu tidak mendapat hasil tang tepat.

  4. Indeks perkara yang disusun secara turutan huruf (alphabetical order) tidak mengumpul subjek yang berkaitan dalam satu tempat.

  5. Pelanggan tidak memahami konsep operator Boolean.

Masalah lain ( mudah diperbaiki)


  1. Paparan rekod katalog yang tidak mesra pengguna.

  2. Penggunaan istilah sains perpustakaan yang teknikal dan tidak difahami oleh pelanggan.

  3. Pelanggan tidak memiliki pengetahuan menggunakan komputer.

  4. Pelnggan berasa kecewa kerana percubaan pertama menggunkan katalog atas talian tidak memuaskan,lalu mengambil keputusan tidak mahu menggunakan lagi.

Sumber : Panduan Mengurus Perpustakaan.

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN KPSL KE SKIM PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN GRED27 (BAHAGIAN B) (2003)

BAHAGIAN B

1. Bincangkan tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh perpustakaan khusus ke arah mewujudkan pusat kecemerlangan ilmu.

2. (i) Peralihan ke arah perpustakaan digital akan mengatasi kekangan-kekangan yang dihadpai oleh perpustakaan tradisional. Bincangkan.

ATAU

(ii) Bincangkan kelemahan atau faedah perkhidmatan yang dapat ditawarkan oleh perpustakaan digital.


3. Huraikan tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh seorang pengurus perpustakaan dalam memastikan hubungan baik di antara kakitangannya dan seterusnya dapat meningkatkan produktiviti jabatan.


4. Nyatakan faktor-faktor yang boleh menyebabkan kerosakan pada bahan perpustakaan dan bincangkan tindakan yang perlu diambil untuk memelihara bahan tersebut.





Sumber : Perpustakaan Negara Malaysia.

Apr 16, 2009

FAKTOR-FAKTOR KEROSAKAN BAHAN & TINDAKAN PEMULIHARAAN/PENYECEGAHAN.

BAHAN BERCETAK

Terdapat 5 Faktor utama yang membawa kerosakan bahan di dalam perpustakaan.

1. Ciri bahan perpustakaan - kerosakan bahan disebabkan ciri fizikal dan ciri bahan itu sendiri seperti jilidan & kandungan bahan kimia didalamnya. Setiap bahan mempunyai kitaran hidupnya sendiri kerana bahan-bahan itu bertindak balas dengan alam sekitar sepanjang masa & menyebabkan bahan-bahan itu menjadi lusuh.

Tindakan pemuliharaan/pencegahan :-
- bahan yang jilidan tidak baik boleh diperbaiki dengan membuat jilitan semula.
- kandungan asid di dalam bahan boleh dikeluarkan melalui proses penyahasidan.

2. Alam persekitaran

(i) Suhu - suhu yang tidak sesuai akan menyebabkan fiberkertas, dakwat, bahan
melekit dan sebagainya menjadi lemah, pudar serta hilang sifat aslinya.

Tindakan pemuliharaan/pencegahan :-
- selaraskan suhu yang sesuai antara 15.5-21 C, ia perlu tetap & berterusan.
- ruang udara mestilah beredar & alat pendingin udara sangat perlu bagi penyimpanan.

(ii) Kelembapan - kelembapan yang tinggi akan menyebabkan kertas kembang, bertompok-
tompok hitam, berkulat & akhirnya reput, ini disebabkan buku adalah bahan yang mudah diresapi air.
- kelembapan yang rendah akan menyebabkan kertas kering, menggeleding, merekah & rapuh.

Tindakan pemuliharaan/pencegahan :-
- menggunakan alat dehumidifier untuk mengawal kelembapan yang di perlukan iaitu 50%RH bagi buku dan 45%RH bagi lukisan.
- atau menggunakan gel silika (kira-kira 4 paun untuk seluas 4 kaki persegi).
- alat thermo-hygrograph boleh digunakan untuk mengetahui kadar suhu & kelembapan ruang.

(iii) Cahaya- cahaya mengandungi pancaran ultra ungu & kepanasan yang akan melemahkan
kekuatan fiber kertas, dakwat, bahan lekit & sebagainya.
- cahaya matahari - mengadungi banyak pancaran ultra unggu.
- cahaya lampu- lampu fluorescent lebih banyak pancaran unltra unggu
berbanding lampu incandescent, tapi lebih panas.

Tindakan pemuliharaan/pencegahan :-
- ruang simpanan yang gelap adalah lebih baik untuk tempat peyimpanan.
- kalau nak menggunakan lampu, guna fluorescent kerana kurang panas.

(iv) Pencemaran udara

a. Debu - debu yang beterbangan ditiup angin mengandungi asid, kuman &
kelembapan.
Apabila melekat pada kertas akan memyebabkan proses
kerosakan akan berlaku dalam bentuk tompok-tompok hitam kecil.

b. Gas - gas sulphur dioksida dari ekzos kenderaan & serombong kilang-kilang
mereputkan kertas.

Tindakan pemuliharaan/pencegahan :-
- menggunakan alat air purifier @ ionizer bagi memerangkap debu & habuk.
- buku, rak @ ruang almari perlu dibersihkan dari debu.
- Lebih baik membersihkan ruang menggunakan vacum cleaner daripada penggunaan penyapu yang membuat debu beterbangan di udara & hinggap semula pada rak & buku.

3. Perlakuan manusia.

(i) Peyimpanan
- bahan-bahan seperti klip kertas, pin & bahan stapler yang ada pada bahan mudah karat & merosakan kertas.
- rak-rak / alamari yang berkarat.
- rak yang rendah dan tajam tepinya akan menyebabkan buku rosak jika di susun condong & buku akan terkoyak kerana tajamnya rak itu.
- cara menyusun buku.

Tindakan pemuliharaan/pencegahan :-
- untuk menanda buku gunakan penanda buku.
- meggunakan rak yang tahan karat.
- menyusun bahan dengan baik/tersusun.

(ii) Penggunaan - cara penggunaan yang salah seperti mambaca sambil makan & minum,
membuat catatan di atas buku, meletakkan tangan di atas buku yang dibaca/rujuk & menanda buku dengan melipat halaman.

(iii) Pameran - semasa pameran, uadara di dalam meja/ almari tidak dapat keluar memyebabkan udara lebih panas/kering @ lebih lembab berbanding udara luar.
- wap panas & pancaran cahaya ultra ungu melemahkan fiber kertas.

Tindakan pemuliharaan/pencegahan :-
- meja/almari perlu ada ruang suapaya udara boleh beredar.
- suhu & kelembapan perlu di pantau.
- penggunaan lampu yang tidak menumpu pada bahan.
- elak pamerr dalam tempoh yang lama.
- ruang perlu ada pendingin udara.

(iv) Penyalinan
- tidak cermat semasa membuat penyalinan.
- cahaya & suhu panas mesin fotokopi menyebabkan kertas & dakwat menjadi rosak.


4. Haiwan/serangga perosak- serangga seperti lipas, anai-anai, silverfish dan tikus.

Tindakan pemuliharaan/pencegahan :-
- mengawal serangga dengan membuat pewasapan.


5. Bencana alam - banjir & kebakaran juga merosakkan buku.

Tindakan pemuliharaan/pencegahan :-
- mengawal kebakaran dengan menggunakan alat pengesan kebakaran @ smoke detector.


BAHAN TIDAK BECETAK.

Faktor kerosakan :-
- cara proses yan tidak betul menyebabkan imej tidak dapat diperolehi dengan baik.
- cara penyimpanan - tidak boleh kelembapan tinggi- tidak lebih 50%RH.
- suhu yang tidak stabil/selaras.
- sulfur dioksida & hidrogen sulfur boleh merosakkan.
- penggunaan yang tidak cermat.
- kerosakan oleh api @ air.


Tindakan pemuliharaan/pencegahan :-
- Bilik perlu berhawa dingin 24 jam.
- Peratus kelembapan dikawal ke tahap diantara 40%RH-50%.
- Suhu antara 15-20 C.
- Menggunakan kabinet yang fireproof & dushproof serta cat yang tidak melekit.
- Rekabentuk kabonet yang membenarkan udara di dalam laci & bahagian lain boleh beredar.
- Simpan master copy dengan baik.
- menggunakan sarung tangan untuk elak peluh, tangan berminyak dll.
- elakkan menyentuh imej pada mikrofilem




Sumber : Bahagian Pemuliharaan, PNM


Apr 14, 2009

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN KPSL KE SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI GRED S27. (SEKSYEN A) (2003)

Seksyen A

1. (i) Bincangkan kepentingan penguatkuasaan Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 bagi memastikan koleksi Terbitan Negara terpelihara dan terkawal.

ATAU

(ii) Apakah jenis-jenis bahan yang perlu diserahkan oleh penerbit mengikut Akta Penyerahan Bahan 1986 dan bincangkan implikasinya ke atas mereka sekirannya gagal berbuat demikian.


2. Bincangkan mengenai peruntukan undang-undang yang menyokong usaha memajukan pembacaan dengan merujuk kepada Akta Perpustakaan Negara Malaysia (Pindaan) 1987 atau mana-mana Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri.

3. (i) Bincangkan perbezaan di antara proses mengkatalog dan mengkelas atas talian (secara berkomputer) dengan proses mengkatalog dan mengkelas secara manual.

ATAU

(ii) Bincangkan peranan yang perlu dimainkan oleh sesebuah perpustakaan dalam memastikan perkembangan koleksinya menyokong pembinaan pusat kecemerlangan organisasinya.



Sumber : Perpustakaan Negara Malaysia


Apr 10, 2009

PEMASARAN PERPUSTAKAAN

Pemasaran penting untuk memastikan kesinambungan atau survival sesebuah organisasi. Organisasi yang mengamalkan pemasaran adalah lebih berjaya dan berdaya saing daripada yang tidak mengamalkannya.

DEFINISI PEMASARAN

- beberapa jenis aktiviti yang berhubung kait antara satu dengan yang lain, ia bermula dengan menganalisa pelanggan anda bagi memastikan keperluan mereka dan diakhiri dengan menyampaikan perkhidmatan ataupun produk yang diwujudkan bagi memenuhi keperluan pelanggan.

- satu proses pertukaranataupun satu cara bagi memupuk kerjasama serta perkongsian antara pihak yang menawarkan barangan ataupun perkhidmatan dengan pihak yang menerima barangan ataupun sesuatu perkhidmatan.

PEMASARAN PERPUSTAKAAN
- menyampaikan kepada komuniti pelanggan mengenai apa yang dapat ditawarkan dan manfaat-manfaatnya.

TUJUAN PERTUKARAN wujud 5 keadaan.

1. Perlu ada sekurang-kurangnya 2 pihak.
2. Setiap pihak perlu ada sesuatu yang bernilai untuk pihak yang satu lagi.
3. Setiap pihak berupaya berkomunikasi dan menawarkan barangan ataupun perkhidmatan.
4. Setiap pihak bebas menerima ataupun menolak tawaran pihak satu lagi.
5. Setiap pihak mempunyai keinginan dan merasa patut untuk berurusan dengan pihak yang satu lagi.

MEMASARKAN PERPUSTAKAAN
- barangan yang ditawarkan adalah koleksi bahan-bahan yang dimiliki hasil terbitan perpustakaan itu sendiri seperti buku, majalah, jurnal, surat khabar, pita audio, pita video, CD-ROM, pangkalan data & internet.
- perkhidmatan yang ditawarkan seperti bahan pinjaman bahan, fotokopi, khidmat rujukan dan kesedaran semasa, penyampain maklumat terpilih dan pinjaman antara perpustakaan.
- program dan aktiviti yang dijalankan secara berterusan ataupun sempena sambutan acara tertentu.
- menyediakan tempat bagi pelajar sekolah mengulangkaji dan belajar.
- menyediakan bahan-bahan pembelajaran seperti buku ulangkaji dan rujukan bagi menyokong kurikulum sekolah.
- memberikan latihan kemahiran dalam pencarian maklumat seperti progran literasi maklumat atau celik maklumat.
- menyediakan ruang ataupun dewan untuk keunaan masyarakat setempat.
- membuat kerjasama dengan bada -badan lain bagi memupuk minat membaca.

SEBAB PERLUNYA PEMASARAN PERPUSTAKAAN

1. Perkembangan internet sebagai media maklumat yang paling popular dan anggapan orang ramai bahawa maklumat boleh didapati secara percuma di internet.

2. Ramai yang berfikir,pencarian maklumat di intenet & pangkalan data atas talian boleh mereka lakukan sendiri tanpa bantuan pustakawan. Ramai yang tidak menyedari kepakaran pustakawan dalam strategi dan teknik pencarian maklumat; adalah amat efektif dalam waktu yang pantas, dan dapat menjimatkan kos.

3. Perkembangan perpustakaan virtual ataupun digital yang tidak menonjolkan tugas dan kepentingan pustakawan. Dalam hal ini, tugas pustakawan diambil alih oleh pakar komputer ataupun pakar sistem maklumat yang tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam memperoleh, mengurus, mengkatalog dan mengelas maklumat.

4. Pengurangan peruntukan di dalam organisasi membawa kesan kepada perpustakaan,ini disebabkan kerana perpustakaan dianggap tidak membawa keuntungan kewangan, dan perpustakaan sering menerima peruntukan kecil yang tidak memadai bagi penambahan koleksi yang memuaskan. selain itu perpustakaan sering berhdapan dengan masalah kekurangan kakitangan.

5. Kerja-kerja perpustakaan mula diupah (outsource) kepada syarikat luar untuk dilaksanakan.

AKTIVITI PEMASARAN

1. Maskot, logo dan slogan
2. Brosur
3. Surat berita atau newsletter
4. Mel terus atau direct email
5. Papan kenyataan atau bulletin board
6. Cenderahati
7. E-mel
8. Laman Web
9. Iklan

AKTIVITI PERHUBUNGAN AWAM

1. Rumah terbuka.
2. Program membaca bersama sekolah.
3. Program membantu pelajar membuat kajian atau projek sekolah.












Sumber : Panduan Mengurus Perpustakaan

Mar 19, 2009

SEJARAH PERPUSTAKAAN DI MALAYSIA



- Bermula tahun 1956, apabila Malayan Library Group (MLG) menghantar memorandum iaitu Public Library Services for the Federation of Malaya.
- Memorandom ini mencadangkan penubuhan Lembaga Perpustakaan Negara yang mempunyai kuasa ekseklusif bagi memulakan perkhidmatan Perpustakaan Negara.
- Pada tahun 1959-1961, usaha ke arah menubuhkan Perpustakaan Negara digerakkan oleh beberapa badan profesional, persatuan & pertubuhan seperti Persatuan Perpustakaan Malaysia, organisasi swasta dan orang perseorangan.
- Pada tahun 1962, Yayasan Lee menyumbangkan derma sebanyak RM500,000.00 bagi memulakan tabung Perpustakaan Negara.
- Tahun 1963, Arkib Negara Malysia menyediakan laporan kajian berkenaan penubuhan Perpustakaan Negara di Kuala Lumpur.
- Tahun 1966, kerajaan memberikan tanggungjawab menubuhkan Perpustakaan Negara kepada Jawatankuasa Perpustakaan Negara. Akta Pemeliharaan Buku-buku telah diluluskan.[Telah dimansuhkan dan diganti dengan Klik sini..] {Soalan PTK 1/2009}
- Akta ini mewajibkan penerbit di Malaysia menyerahkan 2 naskah buku setiap terbitan.
- Tahun 1972, pada 1 September ; Akta Perpustakaan Negara 1972 (Akta 80) diluluskan & Bahagian Rujukan dibuka kepada awam di Bangunan UMBC.
- Tahun 1975, Perkhidmatan pinjaman awam dimulakan.
- Tahun 1977, PNM menjadi Jabatan Kerajaan Persekutuan.
- Tahun 1982, Perpustakaan Negara Malaysia menjadi Pusat Kebangsaan bagi International Standart Book (ISBN).
- Tahun 1983, Perpustakaan Negara diisytiharkan sebagai Pusat Manuskrip Melayu.
- Tahun 1986, Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 mengantikan Akta Pemeliharaan Buku-Buku 1966.
- Tahun 1987, akta dipinda kepada ; Akta Perpustakaan Negara (Pindaan) 1987(Akta A667)
- Tahun 1988, PNM memperoleh sistem komputer pertamanya dan Sistem Pembekalan Penerbitan di lancarkan.
- Tahun 1990, PNM memulakan sistem Katalog Awam Atas Talian atau Online Public Access Catalogue (OPAC).
- Tahun 1992, PNM berpindah ke bangunan barunya di Jalan Tun Razak hingga kini.





Sumber : Panduan Mengurus Perpustakaan

Akta dan peraturan mengenai Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mengikut Rang Undang-Undang Malaysia

1. Akta Perpustakaan Negara 1972 (Akta 80)
2. Akta Perpustakaan Negara (Pindaan) 1987 (Akta667)
3. Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (Akta331)
4. Dasar Negara bagi Perpustakaan dan Perkhidmatan Maklumat.
- Dasar Malaysiana {Soalan PTK1 1/2008}
- Dasar Pendigitan
- Dasar Manuskrip Melayu {Soalan PTK2 1/2008}
- Dasar Hadiah & Pertukaran
- Dasar Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP)
- Dasar Sumber Media {Soalan PTK1 1/2008}
- Dasar Khidmat Nasihat & Perundingan
- Dasar Pengurusan Dokumen Terperingkat
- Dasar Pelupusan sumber Perpustakaan
- DasarPembelian & Pendokumentasian Bahan Monograf & Bahan-Bahan Bercetak Lain.
- Dasar Pemuliharaan Sumber Perpustakaan
- Dasar Sumber Manusia




Sumber : Perpustakaan Negara Malaysia

Pengkatalogan dan Pengelasan Koleksi Perpustakaan.


{Soalan KPSL 2003}
Tujuan Pengkatalogan & Pengkelasan

- Mengurus dan menyusun bahan-bahan maklumat dengan sistematik.

- Memudahkan penyimpanan dan capaian kepada bahan-bahan didalam sebuah perpustakaan.

PENGKATALOGAN - proses menyediakan rekod katalog bahan maklumat.

- Setiap rekod katalog perlu mempunyai nombor kelas, keterangan deskriptif dan tajuk perkara.

PENGKELASAN - satu sistem klasifikasi satu cara sistematik untuk menyusun objek, konsep dan rekod.
Tujuan :
- mengumpul bahan dalam susunan yang membawa makna.
- menyediakan cara istematik bagi mencapai bahan di rak dan juga di dalam katalog atas
talian.
- memudahkan penyusunan semula bahan selepas digunakan.
- membuat katalog berdasarkan subjek bahan.

Bahagian Rekod Katalog.

1. Pengkelasan

- nombor kelas dihasilkan menggunkan sistem-sistem pengkelasan yang dicipta.
- nombor kelas adalah unuk bagi setiap bahan maklumat dan berfungsi sebagai alamat
kepada bahan maklumat.
- dengan merujuk kepada nombor kelas ini, kita dapat mengetahui kedudukan bahan itu di
rak perpustakaan dan dapat mencarinya dengan mudah.
- dikenali sebagai nombor panggillan atau call number.

2. Pengkatalog deskriptif

- menyatakan maklumat bibliografik bahan maklumat.
- maklumat bibliografik adalah pengarang,tajuk,edisi,penerbit,tempat & tahun
terbitan,muka surat serta saiz bahan.
- 3 peralatan yang perlu digunakan bagi menyediakan maklumat deskriptif:

i) ISBN (International Standart Bibliografic Description)
ii) AACR2r (Anglo-American Cataloguing Rules,Second Edition, 1988 Revision)
iii) Dublin Core (Dublin Metadata Core Element Set)

3. Pengkatalogan tajuk perkar
a.

Sistem Pengekelasan (yang utama di dunia)
1. Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey / Dewey Decimal Classification (DDC).
2. Sistem Pengkelasan Perpustakaan Kongres / Library of Congress Classification (LCC)

Kawalan Autoriti
- diperlukan bagi memastikan setiap terma, istilah ataupun frasa yang digunakan untuk nama,
judul dan tajuk perkara adalah konsisten pada setiap masa.
- konsep ataupun subjek boleh diekspresi dengan pelbagai perkataan ataupun istilah.
- istilah yang tetap atau standart perlu ditentukan diantara kesemua istilah yang ada.
- istilah perlu digunakan pada setiap masa kerana ia diiktiraf sebagai piawaian atau standart
yang di guna pakai.
- ini penting, kerana istilah digunakan sebagai punca capaian untuk mencari maklumat.
- sekiranya tiada piawaian, pelbagai istilah digunakan akan menyebabkan maklumat tidak dapat dicapai dengan berkesan.

MARC
- adalah piawaian yang digunakan bagi mengkodkan rekod katalog ataupun rekod bibliografi
dalam bentuk elektronik.
- kebanyakan perpustakaan si seluruh dunia menyediakan rekod katalog dengan merujuk kepada
piawaian atau standart penyediaan rekod bibliografik dalam bentuk elektronik yang di panggil
MARC (Marchine-Readable Cataloging Record)
- butiran yang terdapat pada kad katalog tidak boleh dimasukkan ke dalam komputer begitu
sahaja bagi menghasilkan katalog elektronik.
- kompute memerlukan kod khas bagi membolehkan ia membaca maklumat yang di masukkan.
- rekod MARC mengandungi kod bagi setiap butiran bibliografik.
- peraturan-peraturan perlu diikuti nagi menghasilkan rekod elektronik yang baik.
- di selenggara oleh Perpustakaan Kongres, Amerika Syarikat.
- sistem automasi perpustakaan direka dengan modul yang mempunyai 1 program khusus yang membenarkan rekod MARC dimasukkan dan dibaca.
- dengan ini katalog dapat dimasukkan, disimpan dan di capai semula pada bila-bila masa.
- terdapat kod-kod yang bertindak sebagai arahan kepada perisian komputer. Dikenali sebagai
penanda medan (field tag).






Sumber : Panduan Mengurus Perpustakaan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...